Friday, May 19, 2017

Sambutan Hari Guru Pasti Ubudiah

Masih belum terlambat rasanya nak wish Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik yang tanpa jemu mengasuh dan mendidik anak bangsa. Semoga para guru terus istiqamah mendidik dan membangun ummah dan semoga setiap usaha dan keringat diberkati dan diredhai Allah.

Pengurusan Pasti Ubudiah terlebih dahulu dah meraikan guru-guru pada 14 Mei lalu dengan di Restoran Berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.


 Yang belakang sekali tu bukan cikgu ye..Sibuk interframe...huhu..


Kenyang perut, senang hati..


Pada 16 Mei itself, Pasti Ubudiah menerima kunjungan dan cenderahati Hari Guru dari ADUN Chempaka, YB Dato' Iskandar Abd Samad. Alhamdulillah, murah rezeki cikgu-cikgu dan anak-anak Pasti.


Sambutan di Pasti pula berlansung hari ni, 19 Mei 2015 bersekali dengan sambutan hari jadi bagi anak-anak Pasti yang lahir bulan Mei. Since awal minggu hari tu anak-anak fokus menduduki peperiksaan. Now dah habis exam, bolehlah bergembira dan bersuka-ria.


Tahun lepas, Faheem Faqeeh buat kad sendiri untuk cikgu-cikgu. Tahun ni, ummi tak gigih. Jadi kita pakai kad readymade je ye. Ucapan kat dalam Faheem Faqeeh tulis sendiri. Ummi lupa pula nak snap gambar tulisan lingkar-lingkar Faheem..hihi..


Emila Yusof's artwork that I adore so much.
Terima kasih cikgu-cikgu kerana sabar dan tekun mendidik anak-anak Pasti.
Buat semua yang mendidik aku jua dari kecil hingga layak bergelar manusia.
Jasa dan pengorbanan kalian tidak terhingga.
Semua budi kalian di balas Allah SWT di Jannah kelak. 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015