Monday, March 5, 2018

Ramen Goreng ala Sizzling


Hari tu aku beli organic ramen. Saja nak cuba. Tapi blur pulak nak masak apa. Though belakang packaging ramen tu ada serving suggestion, tapi tak berani nak cuba. Tekak aku ni bukan reti sangat sebenarnya cuba makanan baru dan pelik. So nak try menu ala-ala jepun tu, berfikir sejenak. haha.

Sudahnya, aku decide masak sizzling je. Ni pun my first cooking attempt sebenarnya. Makan kat kedai banyak kali dah..hahaha..Takpe, kita cuba test skill.


Bahan-bahan:
Organic ramen
Bawang putih & halia dihiris
1/2 kiub pati ayam
Kicap pekat, sos tiram, kicap lemak manis
Cili kering potong kasar, rendam dalam air panas.
Ayam dipotong kecil
Cendawan shitake rendam hingga lembut
Sayur - sawi or carrot
Tepung jagung

 Cara masak:
Rebus ramen dalam air mendidih lebih kurang 2-3 minit, then toskan.
Next, tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai kekuningan.
Masukkan ayam, goreng sampai separuh masak
Masukkan 2-3 cawan air.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap lemak manis or kicap cair. Yang ni aku letak je tak ikut sukatan sangat. 
Masukkan kiub pati ayam.
Kacau, biar mendidih sampai ayam masak.
 Then masukkan cendawan dan sayur.
Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk bagi kuah pekat.
Kacau.
Masukkan ramen yang dah di tos tadi, kacau sampai rata. Tutup api.
Depends nak kering atau berkuah, ikut suka.

Ni organic ramen yang aku beli dekat Sogo. Hakubaku organic ramen. Macam lidi cucuk satay. hihi.


Serving suggestion.
  

Texture lepas rebus, lebih kurang je macam yee mee. Kenyal-kenyal gitu.

 Finally, from my humble kitchen..Puas hati. Kaya mushroom, kaya ayam. haha..

  

2 comments:

  1. Alaaa..sedapnyaaaa....nak cuba la tapi nak beli kat mana ramen ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat sogo. tak sure kat tmpt lain. sbb beli tu pun, belek2 terus amik.

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015