Tuesday, March 14, 2017

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2018/2019 Secara Online

Last year dah buat permohonan ke tahun 1 untuk Faheem bagi ambilan 2018. So, tunggu bulan Julai or Ogos nanti untuk semakan keputusan ambilan 2018.

Tahun ni, buat untuk Faqeeh pula. Yang kelakarnya, aku lupa password weh. Jenuh la try and error. Tak berjaya. Bila mohon reset kata laluan, tengok email macam salah je. Alahai. Sampai ke sudah tak boleh reset. So untuk daftar Faqeeh, aku create lah ID baru pakai IC zawji. huhu..Tapi nak kena reset juga password ID lama tu untuk semak keputusan Faheem nanti. Adoii.. Yang tu dah email ke admin, kita tunggu jelah reply.

Meanwhile, settlekan permohonan untuk Faqeeh dulu..Almaklumlah, anak setahun satu..huhu...

Aku notice, dah ada penambahbaikan sistem untuk permohonan tahun ni. Tambahan maklumat kesihatan dan maklumat imunisasi murid. Tahun lepas takde. Kena lah buka balik buku rekod check-up. Mujur memang simpan dalam dedicated file. Takdelah menggagau nak mencari. Jadi, isilah tarikh-tarikh anak kena cucuk vaksin tu.. Since my 3 boys G6PD deficient, declare lah jugak.




Kalau pening nak tengok rekod imunisasi macam tak sama je dengan dalam sistem tu, sebab dalam buku rekod kesihatan tu dia pakai short form.

DTap/DT untuk Difteria, Pertussis, Tetanus
Hib untuk Haemophilus Influenza
IPV untuk Polio
MMR untuk Measles, Mumps, Rubella



Lepas tu ada pulak persetujuan untuk perkhidmatan kesihatan dan imunisasi bila anak dah masuk sekolah. Pilihan di tangan ibu bapa. Apa implikasi kalau takde rekod imunisasi atau tidak bersetuju untuk program imunisasi bila dah start sekolah kelak, aku tak pasti.


Yang lain-lain tu aku rasa sama macam sistem tahun lepas.
Dah siap isi semua maklumat, seperti biasa, simpan. Then print satu salinan borang permohonan sekali dengan borang kebenaran perkhidmatan kesihatan dan imunisasi. Jangan lupa sign borang tu.

Hantar permohonan untuk pengesahan sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan atas talian. Jangan lupa sediakan dokumen seperti yang diminta dalam senarai semak di belakang borang permohonan.

Masa Faheem dulu, ada beberapa dokumen tambahan yang sekolah minta. Salinan slip gaji parents, gambar berukuran passport 4 keping dengan salinan mykid anak. Dan juga duit RM 3.00 untuk setem dan sampul surat. Yang ni depends pada sekolah masing-masing.


Surat beranak asal perlu bawa juga sebab dia nak cop kat belakang surat beranak tu.

Faqeeh punya ni, aku belum hantar lagi. Huhu. InsyaAllah next week. Masa anka first kemain excited lagi ummi kan hantar awal-awal. hehe. Masa hantar permohonan Faheem tu, kerani sekolah tu cakap, semangat betul emak. Sebab nak hantar permohonan untuk ambilan 2018 kan, bukan 2017. Kalau ikutkan, tahun 2017 pun boleh lagi nak mohon. Cuma risiko sekolah yang nak di pohon tu penuh je lah. Kang kena campak sekolah lain yang jauh dari rumah, naya je.

Selamat memohon mommies semua!

2 comments:

  1. mujur tak terbuang buku imunisasi anak.. ingat kan tak guna dah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. Mujur kan. Saya pun mujur simpan semua dalam 1 fail. Senang nak cari.

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015