Thursday, April 3, 2014

Mendidik Anak Mengenal Allah


Kegusaran hidup di dunia akhir zaman, yang mana keruntuhan akhlak dan aqidah berleluasa dan tidak dipandang serius..Allahu Allah..Bagaimana zaman anak-anak kelak?

Alhamdulillah diizinkan Allah menghadiri beberapa majlis ilmu yang membuka mata dan minda, serta membuat aku berfikir secara mendalam..
Pentingnya mendidik anak seawal usia.
Pendidikan yang paling penting di awal usia anak bukanlah berlumba mengenal ABC, 123.. Aspek pendidikan yang paling penting adalah mendidik anak mengenal Allah dan Rasulullah..

Dalam satu tazkirah di bulan Ramadhan yang lalu, juga dalam sesi Seminar Fiqh Ibu Bapa Mithali, Dr. Tengku Asmadi ada berkongsi findings beliau melalui soalan ringkas yang ditanyakan kepada sekumpulan pelajar.
Beliau meminta pelajar-pelajar tersebut menyenaraikan 5  idola/role model mereka mengikut turutan.
Hasil yang diperolehi, kebanyakan pelajar sangat mengagumi artis-artis barat/tempatan. Ada juga yang menyanjung tokoh-tokoh politik, pemimpin negara.
Segelintir menyenaraikan ibu bapa sebagai idola mereka, itupun bukan di tangga paling atas..
Allahu...sedihnya bila kita tak mampu menjadi idola buat anak-anak..
Dan yang paling menyedihkan, hanya beberapa pelajar sahaja yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola mereka..
Allahuakbar..
Sedangkan Rasulullah itulah sebaik-baik manusia, yang paling mulia di sisi Allah, sebaik-baik model untuk dijadikan rujukan dan panduan..

Terpukul dengan fakta yang diberi, aku jadi takut. Takut kalau anak tak kenal Allah, tak kenal Rasulullah. Tak tahu siapa yang patut disanjung, dipuja..Hidup di dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah dunia, Allahuakbar..Tak dapat aku bayangkan kerosakan bagaimana yang bakal didepani anak-anak, hatta saat kita menghela nafas sekarang pun, dunia sudah terlalu caca merba, kerosakan sudah tidak terhitung, agama sudah tidak disanjung..Wa iyyazubillah..

Pesanan dari Dr. Tengku Asmadi, juga Dr. Nawwar yang turut berkongsi kisah dan rasa pada Seminar Fiqh Ibu Bapa Mithali 2013, menyarankan agar didik anak mengenal Allah dan Rasulullah sedari kecil. Kaitkan setiap situasi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Selitkan peribadi Rasulullah. Supaya anak-anak tahu kewujudan dan keagungan Allah serta kemuliaan baginda Rasulullah SAW.

Kalau anak berbuat kebaikan, katakan pada anak..."Alhamdulillah...Terima kasih rajin tolong ummi. Allah suka orang yang rajin. Rasulullah sayang orang yang rajin."
Kalau anak bebuat perkara yang tidak disenangi, katakan pada anak..."Allahuakbar...Rasulullah tak ajar kita buat begini. Rasulullah ajar umatnya berlemah lembut. Rasulullah suka orang yang lemah lembut..Kalau buat begini, Allah marah.."

**********
Berbekalkan ilmu yang ditimba, aku cuba untuk aplikasikan kat rumah dengan anak-anak..
Setiap sesuatu aku cuba kaitkan dengan Allah dan Rasulullah..

Allah buat bulan, Allah buat matahari, Allah buat awan, Allah buat laut dengan ikan yang banyak..Bulan cantik, matahari cantik, awan cantik, laut cantik...Semua Allah yang buat. Subhanallah, hebatkan Allah..Allahuakbar !

Mengambil contoh dari video Haiya bidu'a..
Ikan tu rezeki. Allah buat ikan dalam laut. Allah buat ikan tu baaaanyak..Orang tangkap ikan..Abi beli ikan..Ummi masak ikan..Faheem makan ikan..Siapa yang beri rezeki? Allah kan?
Ayam pun rezeki, nasi pun rezeki, air pun rezeki..Faheem pun rezeki yang Allah bagi untuk ummi abi...Semua rezeki Allah yang bagi..Hebatkan Allah..Allahuakbar !!!

