Tuesday, August 2, 2016

FMHK | Ayam Masak Kuzi ala CikMa


Masa raya di rumah Cikma hari tu, cikma masak ayam kuzi. Aku makan sampai menjilat jari. Mujur tak jilat pinggan..Hehe..
Aku pun tanpa segan silu mintak resepi dari cikma.

Gigih cikma bercerita dan gigih aku mendengar. Memang verbally je nih takde salin-salin. Gigih aku mengingat satu persatu bahan dan cara masak.
Cousin aku siap gelak lagi.. "Kak ily boleh ingat ke ni? Mama ni cerita ada fast forward, rewind balik bagai..Pening nak ingat nak nanti..." Hahaha..

Alhamdulillah berjaya masak ayam kuzi versi cikma ni. Yummeh..
Bau daun ketumbar memenuhi segenap dapur.. Harumnya...





What you need:

How to:

Blend bawang besar (sebiji), bawang putih (satu labu), halia, cili hijau dan cili api (ikut kepedasan).
Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Goreng ayam sampai sedikit masak. Asingkan ayam.
Tumis 4 sekawan - bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis sampai naik bau.
Masukkan perencah nasi briyani Maggi (bancuh dengan sedikit air). Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Kacau sebati.
Masukkan ubi kentang dan ayam.
Masukkan sedikit sos tomato (untuk rasa sedikit masam)
Masukkan susu sejat (untuk seekor ayam, guna separuh tin)
Masukkan buah tomato dan hirisan daun ketumbar.
Garam gula secukup rasa.

Kuah dia sedikit pekat. Depends if nak berkuah, tambah air sedikit.
Masak sampai mendidih.
Tutup api & ready to be served.

Makan dengan nasi putih begitu sahaja pun dah cukup.




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015