Saturday, December 7, 2013

Banjir Oh! Bah


Melihat musibah yang melanda rakan-rakan, saudara mara kita, Allahuakbar..
Innalillah...Takziah buat mangsa. Moga2 mereka menerima musibah dengan redha dan semoga Allah menurunkan rahmat & bantuan buat mereka..

Aku taknak cerita panjang lebar pasal situasi banjir dan cara ia ditangani. Banyak beesepah dalam facebook, blog, web media..Yang telus dan tak telus, salah menyalah, tuduh menuduh...Merata dalam laman sosial..Kau baca, kau nilai, kau fikir...

Cuma aku teringat tazkirah oleh Ustaz Amir Muttakin dulu. Pernah aku share kat sini..
Aku nak kaitkan dengan situasi sekarang ni.
Kata ustaz, setiap sesuatu yang Allah turunkan, akan ada bersamanya 3 perkara.

Musibah/bala
Nikmat
Ujian

Banjir ni...

Pada sebilangan orang, tentunya mangsa banjir secara direct nya, ia adalah musibah.
Kerosakan, kehilangan harta benda. Kerugian. Kehilangan nyawa. Hilang keselesaan berehat berbaring santai dirumah. Ditarik nikmat selesa seketika. Serba kekurangan, kurang bantuan, kurang makan pakai...
Allahuakbar..

Pada sebilangan orang yang lain, banjir ini memberi nikmat pada mereka. Contohnya pada sebahagian peniaga, masa ini digunakan untuk mengaut untung berlipat ganda. Saat keadaan sangat mendesak pada sebahagia yang lain, golongan yang merasakan ini nikmat, tersenyum puas. Boleh jadi juga banjir ini mendatangkan nikmat yang lain pada kemudian hari. Tanah gersang menjadi subur etc.

Pada sebilangan besar yang lain lagi malah hampir keseluruhannya,  ini adalah ujian. Pada mangsa musibah, sudah tentu ini ujian kesabaran, ketabahan buat mereka. Redha kah mereka dengan musibah yang Allah turunkan? Bagi kita yang tak terlibat dengan banjir secara lansung ni, sedarkah kita bahawa ia juga ujian buat kita? Apa tanggungjawab kita? Apa peranan kita? Sekadar duduk bertelingkah menuding jari atau kita menyumbang apa terdaya bagi membantu mangsa yang memerlukan bantuan kita? Ujian besar untuk kita. Allah menguji sifat belas dan ihsan kita. Bantulah sekadar terdaya, seikhlas hati kita.

Bila sebut soal beri bantuan, beri sumbangan, dalam tak sedar Allah beri nikmat yang saaaangat besar kat situ. Allahuakbar. Rupanya, Allah turunkan musibah, Allah buka ruang dan peluang untuk kita beramal, merebut ganjaran pahala dari Allah. Kita beri bantuan, kita mudahkan urusan orang, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita yang lain.
Tapi....nak rebut peluang yang Allah bagi ni, jangan lupa niatkan untuk mendapat redha Allah. Dalam kategori manapun kita, mudah-mudahan apa yang kita hadapi, apa yang kita usahakan mendapat redha Allah..InsyaAllah..

Dan melihat situasi sekarang, Ya Allah, masih ramai lagi antara kita yang kaya dengan belas dan ihsan. Ramai yang merebut peluang memberi sumbangan dari segi tenaga, kudrat, kewangan, peralatan..Alhamdulillah. Ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin, pemurah, dermawan. Semoga usaha murni setiap dari kita menjadi bekalan saksi kita di hari perhitungan. Semoga limpahan rahmat, barokah dan redha Allah sentiasa memayungi kita. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment