Monday, August 15, 2016

Bangcik Bikin Saspen


Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Aturan jalan cerita Allah tu memang cantik..

Weekend baru ni, my small family, Mama ayah dan adik bongsu bercuti ke Penang. Hari jumaat bertolak, 2 buah kereta (dengan adik lelaki, bangcik, sekali), singgah di Ipoh, rumah mak mertua bangcik. Bangcik stay Ipoh sampai ahad. Kami terus ke Penang.

Hari Ahad, bertolak balik KL. Masa di Butterworth, lebih kurang 12.30 tghr, aku call Bangcik, tanya dia nak gerak balik KL pukul berapa. Dia kata petang-petang sikit. Then aku bagitau kami tak singgah, balik KL terus je nanti. OK, he said.

Pukul 2 lebih, kami berhenti di RnR Tapah. Makan solat siap. Almost pukul 4 lebih baru kami bergerak dari Tapah. Pukul 5 lebih, when we were approaching hentian sebelah Sg. Buloh, dapat mesej bernada cemas dari adik ipar di Ipoh.

Someone call her. Orang tu jumpa beg bangcik di RnR tapah. Handphone, IC, lesen semua dalam tu.. Dia call adik ipar based on nombor dalam hp adik. Orang tu nak balik JB, so tanya nak pulangkan macam mana. Bangcik memang tak dapat dihubungi lah sebab both phones dia dalam pouch bag yang tertinggal tu. Dan bangcik pun takde call sesiapa, informing dia dekat mana or what os ever. Happens that masa tu kami kat area Sg. Buloh and that person kat slim river.

So we waited for that guy dekat Hentian Sg. Buloh. Sambil-sambil tunggu, Mama tak senang duduk. Fikir bangcik dekat mana, duit ada ke, minyak cukup ke, Touch'nGo cukup ke..Macam-macam lah.. Rasanya dalam pukul 6 lebih, orang yang jumpa tu, known as En.Shahril, sampai. Alhamdulillah, semua dokumen penting, duit etc masih ada dalam beg tu. En. Sharil dan family dari Kedah nak balik JB dengan anak kecil 3 orang. Dia kata jumpa pouch bag tu dalam toilet. Dia tunggu lama jugak depan toilet tu in case ada orang patah balik cari bag. Tapi takde org datang cari. Dia pun dah lewat nak gerak balik JB. Mujur dpt call adik ipar, happens that hp bangcik tak lock.

Allah Allah Allah.. Syukur Allah temukan orang yang jujur. Semoga En. Shahril & family nya dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. [We just had a case of dishonesty, breach of trust recently..so perhaps, there's something that Allah wants to show to us..]

A nice plot. Sebab adik boleh kata tiap minggu balik Ipoh sebab orang rumah dia berpantang kat Ipoh, belum pernah lagi lah jadi camni. Kami ni happen to be bercuti² di Penang minggu ni dan Allah aturkan masa yang sangat cantik supaya kami dipertemukan dengan orang yang jujur. Allahuakbar.. Terima kasih Allah.

Bangcik pulak, kami dah sampai rumah, dia tak sampai lagi. Saspen lah kami ni tunggu dia balik. Dah ready nak viralkan dah..hahaha..Pukul 7 lebih dia sampai. Bila tengok kami masing-masing kelegaan, dia pulak saspen. Mama terus lah lambai dia dengan pouch bag dia. Terkejut dia tengok pouch bag dah sampai rumah lagi awal dari tuan..huhu.. Dan kecoh lah rumah mama seketika bila masing-masing sibuk nak bercerita dan cuba match kan plot cerita.. Hahaha..

Alhamdulillah semua selamat.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015