Monday, December 30, 2013

The Frame Project


Frame ni dah lama sangat dah aku beli. 
Dari zaman bujang lagi..Asalnya ada 4 keping..
Tapi tinggal 3 keping je..Satu dah selamat jadi hadiah...
Dan selama 4-5 tahun ni, frame ni kosong je.
Eh! ade gak aku letak kad untuk my zawj hari tu..

Idea asal aku nak print quotes dan frame-kan..
Dah jumpa baaaaanyak quote menarik..
Tapi akhirnya aku ubah keputusan.
Aku pilih {Love at Home} tu je..
Another 2 frames aku isikan dengan doa/ayat Quran, which aku rasa lebih praktikal.
Bertambah excited bila aku baru explore pasal tulisan khat or jawi ni dan download font-font jawi yang best...


Doa yang menjadi pilihan hati...

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتـَّقـِيـْنَ إِمَامًا
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

( Al-Furqan:74)

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ
Wahai Tuhan daku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
( Ibrahim:40)


Kenapa aku pilih dua doa ni?
Tentulah dengan niat mewujudkan suasana rumah/rumahtangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah..InsyaAllah..
Setiap kali lalu, akan baca doa ni..Dan Alhamdulillah, asbab membaca tiap hari, doa ni dah lekat dalam otak dan boleh menjadi lafaz doa selepas solat.

**
Bila tengok ni, my zawj terus assign another project for me..Hehe..
Status: In Progress..InsyaAllah dah siap nanti boleh share kat sini.

1 comment: