Monday, March 24, 2014

Cabaran Membawa Adik Faqeeh Ke Surau/Masjid...


Faheem dulu, rasanya seawal usia beberapa bulan dah Abi bawak ke surau.
Menginjak usia setahun lebih, masa dia dah boleh berjalan, hampir setiap hari dia akan teman abi ke surau, mostly waktu maghrib - isya'. Sampaikan adakalanya, bila dengar azan, dia terus capai kopiah, ajak Abi pergi surau...
Syukur Alhamdulillah, Faheem mudah diurus, senang bergaul/berkawan, mudah mesra.
Ada masanya dia solat sama-sama, ada masa dia sibuk berlari dengan abang-abang.
Kalau Faheem lama tak ke surau, abang-abang akan tanya, mana Faheem? Lama tak nampak Faheem..hehe..Dah ada geng surau dah..
Menjaga Faheem kat surau tak susah. Dia mudah mesra dengan orang, tapi dia tak simply ikut or nak dengan orang. Dia main kat dalam je, tak berlari sampai ke tanah. Ada masa memang melekat dengan Abi je. Duduk sama-sama dengan Abi dengar kuliah sampai tertidur.
Alhamdulillah..

Adik Faqeeh pulak..
Now he is already 15 months old.
Menjaga adik Faqeeh di surau adalah sangat mencabar.
Sampai sekarang Abi tak berani nak bawak Faqeeh.
Alkisahnya, one day Abi bawak Faqeeh solat Asar di surau. Masa solat, Abi solat lah berjemaah. Tinggal adik Faqeeh macam selalu Abi tinggalkan abang Faheem. Abang Faheem elok je main kat dalam surau.
Usai solat, Abi cari adik Faqeeh, tak nampak kelibat. Rupanya dia dah merangkak keluar sampai ke kolah wudhu'. Agak jauh lah jugak. Berderau darah ummi nye ni wehhh bila dengar cerita Abi..Mujur ke kolah, kalau keluar ke jalan raya????
Tu masa dia baru merangkak. Sekarang dia dah berlari....hmmmmm...harapan lah nak duduk diam..
Ligatnya mengalahkan abang..

Ada sekali aku join sesi ceramah. Puaslah aku mengejar Faqeeh. Sudahlah tak mahu dipegang, tak mahu duduk diam..Asyik nak keluar je. Pantang nampak sliding door terbukak, laju je dia lari. Kalau setakat main dekat koridor luar surau tu takpe lagi. Ni nak turun sampai ke tanah. Aduhai...Letih ummi mengejar awak dik..Kalau dipegang, mengamuk menjerit bak halilintar mintak dilepaskan. Lepas tu dia dok berkejaran dengan kakak-kakak yang rajin melayan. Ummi cuba pasang telinga dengar ceramah. Tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh. Rupanya separator kayu di bahagian persalinan muslimat. Disusuli dengar suara tangisan bayi. Faqeeh rupanya, main dalam tu, tertolak penghadang tu, jatuh ke depan. Mujur tak timpa atas dia. Muka dia punyalah cuak masa tu..huhuhu~

Faham lah kenapa Abi tak berani nak bawak awak. Ummi pun takut adik oiii..Awak tu dahlah tak takut orang lansung. Dekat semua orang awak hulur tangan suruh dokong. Semua orang pun awak ikut je.
Lepas tu pantang sangat tengok pintu, open spaces...Laju je awak nak terjah...Risau ummi..Kalau orang nak bawak lari, senang sangat dikkk..Nauzubillah...

Baru-baru ni ada program kat Masjid Al-Azim, Pandan Indah. 
Sampai kat masjid, abang nak ikut ummi. So Abi bawak adik. Abang duduk diam je. Duduk sebelah ummi. Sengih-sengih malu dia macam tu je lah..
Adik?
Belum apa-apa Abi dah kena standby duduk luar sebab adik sakan mengukur lantai. Abang bila nampak adik, dia pulak naik galak. Kejar adik. Seronok adik berlari.
Tapi abang still akan cari ummi or abi balik. Dia takkan pergi menonong macam tu je.
Adik, tak heran dah dia dengan ummi. Bila nampak kita, lagi cepat-cepat dia lari sebab tau nak kena tangkap. 
Cara nak bagi dia duduk diam??

Agak-agak tengah buat apa ni???

Mengunyah biskut...


Sampai comot..


Belum habis dalam mulut, dah mintak yang lain..

Di program yang lain, tempat yang sama...
Tengoklah mulut dia...

Kiri kanan nak pegang biskut..



Kalau bab makan, khusyuk je...
Tapi tetap kena monitor. Kau tinggalkan dia sekejap, terus dia lari balik...
Kena layan dia makan..
Adik oiii...
Sudahnya, abang join Abi solat Isya' berjemaah, ummi jaga awak yang tersangatlah ligat..
Orang dah habis solat, baru ummi dapat take turn solat..

Hurmmmm...Camne nak buat ye??

No comments:

Post a Comment