Tuesday, May 16, 2017

Menjelang Ramadhan


Ramadhan dah semakin menghampiri.
Dalam erti kata lain, due date pun dah semakin hampir. huhu..
Another part yang penting, Alhamdulillah aku dah selesai hutang ganti puasa yang tertunggak sejak keguguran kedua yang lalu. Gagahkan diri ganti puasa memandangkan due bersalin kali ni jatuh dalam bulan puasa, jadi taknak lah berganda-ganda nak ganti puasa. Lebih penting, pening nak kira fidyah nanti. Bila dah selesai ganti puasa ni, leganya tak terkata. Huhu..
Ramadhan ni, tak tahulah gigih ke tidak berpuasa sebelum bersalin. Dah hujung-hujung pregnancy ni, angin dah mula datang balik. Pantang lewat makan, terlebih makan, terkurang makan, mulalah pedih perut, muntah bagai.
Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan.
Kalau tak mampu nak berpuasa sekalipun, mudah-mudahan bila nak mengganti esok, bertabah lah ye..Bukan tak pernah ganti puasa sebulan kan??? huhu..

Hah.. lagi satu, sebab due seminggu sebelum raya, dan bayang-bayang rendang tu macam menggamit je kan... Alhamdulillah permintaan dah ditunaikan. Terima kasih Mama. Love u till Jannah.. 
Gigih Mama, dengan bantuan adik, masak rendang daging last Friday. Ayah siap nak belikan paru lagi. But I said, daging pun ok dah. Sedap gilaaaaaaaa... Adik rebus nasi impit, tapi tak sempat makan malam tu. Tapau je nasi impit dan rendang. Hari sabtu sarapan rendang daging dan nasi impit. Perghhh, heaven betul.. Feeling-feeling suasana di pagi raya..Hahaha..

Janganlah kecam akak. Akak tak dapat nak melantak di pagi raya nanti. hahah..

Nampaknya, untuk Ramadhan kali ni, macam takde je siri ketuk-ketuk Ramadhan macam last year. Last year akak gigih nak masak sendiri dan mencabar diri supaya tak tapau dari pasar. Adalah juga zawji beli kuih sejenis dua. Lauk mostly memang masak sendiri. Kalau tak masak, buka kat Ampng or Gombak or surau. Tahun ni macam tak gigih. Nak masak untuk dinner pun tertahan-tahan sakit. Tengoklah macam mana nanti ye..

Semoga Allah permudahkan semua urusan, beri kesihatan dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan, bulan yang penuh barakah... Allahumma ameen.




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015