Wednesday, December 18, 2013

Bahagia Hingga Ke Syurga - Ustazah Norhafizah Musa


13 Disember 2013
Kuliah Muslimah Menara PJD

Kali ni Ustazah berkongsi amalan yang boleh dilakukan dalam usaha untuk merebut bahagia.

3 aspek yang paling penting yang disentuh oleh Ustazah.
Jiwa yang mentauhidkan Allah
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Hubungan dengan Al-Quran

(1)

Hati yang menggerakkan perubahan. Rasa bahagia terletak pada hati. Hati yang bahagia bermula dengan jiwa tauhid.

Ibadah yang ikhlas kerana Allah
Setiap apa yang kita lakukan, adalah ibadah. Kerja itu ibadah. Menjadi seorang isteri, ibadah. Menjadi ibu, ibadah. Pahala sentiasa mengalir sepanjang kita melaksanakan tugas-tugas seorang isteri/ibu.

Isteri/Ibu adalah martabat yang Allah nak muliakan.
Apakah lepas berkahwin kita menjadi semakin sakit hati?
Apakah selepas menjadi ibu, hati kita semakin parah? Sakit hati dengan kerenah anak?
Anggaplah setiap kerenah anak, segala kesusahan yang dilalui dalam menjalankan tugas adalah taqdir dan hikmah Allah. Melalui halangan tersebut, ada kesempatan untuk kita tanam ketauhidan terhadap Allah. Meyakini setiap perbuatan yang dilakukan kerana Allah, pasti ada ganjaran dari Allah. Kerana yang Allah pandang adalah usaha kita dalam mencari redha Allah, bukan hasil.

Bertanya Ummu Salamah kepada baginda Rasulullah SAW (dalam satu riwayat yang panjang),

 “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

 “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” 
(riwayat al-Tabrani)

Natijahnya, seorang wanita/isteri/ibu, yang menjaga solat, puasa, ibadat, taat pada suami, melayakkan dia diisytihar lebih baik daripada bidadari syurga. Perbandingan yang logiknya macam langit dengan bumi. Tapi Subhanallah, betapa Allah mengangkat martabat wanita dunia andai wanita itu, hatinya hanya mentauhidkan Allah. Melakukan segalanya ikhlas hanya kerana Allah, untuk mendapat redha Allah.

Dan Allah juga tunjukkan supaya jelas dalam membuat pilihan. Matlamat dan niat yang menunjukkan jalan tauhid.

Allah perintahkan Rasulullah SAW supaya memberitahu isteri-isteri baginda. Pilihlah di antara perhiasan dunia atau redha pada Allah. 

Siapa/apa yang membuat pilihan?
Hati...hati yang memilih..Pilih antara dunia dan redha Allah. Hati yang memilih redha Allah, disitu kunci kebahagiaan.
Isteri yang diuji dengan ujian dan halangan dalam rumahtangga, jika pilih redha Allah, InsyaAllah, Allah bantu hadapi ujian.
Kerana dalam hatinya ada tauhid...makanan/intipati dalam jiwa.
Ibu yang diuji dengan pelbagai ragam dan karenah anak, jika pilih redha Allah, akan jadi ibu yang lebih tabah, lebih sabar. Sebab proses mendidik anak sebahagian dari taqdir. Bila kita didik anak, niat kerana Allah, kita akan jadi pemaaf dengan anak. Beri ruang luas untuk anak lalui kehidupan sendiri, jatuh bangun, buat silap dan bertaubat.


Kesan ketinggian tauhid..

Kisah Asiah isteri Firaun laknatullah...
Isteri kepada orang yang sangat kejam sehingga dilaknat Allah sampai bila-bila. Tapi Asiah dijadikan salah seorang penghulu wanita di dalam syurga selain Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad. Kalau dikisahkan tentang sakit hati, makan hati seorang isteri, Asiah saaaaangat makan hati dengan Firaun. Asiah sedih kerana Firaun bunuh anak-anak lelaki, mengaku dirinya tuhan sedangkan Asiah sedar siapa sebenarnya Tuhan yang layak disembah, menzalimi, menghina serta menjatuhkan maruah wanita.
Tapi jiwa tauhid Asiah yakin hanya Allah yang patut disembah. Kebahagiaan Asiah terletak pada pengharapannya kepada Allah sehingga doanya dirakamkan didalam Al-Quran.

“Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga.” 
(at-Tahrim:11)


Kekuatan jiwa tauhid Asiah menjadi sebab musabab kelansungan dakwah Nabi Musa a.s. Begitu juga kekuatan jiwa tauhid Maryam, menjadi kelansungan dakwah Nabi Isa a.s, dan kekuatan jiwa tauhid Khadijah yang membantu dakwah Rasulullah s.a.w.

Fikir balik..
Apa sebenarnya yang kita harap dalam hidup?
Kita mendidik anak kita mengaharapkan apa?
Kita kerja, kita mengharapkan apa?
Pujian orang? Malu dengan orang?
Atau kita mengharap redha Allah semata?

Untuk elak stress, kita pilih redha Allah ;)
Amalan untuk mencuci hati supaya mentauhidkan Allah

(2)

Orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW, di dunia dia mendapat kecintaan Allah kerana mencintai kekasih Allah. Di akhirat kelak dia akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.
Selain itu, orang yang banyak berselawat, diberi jaminan jalan keluar dari masalah, kesempitan hati serta dimurahkan rezeki. Juga dinampakkan cahaya berseri-seri pada wajah.

Amalan yang sangat mudah, tak perlu modal, tapi sangat susah nak istiqamah asbab penyakit kekotoran hati.
Seperti kata Imam Ghazali, hati yang kotor umpama rumah yang dipenuhi asap.
Dalam asap, jerebu, pandangan kita jadi kabur, jarak penglihatan kita terhad. 
Begitu juga hati. Hati yang kotor, kita tak nampak agenda/persoalan besar dalam hidup seperti mati, alam barzakh, hari akhirat dan keistimewaan berselawat ke atas nabi.

"Innallaha wa malaikatahu yusholluna 'alan nabi. Ya ayyuhalladziina amanu shollu 'alaihi wa salamu taslima"

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan kepadanya"
[Al-Ahzab: 56] 

Allahuakbar...
Allah berselawat ke atas Nabi..Para malaikat berselawat ke atas Nabi..
Takkanlah kita taknak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?? 


(3)

Al-Quran akan menjadi peneman di alam barzakh. Andai kita mujahadah, bersusah payah hendak berdamping dengan Quran, membaca Quran, begitu juga Al-Quran akan bersusah payah menemani dan menerangi kita di alam barzakh kelak.

Jom cukupkan 6 pakej untuk menjadi Ahlul Quran. 
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran..


Semoga ilmu ini menjadi ilmu yang bermanfaat.
Semoga kita semua sentiasa di dalam redha Allah.
Allahumma Ameen..

3 comments:

  1. Thanks u~! very useful. trm kasih banyak2. sama2 kita sentiasa perbaiki diri. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. bersama menuju Jannah

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian, sangat terkesan dengan penulisan ini

    ReplyDelete