Thursday, October 8, 2015

Important Events That I've Missed Throughout My Confinement



[1] Faheem's Sports Day

Karnival Sukan PASTI Kawasan Pandan was held on 13th September 2015. Masih berkampung di hospital masa ni due to G6PD deficient..Frust tak dapat tengok abang Faheem bersukan secara live for the first time, tak dapat nak bagi sorakan semangat kat abang Faheem..Kalau dah discharged pun, masih tak dapat nak join jugak..hahaha..

Tapi dah pesan dekat zawji to take videos of Faheem...And lots of pictures. Hihi.. Bila tengok video Faheem tengah berlari, Allah..Allah..Allah...comelnya anak ummi lari terkedek-kedek... You have done your best sayang. Tak menang pun takpe. Most important, your endless effort and not giving up..

Comel je kontijen cilik PASTI Ubudiah. Cantik kan jersey PASTI Ubudiah..Outstanding sangat warna biru tu sebab yang lain pakai baju sukan PASTI je..Faheem berkenan sangat dengan jersi ni dan dia sendiri purposely pilih no.4. Reason? Sebab umur Faheem 4 tahun..huhu..Tahun depan kena tukar no.5 lah pulak ye??




[2] Majlis Akad Nikah dan Bersanding Bangcik di Chemor

Bangcik ni adik lelaki aku. The one and only adik lelaki. Tapi aku ni, ade abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan, memang semuanya the one and only. Hihi..

Bangcik nikah 19 September 2015 di Chemor, Perak. Majlis belah perempuan, the next day after nikah. Sejak tahu due date bila, memang dah minta maaf awal-awal. Sebab my EDD 13th September. Seminggu sebelum event. Huhu.. Memang tak dapat nak tolong lah. The rest of the family berkampung kat Chemor 4 hari 3 malam. Aku? Masih berurut lagi masa majlis berlansung..Sadis je rasa. Dan rasa awkward bila tak dapat attend adik sendiri punya special day...Nak buat macam mana kan..Semuanya ketetapan Allah..

Terlepas lah nak tengok adegan Kangah menyeka airmata bila Bangcik sah jadi suami orang..heheheh... Ke kalau aku ada pun, aku akan nangis sama..hahah
. Bak kata adik, aku dengan Kangah sama je sentimental. Masa wedding kangah dan wedding aku sendiri, we both nangis macam ape tah.. Habis rosak make-up..huhu..Ape yang disedihkan sangat pun tak tau..




[3] Preparation Untuk Wedding Bangcik di Ampang

Yang ni pun rasa macam terkilan je. Previous weddings (Kangah's and mine of course), aku lah yang sibuk buat itu ini. Hantaran kangah dan hantaran aku, semua aku buat sendiri..Doorgift, meracik daun pandan buat bunga rampai, bunga pahar etc..My hand bouquet pun aku buat sendiri..

Wedding bangcik kali ni, mulanya aku offer nak buatkan hantaran. Mama, Kangah dan Adik dah beli lah segala barang untuk hiasan hantaran. Tapi sokmo takde masa je aku..Sempat tolong balut polisterin je lah untuk alas dulang hantaran. The hantaran itself, akhirnya mama dengan adik yang buat. 

Then, backdrop decoration sebab taknak buat pelamin. Just nak buat a simple backdrop untuk ambil gambar je.Together with the props for photo session. Yang ni pun, Kangah dengan adik yang buat. I wasn't even there to give ideas or what..huhuhu... The only sumbangan aku adalah doorgift. Itupun order je dan dah siap proper packaging, tinggal nak edar je..

Again, nak buat macam mana..Orang dalam pantang kan. Harapnya takdelah yang kecil hati..Pengantin ke..mak pengantin ke..kakak dan adik pengantin ke...heheh..Bila lagi kan kaklang korang ni nak berehat-rehat waktu event. Masa pantang ni je lah..Hihi..






1 comment:

  1. Sy membuat kerja2 ubah suai umah dan pejabat..membuat landskap ..porch keta,palaster siling ,pasang tile,plumbing,kerja kayu,wiring,memasang lantai vinyl dan wall paper dan bnyk lg..sila hubungi sy (amir) 0192945175 atau whatsapp 01129110298. Terbuka untuk area bangi ,kajang,cheras,phucongserdang,dan nilai.kuality dan harga terbaik adalah keutamaan sy

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015