Friday, June 13, 2014

Menjaga Batas Pergaulan Seorang Isteri/Suami..



Sebagai seorang isteri, aku sangat menjaga pergaulan aku dengan lelaki bukan muhrim yang lain. Pada aku, there is a line between suami dan lelaki lain. I dont simply talk nonsense with other guys.

Ambil contoh pembangunan pesat teknologi..Dengan social media dan social apps yang pelbagai, interaction between men and women can be in all sorts of way. Aku ade je group whatsapp yang mix lelaki dan perempuan. Tapi aku set a limit, i will only respond to topics related to work or anything yang important. Kalau setakat nak borak-borak kosong, takde point penting, aku tak join. Aku sekadar baca sepintas lalu. Aku takkan ngada-ngada nak menyelit menambah perisa.

Ada je kawan lelaki whatsapp or PM, sekadar tanya sihat ke? Keje mane sekarang? Still kat mid valley lagi?
I see no point yang perlu aku reply. Aku ignore. Tak kisahlah kau nak kata aku sombong ke ape. Kalau kau setakat nak berbasi-basa tanya benda yang aku rasa takde kepentingan untuk kau mahupun aku, memang aku tak jawab. Kalau ada benda penting, mesti kau akan straight to the point.

Kalau kau tengok aku aktif ber-whatsapp pun, sekadar dalam group family dan group BFF sejantina.




 Facebook pulak, aku share account dengan suami. Jadi dah tentu aku takde masa nak flirt around dengan lelaki lain dalam FB.

Ada jugak aku dapat panggilan dari lelaki yang tak dikenali, wrong number. Lepas tu dia sms tanya dah lama ke aku pakai nombor ni...Tak kuasa aku nak layan. Weeks after, dia sms lagi, tanya aku buat apa? Takdenye aku saja-saja nak reply. Tah siapa pun aku tak kenal. Full stop.
Kalau missed call pun, setakat sekali missed call, aku presume wrong number. Aku takkan call balik. Kalau berkali-kali missed call nombor yang sama, most probably ada something urgent and important, baru aku call balik.

Berhubung dengan kekasih lama?
Lepas break-up, sebelum hati aku terbuka untuk berkasih-kasihan lagi, aku jawab je phone calls dia. Itupun saat aku rasa aku ada kekuatan untuk tangkis dan tepis apa-apa cubaan pujuk rayu. Kalau aku rasa masa tu aku tengah down, kau call banyak-banyak kali, aku off je handphone.
But lepas hati aku dah kembali berpunya, that's it. I won't answer any of your phone calls or messages. I make it clear to myself. Close one chapter, open another new chapter in life. Bukan aku benci ke apa, cuma I need to establish a limit dan aku perlu menjaga hati orang lain. Bila dah kahwin, I make it more stringent to myself. Aku wajib jaga hati dan perasaan suami aku. Aku taknak a single phone call or message from any other man breaks my husband's heart. Dan aku taknak jadi isteri yang distrustful. Kalau orang dah tak percaya kat kita, susah kau nak fix everything back. It won't be the same as before.
Ada jugak beberapa kali aku receive phone calls dari dia. Sebelum kahwin dan selepas kahwin. Even a day before aku nikah. But seriously, aku just ignore those phone calls as it has nothing to do with my life anymore. Akhirnya, dia senyap sendiri. Sedar panggilan tak berbalas. 

My point is, aku pelik tengok orang yang tak kisah berbual mesra, bergurau-senda, berborak/chat panjang lebar dengan lelaki/perempuan lain selain suami/isteri masing-masing setiap hari. Dan yang lebih aku pelik bila kau selamba buat statement double meaning atau lucah dengan lelaki/perempuan lain. Kalau nak berdouble meaning dengan kawan sejantina aku tak heran..Aku pun pernah buat. Tapi nak mesej lucah-lucah dengan laki/bini orang lain, sumpah aku segan. Dengan laki sendiri tak payah debat. Setiap hari kau nak cakap merapu pun takpe. It happens everywhere. Baik dalam media sosial, calls, sms ataupun yang betul-betul depan mata.

What came across my mind..
1) Kau tak segan ke? Kau agak apa pihak satu lagi bayangkan apa?
2) Apa agaknya perasaan suami/isteri kau kalau terbaca or dapat tau?
Kalau terjadi kat aku, suami aku riang ria mesej dengan perempuan lain, sumpah sentap...Mau aku buat perangai keras hati aku tu..huhu..

Aku tak kisah lah orang nak cakap aku kolot ke, tak ikut peredaran zaman ke, duduk dalam gua ke..But to me, there is always a definite line between aku dengan lelaki selain suami aku.. Kalau tengok surrounding kerja aku sekarang, kat unit aku ni, aku seorang je perempuan. Dalam department pulak, adalah 3 orang perempuan termasuk aku. The rest adalah lelaki. Takdelah aku nak pergi terhegeh-hegeh menempel kat dierang, borak benda merapu. Setakat atas urusan kerja. Kalau takde benda penting nak cakap, melekat jelah aku kat meja aku.

To me, kalau aku nak luah perasaan, aku nak mengadu apa-apa, aku bosan nak ajak orang borak/chat, nak bermanja-manja, nak tergedik-gedik, I will either find my husband or my girlfriends. 
Sebab pada aku, pergaulan bebas tanpa kawalan ni lah yang akan lead to pergolakan rumahtangga. That's why dari awal, aku told myself that this is my limit. Sebab aku tau aku akan sakit hati sangat kalau suami aku buat macam tu kat aku. Jadi aku berusaha sebaik mungkin agar aku tak sakitkan hati dia.

