Thursday, March 22, 2018

Observant & Particular


Faheem
Anak yang seorang ni, sangat lah observant.
Dan sangat particular juga.

Minggu yang ada masalah bekalan air, sekolah Faheem terjejas juga. Jadi sekolah beri cuti darurat memandangkan bekalan air tadahan yang ada tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan operasi sekolah dan asrama. 3 hari cuti darurat.

Memandangkan minggu tu tiada sebarang mesyuarat yang dijadualkan, aku decide bawa Faheem pergi office.


 Mendapat kecedaraan di office ummi kerana sifat ingin tahu yang terlalu tinggi. huhu.


Sepanjang Faheem di office ummi, semua benda dan perkara dia perhati. Dari perihal meja ummi yang tak berapa nak kemas (sedap je dia tegur kesepahan meja ummi), warna kerusi yang berbeza, jenis kerusi yang berbeza, kesamaan warna partition, tanda nama pada partition..Semua dia baca, semua dia perhati dan semua dia ulas. Dan banyak juga soalan-soalan yang dilontar.

Kenapa ada yang tiada nama pada partition?
Kenapa bos duduk dalam bilik, kenapa ummi takde bilik?
(sebab ummi kuli jaaa...hahahaha)
Kenapa kerusi partition sebelah dua, tapi ummi punya satu?
Phewwwww....


Belum lagi part dia mendengar setiap butir bicara perbualan dan perbincangan ummi.
Balik rumah dia tanya..
"Ummi kenapa orang yang ummi telefon tu taknak sign gambar (baca: lukisan) yang dia dah buat? Kan dia dah penat-penat buat gambar tu, sign lah kan. Apelah..."

Terkesima sekejap ummi.


Tahap observant dan particularnya Faheem ni sampai....

"Ummi, kawan ummi, uncle yang rumah dia depan hospital tu, yang pakai spek tu, yang kasut dia kan warna macam merah, tali dia warna kuning........."

Nampak tak perincian dia.
Yang tu memang dalam satu ayat sahaja ye.
Sangat detail.
Sampai kasut dia perhati. Aku pun tak pernah perasan kawan tu pakai kasut merah tali kuning. hahahahahahah.

Bila aku ulang tanya, "uncle yang rumah dekat hospital?"
Dia kata, "Bukan rumah dekat hospital lah ummi. Faheem cakap uncle tu rumah dia depan hospital.."


Baru ni dia baca mesej ummi.
Sedang order makanan kat abi.

Ummi taip.."xnak"
Faheem baca: "Ape ummi tulis tu? senak (baca laju-laju: s-nak). Kenapa ummi tulis macam tu? salah.salah. Padam balik."

Alahai anak. Oklah. Ummi tulis betul-betul.
Particular sungguh.

Sebab ke-particular-an Faheem ni jugak selalu jadi asbab bergaduh dengan Faqeeh. Dengan ummi juga kadangkala. haha. Too particular, dan semua kena ikut cara dia. Mau tak gaduh? kahkah.

I hope, you'll be particular in your Quran recital and hifz too.

No comments:

Post a Comment