Friday, June 22, 2018

Salam Aidilfitri 1439H



Tahun ni giliran beraya di Gombak.


Aku ambil cuti 2 hari awal. Misi membuat kuih raya. Sejenis je pun. Tapi jenuh juga nak menyiapkan sampai melecur tangan. Almaklum ada assistant kenit 2 orang. Abang-abang pula berkampung di rumah Maktok semenjak awal cuti sekolah. Tinggal ummi dengan adik kecil berdua. Alhamdulillah menjadi juga kuih ummi. Kuih mazola aje pun, Resepi dari FB Azlina Ina Fans. 






Sehari sebelum raya, baru sibuk nak pergi kedai cari ayam dan bahan-bahan lain nak masak. Buat satay goreng je dan kuah kacang. Daging ayam siapkan perap dulu dan bawak balik Gombak. Pagi raya nanti baru menggoreng. Kuah kacang dah masak siap-siap kat rumah.


Juadah pagi raya pelbagai juga, Alhamdulillah. Kakti masak nasi daging, daging masak kurma, ayam masak merah dan acar sayur. Kakna masak rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan nasi impit. Ma masak kuah lontong. Aku? satay goreng je. huhu.


Kami di pagi raya..Team Raya Gombak.
Missing family abe, hadi & firdaus.




Nampak tak ada orang berwajah masam? Tengah merajuk di pagi raya. huhuhu.



Seperti biasa, rumah Ma tak putus dengan kunjungan. Walau pagi tu Ma kata risau takde orang mari, makanan banyak, takut tak habis. hihi. Tapi kebiasaannya, tiap tahun pun, ramai je orang datang berkunjung rumah Ma di raya pertama. 



Senyum terpaksa. Alahai abang.



Belah petang, Mama call kata nak pergi beraya di Kajang, rumah ayah long. Since takde plan lain, kami follow lah mama ke Kajang. Maklong jamu satay kajang ori. Ni bukan Satay Kajang Haji Samuri tau. Sedappp sampai bercucuk-cucuk aku makan. huhu. Satay daging die pun lembut, juicy, manis. Terbayang-bayang lagi ni. hahaha.









On the way balik dari Kajang dah Maghrib. Zawji kata singgah solat kat rumah dulu lah. Then sempat ke open house rumah Dato’ Iskandar di taman sebelah, Taman Kencana. Mantan YB DUN Chempaka yang banyak berkhidmat dan berbakti kepada penduduk setempat. Rendang dan lemang aku tak hirau dah bila nampak ade menu nasi lemak. hahaha. Sedap pulak sambal die. Nak tambah, perut dah penuh satay. Aduhhh. Terima kasih Dato' dan Ustazah atas jemputan.


Raya kedua masih di Gombak. It's Fathiy 1st birthday. Takde kek lah dik. Potong nasi impit je. hahaha. Family Kakti & Acad dah bertolak balik Terengganu. Tinggallah kami yang kampung paling 'jauh' ni. hahaha. Plan nak keluar beraya sebelum Zohor. Tengah bersiap, ada tetamu datang. Sudahnya lepas Zohor baru dapat keluar. Beraya sekitar Sentul, Gombak je. Balik tu aku sakit kepala berdenyut-denyut. Terus mentidurkan diri. huhu. Penangan cuaca panas agaknya.









Raya ketiga. Takde plan nak ke mana. Ma kata mungkin Mak Ngah Lah nak datang tapi tak tahu bila. Aku ajak zawji balik Ampang sekejap sebab tak jumpa lagi ayah dan Kangah & family. Zawji kata balik terus. Ma nak beraya di Ampang juga. Nanti adik ipar bawak Ma. Kat Ampang Kangah masak nasi lemak. Ada juga mee tomato mama masak semalamnya. Yay! My Feveret!




Petang, dalam 5.30 gerak ke rumah saudara  zawji, di Sri Nilam, Bandar Baru Ampang. Ma dah sampai dengan Firdaus. Ada laksa. Nyumm. 





Lepas dari rumah Kak Ani Sri Nilam, Ma nak singgah rumah Mama. Sebelum tu Ma singgah buka puasa & solat Maghrib di Masjid Ubudiah dulu. Aku bawak si kenit ni teman. hihi. 


Macam girl??








Raya keempat ajak mama berjalan raya. Mama kata malas pula. huhu. Tak berjalan kemana lah. Merehat-rehatkan diri je. Gambar adik-adik je ada. Abang-abang dah tak hiraukan ummi bila dapat tengok TV.

Ada orang tanya, kembar ke ni? huhu..






Raya kelima dah ke kedai restock barang dapur. Petangnya zawji bawa anak-anak pergi padang main bola. Dah berapa hari dok tuntut nak pergi padang. As you wish...



Raya keenam dan tujuh. Patut dah masuk kerja. Tapi aku tak sihat. Demam, batuk, selsema, sakit kepala, angina, gastrik semua ada. MC. Melantak banyak sangat ke?? huhuhu. Hari ni (8 Syawal) baru gagahkan diri masuk kerja. Gigih pulak buat post ni. haha. Eh, aku dah draft awal-awal dalam hp dulu lah. hihi.

Ada sesiapa dah menangis tengok penimbang ke? Hahaha..
Mujur daku berat maintain dari sebelum puasa sampai ke laa.. Masih 51kg - 52kg.
Masa puasa pun berat tak turun mana haih. Mujur masa raya pun tak naik. huhu..
Tapiii, jangan dok happy sangat naa. Raya ada lagi 22 hari ni. hahaha..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!
Maaf Zahir & Batin.




No comments:

Post a Comment