Monday, August 13, 2018

Allah is Indeed The Best of Planners


Aku fikir raya hari tu nak balas dendam, nak makan puas-puas sebab last year aku berpantang masa raya kan. Hahaha. Tapi, tak boleh pun. Tekak aku tak mengizinkan. Dengan cuaca yang panas tu, Allahu, kepala ni berdenyut-denyut sakit. Tapi makan jugaklah lemang, ketupat palas. Setahun dah ku tahan tak makan pulut. End up, aku muntah-muntah. Perut ni takleh terima lagi pulut agaknya. Berangin semacam. Sedih tau.. Baru nak qada' selera tertunggak tahun lepas. huhu..

Dan juga rentetan dari period aku yang tak stabil, dengan spotting masa bulan puasa. Hujung puasa tu 5 hari aku burn sebab spotting tu. Bezanya spotting masa tu disertakan dengan rasa mual, loya dan tak lalu nak makan. Masa tu jugak aku kerap membuang air kecil dan in between spotting tu ade lendiran putih jernih yang sangat banyak. Masa bulan puasa pun milk supply merudum dengan jaya. Haihh.

Dalam hati aku macam ada something fishy. Tapi…..jauh di sudut hati, takkanlah weh. Aku kan dah pakai protection. So, entah raya keberapa tah, aku gagahkan diri beli upt. Dalam pada berperang dengan perasaan dan penafian. Tapi sebab tak sedap hati, lawan jugak lah perasaan tu..

The result..


Termenung jap aku masa tu. Terkedu. Terkesima. Tak tahu lah nak gelak ke nak nangis.
Korang rasa, apa patut aku rasa?? Speechless weh. Speechless..
Aku biar je UPT tu atas meja sampai zawji balik. Dia. entah blur entah memang tak tahu ke, tanya balik kat aku, apa tu?? Haihhh…

Tak puas hati dengan upt Rm5.00, sebab line T tu samar-samar je kan, aku cuba test pulak dengan clearblue few days after. huhu..
Dah 5 weeks + dah pun rupanya.


Allahuakbar.
Nak kata apa?
Terbukti perancangan Allah melebihi segalanya.
Terima dengan hati terbuka, redha dan berlapang dada.
Thank you Allah atas rezeki ini, Alhamdulillah.








3 comments:

  1. Pertama, tahniah. Yang kedua, semoga ready mental dan fizikal ya. Cakap camtu sebab I pun pernah rasa apa yang you rasa dulu. Semoga semua urusan di permudahkan, aaamin. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. InsyaAllah. huhuhu. Allahumma ameen.

      Delete
  2. tahniah umi!!!insyaallah umi..sume akan dimudahkan oleh allah :)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015