Wednesday, October 7, 2015

Confinement Package


Previous confinements, aku berpantang di Ampang dan Gombak. Being taken care by Mama or Ma. Those days, aku cuma beli set berpantang dan cari tukang urut. Kalau di Gombak, makcik urut tu, Cik Naimah, kawan Ma. The services are urut, tungku whole body dan ikat bengkung. Dan selalunya Ma minta tolong Cik Naimah mandikan baby sekali. 2 kali berurut pantang dengan Cik Naimah, Alhamdulillah aku puas hati.

Cuma this time around, aku berpantang sendiri dekat rumah. Berkira-kira juga aku nak buat keputusan nak pantang sendiri. Ma dah tanya nak booking Cik Naimah tak.. Fikir punya fikir, aku confirm nak berpantang di rumah sendiri due to several reasons.

Bila nak berpantang sendiri, banyak benda juga aku kena fikir. Penjagaan diri aku, baby, pemakanan etc.. Jadi, aku decide nak cari confinement lady (CL) yang buat servis urut sekali dengan masak lauk berpantang dan mandikan bayi. Pening jugak aku nak cari. Nak cari harga yang mampu bayar dan kerisauan kalau tak serasi..Aku rasa agak lewat juga aku cari tu. Dah masuk bulan ke-8 kandungan kalau tak silap.

Akhirnya aku tawakal contact satu nombor ni. Tengok pakej dan harga yang ditawarkan, aku rasa berpatutan. Akak tu kata, kalau nak dia sendiri datang servis, tak dapat lah sebab schedule dia dah full sampai hujung tahun. Kalau nak juga pakej dia, dia boleh hantar staff yang dah biasa ikut dia. Risau jugak aku. Macam-macam aku fikir. Akhirnya aku setuju. Bismillahi tawakkaltu 'alallah..

Fb: Adieyla Confinement Services
Pakej-pakej yang ditawarkan :-

Package half day 9am to 1.00pm
7hari rm1200,14hari rm2200
Urut 5x
Tungku 5x
Mandi herba 7x
Ikat kain bengkung 7x
Lulur 1x
Tangas 2x
Param pilis tapel
Mandi baby+urut baby
Myediakn mknan berpantang

Package full day 9am-5pm
7hari rm1400,14hari rm2600
5x urut
7x tungku
7x mandi herba
7x ikatan kain bengkung
1x lulur
2x tangas
Param pilis tapel
Mandi+urut baby pagi dan petang
Myediakan makanan berpantang

Package stay in 7hari rm1500,,14hari rm2700
Rawatan bermula pukul 8am-8pm
Urut 5x
Tungku 7x
Mandi herba pagi dan petang
Tangas 2x
Lulur 1x
Param pilis tapel
Ikatan kain bengkung pgi dan petang
Mandi baby+urut baby pagi dan petang
Myediakn makanan berpantang pagi dan malam
Basuh baju baby

Pakej rm1000 7hari
Urut 7x
Tungku 7x
Mandi herba 7x
Ikatan kain bengkung 7x


#UNTUK PAKEJ PENUTUP PANTANG HANYA PERLU TAMBAH RM400 UTK SETIAP PAKEJ YG DIAMBIL... URUT 3X,TUNGKU 3X,TANGAS 3X,MANDI HERBA 3X,IKATAN KAIN BENGKUNG 3X

Aku ambil pakej 7 hari half day...dan juga untuk penutup. Kalau ikutkan rasa tak cukup 7 hari tu, tapi sebab aku risau kalau tak serasi, tak berani nak ambil risiko. Tapi bila dah rasa ok, bukan boleh nak main tambah-tambah macam tu je kan. Semua nak kena booking. Huhu..

Dah selesai pun servis untuk 7 hari tu. Alhamdulillah..Aku rasa puas hati lah dengan treatment dan servis lain yang diberikan. Masakan lauk berpantang pun sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah..Mulalah nak rasa menyesal ambil 7 hari je..hahaha..Mungkin kalau ada rezeki anak lagi, nak ambil pakej 44 hari terus..hahaha..Pantang pyn tak habis lagi, ada hati fikir next production pulak...huhu..

Those yang mencari-cari pakej confinement lady, boleh lah tengok di Fb - Adieyla Confinement Services atau telefon/whatsapp - 012-6383021 (kak suziela)

6 comments:

  1. Thanks for the info Ily. Bolehlah consider this service hehehehe pregnant pun belum :p Tapi memang dah plan kalau pregnant lagi nak berpantang sendiri je inshaaAllah.

    ReplyDelete
  2. klu pantang sendiri mmg better amek service mcm ni kan...boleh tahan jugak eh harga...i tunjuk kt asben terkezut dia...haha nasib la family duk dkt :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. price ni pun antara yang agak reasonable to me and within budget, tapi kalau ambil sebulan dah jadi over budget lah pulak..hihi.. My family and in laws pun duduk dekat, tapi banyak faktor yang menjurus kepada pantang sendiri :P

      Delete
  3. Terima kasih ily coz sudi menggunakan khidmat adieyla confinement services..insyaAllah ada rezeki jumpa lagi..mana tahu skit2 bdan lepas nie boleh la pgil lagi..bukan tgu lpas bersalin je..

    ReplyDelete
  4. Salam, boleh dapatkan nama confinement lady yg bagus tu utk rujukan? :D

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015