Thursday, June 7, 2018

Tragedi Ramadhan 2018


Anak soleh ummi yang seorang ni.
Allahu.

Kejadian berlaku di Gombak. Kisahnya, Faheem tengah duduk tengok tv. Fathan lalu depan Faheem dan tersadung pada kaki Faheem, lantas jatuh tepat pada bucu tiang railing tangga. Of course lah nanges menjerit.
Aku kebetulan di situ, tengah ambil beg yang disangkut pada tiang railing tersebut.
Pada hemat aku, jatuh sakit lebam sikit je kot sebab dia jatuh tak kuat pun. Aku pun bingkas angkat nak pujuk dia. Elok je aku palingkan muka dia, terus rasa nak pitam tengok kening dah koyak. Terjerit-jeritlah aku panggil zawji dalam panik. 



Faheem pun tergamam tengok kening adik yang koyak. Berkali-kali dia cakap pada aku dan zawji, bukan Faheem tolak Fathan, Fathan yang langgar kaki Faheem, dia jatuh sendiri. Aku tengok muka dia pun dah cuak. 

Mujur juga pendarahan tak banyak. Tapi luka tu agak dalam juga. We decide bawak pergi klinik. Pukul 12 tengah malam hoiii.. Fathan pun nangis tak lama. Sempat juga dia habiskan saki baki biskut di tangan dan terus ketiduran. Dah memang letih sangat asbab tak tidur di siang harinya.

Fikir-fikir klinik mana nak dituju, mykid dia pulak tertinggal kat rumah. Sudahnya cari klinik berhampiran rumah jugak. Sempat singgah rumah ambil mykid dulu. Fathan tidur lena. Sesekali aku sentuh dada dia, aku picit hidung dia, just to make sure he is ok. Paranoid betul ummi.

Pergi klinik Sentosa. Doktor kata kena jahit dan perlu bius sebab takut dia terjaga. Boleh jahit di situ, tapi doctor bagi option whether nak ke hospital ke macam mana. Aku decide untuk pergi hospital. Terpaksalah transit abang-abang dan adik Fathiy dekat rumah maktok dulu. Then we head to Hospital Ampang. Fathan masih tidur lena.



Masa jumpa HO, she did mention kena jahit. Kami tanya boleh gam sahaja? HO kata, luka agak dalam, bimbang gam tak cukup kuat. Tapi depends pada pegawai perubatan yang attend. Di bilik prosedur, pegawai perubatan tanya nak gam atau jahit. Kalau jahit perlu bius dahulu, dan lepas jahit kena tunggu 2 jam until dia sedar. We opt for glustitch. Sebab luka dia agak dalam, kena pastikan kering at least dalam 2 hari. Tak boleh kena air, ditakuti luka terbuka balik. Selesai prosedur dah almost 4 am in the morning. Terus decide sahur di Ampang je. Hahahaha.



Tapi my little superhero ni, bangun esok pagi seolah tak ada apa berlaku malam sebelumnya. Seolah tak sakit lansung. Dia cuba nak buka plaster tu, tapi sempat aku tahan. Then I showed him gambar luka dia, suruh dia tengok dalam cermin, apa dekat kening dia tu. Terkebil-kebil.. "Kit...bang wat" (Sakit..abang buat). hahaha. Abang disalahkan.

  

He's really a hero. Sekejap je dah boleh senyum dah. Dan kembali melasak seperti biasa. Sambung adegan panjat memanjat. Tak serik betul. hahahaha.



Haissshhh...Budak sweet ni.


Alhamdulillah dia tak demam, tak muntah or pitam semasa dan selepas kejadian.
Ni tunggu luka kering betul je lah. Berparutlah kening awak. huhu.


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015