Tuesday, September 8, 2015

5th Pregnancy : The Waiting Game



Hari ni 39w2d
Semalam dah mencutikan diri secara tidak official. Sebabnya, diserang contraction yang tidak berkala dari tengah malam, membawa ke pagi. Pagi tu, nak jalan pun susah. Sakit.
Membayangkan diri nak jalan seorang diri sejauh 1km sampai office dengan kesakitan dalam setiap langkah....hurmmm EL sajoh..
Semalam seharian lah aku monitor contraction...
Dari pagi tu sampai lah ke malam, lebih kurang 10 mins interval..Tapi aku buat rilek je. Biarkan dulu. 

Malam, lebih kurang pukul 9.30 macam tu, aku rasa macam dah kurang 10 mins gap. Baru on contraction timer. Memang tak sampai 10 mins. 6-7 mins gap macam tu. But still, aku nak tahan lagi. Malas nak terjah hospital lagi sebab taknak frust kena balik rumah semula lepas tunggu lama-lama. Dan taknak jugak kena tahan wad kalau dah bukak 3cm. Harapannya nak bila cek bukaan je dah boleh terus masuk LR gitu...Ngade sangat..
So aku bertahanlah..Rase macam makin kuat je sakit.. Tapi gaps still 7 mins camtu. Sakit hoii..tak tipu...2 orang sebelum ni, aku tak rasa pun sakit macam ni masa pre labour.. Kali ni punya bahagian, lain pulak. Allahu..Astaghfirullahalazim...ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..
Pastu tiba-tiba aku tertido..hahaha..tersedar balik sejam setengah after the last contraction kot..terjaga pun sebab sakit datang balik..After that tak cantik sangat dah readings. 10 mins, 15 mins till aku tertido buat kali kedua. Masa ni dah tak keep track dah contraction. Malas.

Bangun subuh, mula-mula rasa macam ok je. Boleh gi keje kot hari ni. Another false alarm i guess. Rupanya tak, masih ada contraction and sakit-sakit sengal kat bawah. Jalan macam ape dah aku..

Hari ni sebetulnya ada check up. Tapi aku rasa tak gigih nak tunggu lama-lama kat KKIA tu dengan sakit yang makin kuat tapi tak berapa nak konsisten ni. Pagi ni back to 10 mins interval. Aku dan zawji decide pergi klinik swasta je.
Reason being, nak terus cek jalan je. Sebab taknak terus serah diri kat hospital to avoid frustration kena halau balik. Kalau dah ada bukaan, baru fikir nak serah diri.

Bila cek, doc cakap still close. Tapi dah lembut sangat and kepala baby pun dah kat bawah sangat. Tunggu masa je. Tengoklah petang nanti ke esok. Confident je doc ni cakap. Doc kasi mc soh rehat and bertahan dengan contraction yang akan makin kuat. Huhu..

So ni tengah rehat-rehat kat rumah. Hujan lebat pulak. Nyaman je rasa, ingat nak qada tido yang terganggu malam tadi. Nan hado lah... Contraction tengah aktif ni, macam mana nak tido...sekadar lelap mata je lah, menyelam bersama kesakitan gitu sambil dengar zikir terapi minda. Hihi..

Doakan yang baik-baik untul aku ye.
Semoga Allah permudahkan semua urusan dan selamat hendaknya.
Ameen ya Rabb..


1 comment:

  1. dah tak lama dah tu pasal dah lembut kan. klu my gynae dulu, dia twist skek paksa bukaan jalan hehehe tahan jela rs senak tu. bleeding skek lah kuor mcm lendir2 gtu. tu nk kekdah nk cepatkan bukaan. kite dedua pregnancy induce..x merasa nk rasa natural pain.

    apepon moga dipermudahkan ye Ily. take care

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015