Things like this, mula-mula kau rasa macam tak ada apa-apa.
 "Eleh, aku isteri orang, dia pun suami orang, takkanlah nak lebih-lebih. Setakat gurau-gurau je." 
"Saja je nak test market..Ayat manis sikit..Main-main je..Bukan betul pun.."
Tapi dalam kau tak sedar, syaitan mula cucuk jarum. Daripada mula-mula kau tak rasa apa-apa, tiba-tiba terdetik something dalam hati, then lead to hubungan terlarang dan seterusnya. Bersorak gembira si syaiton jeratnya mengena. Jadi, lebih baik hindari daripada bila dah terjebak, pening sendiri.

Walau apa pun, aku rasa, muraqabatillah kita kena kuat kuat ( iaitu merasa diri sentiasa dalam pandangan ALLAH ). Kalau kita sentiasa ingat yang Allah memerhati setiap gerak geri kita, kita akan cuba untuk elak benda-benda yang menjurus ke arah maksiat. Wallahu'alam.

***

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)

Wanita solehah yang menjaga kehormatan / maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba.

***
p/s: Bukan isteri sahaja perlu jaga pergaulan, suami juga perlu jaga batas pergaulan dengan perempuan lain supaya tak menimbulkan fitnah.

16 comments:

  1. 200% setuju. its not kolot! aku pon berpendapat yg sama. nak flirt...dgn husband sudah. aku pon x paham org2 yg mcm ni. yes mmg boleh berkawan, borak ramai2, aku xde masalah. kalo sampai ke phone aku x setuju... ade gak sms or whatsapp tp sekadar urusan kerja sahaja. luar waktu kerja x perlu. Dont they love their marriage??

    ReplyDelete
  2. my husband suka flirt2 macam ni. Pada dia itu bukannya apa-apa. Aku isteri teramat kecewa. Inilah nasib aku walaupun aku tak begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya pun begitu dia kata xde apa2 tp klu dah bergurau senda tu apa nya...

      Delete
    2. Sedih kan suami cmtu... makan hati selama-lamanya 😔

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Yup.. betol tu. Saya setuju sgt ngn artikel nie.. zaman skrg nie kite bkn xcaye ngn husband kite.. tp kite xboleh percayakan dgn org2 sekeliling suami kite.. esp gurl2 zaman skrg. Lagi dye tau tu husband org lagi lah dye nak dekat2.. huhuu... mntak dijauhkan dr segala perkara buruk..

    ReplyDelete
  5. orang yg xtau limit n anggap benda2 mcm ni mcm normal is not normal..they have problems in life n they dont appreciate what they have in front of them until they lose them. T T

    ReplyDelete
  6. Terbaik...ssh nk jmpa wanita/isteri mcm ni pda zman sekarang ni... tahniah.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Suami saya pon mcm tu...tk menghargai isteri...suka bergurau senda dgn perempuan lain dlm group whats up....saya sgt2 kecewa....satu hari saya berharap suami sy sedar.....harap2 tk terlambat la...

      Delete
  8. elok untuk dibaca tapi jangan ikut ye.....

    ReplyDelete
  9. saya stress dgn bff saya, bergelak ketawa dgn lelaki bujang, macam xde suami...nk tegur takot kecik hati, tapi sekarang ni saya yang makan hati sbb setiap hari terpaksa dgr die brgurau senda dgn lelaki tu, dahla satu tmpt kerja....arrrrggghhh walopun atas title kwn katanya, tp kalo bnda yg x patot citer pon citer mcm mana tu? (garu kepala yg x gatal)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.sy jz nak tya la.sy ni steri org.kerja dlm 1 jabatan beruniform.dn dalam jabatan sy cuma sy je permpuan dan seorang kerani perempuan.msalahnya,sy slalu nampk kerani sy bergurau senda,dudk rpat umpama dlm saf solat,bertepuk bertampar dgn incas sy..incas sy ni dia dpertggungjawbkan utk jga balai tmpt sy kerja ni.jd benda ni memg slalu nmpk sbb memg tender sy kerja pgi.sy dgn krani permpuan ni bkn jnis brborak sgt sbb sy mnympah dgn sikap dia yg melebih2 dlm tugas dan mngalahkan kami yg beruniform ni..jd,sy mntk pndapat,mcm mna sy nk tgur sikp dua mnusia ni spy mreka segan utk bgurau senda kt tmpt keja hngga mndatngkan rsa tk selesa pd pkerja2 lain.utk mkluman kerani n llaki tu msing2 dh brkahwin.

    ReplyDelete
  11. Sy pun setuju..ibarat smartphone dajal kecik lah..merosakkan rumahtangga org serta manusia jadi lalai dan hilang kepercayaan n kasih sayang terutamanya pd suami/isteri.Sy paling benci watsup group sekolah..mmg menjahanamkan...

    ReplyDelete
  12. From 2014 to 2019..rata-rata komen kat blog ni meluahkan rasa yang sama. Bahana pergaulan tanpa batas. Sporting pada perkiraan mereka2 ni. Saya jalan2 mmbaca online sampai trjumpa blog ni.

    ReplyDelete