Allah wujud. Allah ada. Allah nampak semua yang Faheem buat. Allah nampak Faheem, Allah nampak ummi, Allah nampak abi, Allah nampak adik Faqeeh..Semua Allah nampak..Faheem tidur, Allah nampak. Faheem makan, Allah nampak..Faheem nakal pun Allah nampak. Allah Maha Melihat. Faheem tak nampak Allah, tapi Allah boleh nampak semua yang dilangit dan dibumi..
Allahuakbar !! Hebatnya Allah !!

Orang baik, Allah sayang, nabi suka. Orang baik masuk syurga. Syurga tu cannntikkkk sangat. Tapi kalau jahat, tak dapat masuk syurga. Orang jahat masuk neraka. Neraka tu paaaaanaasss... Kalau buat jahat, syaitan suka. Tapi nabi benci. Nak kawan dengan syaitan? Nak duduk neraka dengan syaitan? Kalau taknak, kena buat baik, jadi orang yang soleh, jadi mukmin bertaqwa. InsyaAllah boleh masuk syurga, jumpa Rasulullah..Nak tak?

Kadang-kadang aku terlupa juga dialog-dialog penting ni. Tapi bila teringat, aku akan cuba ulang banyak kali. Sebut nama Allah selalu. Sebut tentang Rasulullah. Kadang-kadang Faheem nampak blur je. Tapi aku cakap jugak. Lama-lama dia boleh hadam..

"Faheem, cuba tengok, apa tu?" Tunjuk ke arah bulan..
"Bulan..Tu bulan lah ummi.."
"Cantik tak bulan?"
"Cantik..."
"Siapa buat bulan?"
"Allah !"
"Hebatkan Allah..."
"Iye..."


"Ummi...ada fish banyaklah..."
"Mana? Aah la...Allah...banyaknya fish..Cantiknya fish..."
"Allah buat fish kan ummi..."
"Iye..Allah buat fish. Hebatkan Allah..Allahuakbar !"


"Ummi, Allah kat mana?"
"Allah ada...Tapi Faheem tak nampak Allah.."
"Allah nampak Faheem kan?"
"Aah Allah nampak Faheem.."
"Allah nampak ummi, Allah nampak abi, Allah nampak Adik Faqeeh..."
"Subhanallah...Betul sayang..Allah nampak semua kan...Hebatkan Allah.."
"Allah kat syurga kan..."
"Allah cipta syurga..."
"Allah kat neraka kan?"
"Allah cipta neraka...Allah ada. Allah sentiasa ada.."
"Faheem nak masuk syurga.."
"Ameen..InsyaAllah...Faheem jadi anak soleh ye.."
"Iye..Faheem nak jadi Ustat..Ustat Faheem..."
"MasyaAllah Tabarakallah...InsyaAllah sayang..."
"Macam mana baca doa nak masuk syurga?"
"Ya Allah..masukkan kami dalam syurga..jauhkan dari azab api neraka..Aminnn"
"Ameen..."

Allahuakbar...Setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah pastinya.
Sangat kecil usaha kalau dibandingkan dengan apa yang dicita-citakan. Tapi aku berharap pada Allah agar usaha ini tak sia-sia. Banyak lagi yang perlu diusahakan.
Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk aku mentarbiyah diri dan anak-anak, serta istiqamah mendidik anak-anak di jalan yang diredhai Allah..

Kat bawah ni aku share printscreen dari FB Ustaz Ebit Lew. Allah Allah Allah...Banyak lagi yang boleh aku ikhtiarkan untuk didik anak kenal Allah..




Aku ada satu buku yang aku suka sangat isi dan pendekatannya...Nanti aku share. InsyaAllah...

#akubukanustazah#
#sekadarmencariredhaAllah#

1 comment:

  1. Assalamualaikum...salam perkenalan..

    Mengajar anak mengenal Allah memang mencabar...Semoga kita semua berjaya mendidik bakal pemimpin masa depan dengan hikmah dan dipermudahkanNya

    ReplyDelete