Monday, April 21, 2014

Demam Monopod


Kalau tengok kat FB, makin ramai orang ber-selfie guna monopod..
Memang tengah trending sangat lah monopod ni..
Tapi aku takde pun...Belum lagi memiliki..haha..Ayat selamat..
Kot lah one fine day mengidam gak nak monopod kan..
Yang ada sekarang cuma tangan-pod..
^_____^

Tukang jual monopod pun aku tengok tumbuh bagai cendawan..
Promosi hebat dimana-mana..
Laku..Licin...

Tapi aku bukan nak cerita pasal monopod ni sebenarnya..
Ada kisah lain disebalik monopod..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dalam satu meeting dengan Dato' Pengarah...
Adalah hidang kuih-muih dan buah-buahan..Makanan ni tuan rumah bawak sendiri untuk dijamu pada para tamu...Oleh sebab menu ihsan, peralatan pinggan mangkuk apa yang ada je..
Dapatlah 6 pinggan kot kuih-kuih dan buah-buahan...

Tengah-tengah dok mesyuarat, tiba-tiba tuan pengerusi buat statement ni:
"Sekarang ni musim orang tangkap gambo sendiri pakai tongkat kayu ape ke nama tu?? Takde ke awak orang ni nak buat tongkat macam gitu buh sudu ke garfu...Nak capai makanan jauh macam tu, kita tarik tongkat bagi panjang...Dah dapat cucuk kuih tu, awak tarik balik tongkat bagi pendek, ngap! makan..Kan senang..Itupun inovasi jugak tu..."

Yang comelnya, dialog tuan pengerusi itu disertakan dengan aksi yang sumpah cute weh! Aduhhh la Dato' Pengarah ku...Bikin gamat satu bilik mesyuarat..

2 comments:

  1. Li..aku baca tajuk ko aku dah sedia nk tulis komen..oooo..ade monopod dalam diam yeee.haha. sekali baca smpi abes. Hahaha! Ok! Sile buat li! Aku jual...! Hahaha comel..tebayang je aku dekat ujung meja mesyuarat buat aksi gitu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum WBT dear...terima kasih pagi2 dah kunjungi blog Umi Qi...bila baca part entry ni nak ketawa Umi QI bila dgr rangkapan ayat tuan pengerusi tu...hahahha mmg bijak lah...why not kan buat inovasi cm tu kan kikiki

    ReplyDelete