Wednesday, August 29, 2018

Alam Ria Pasti 2018


Tahun ni, Faqeeh mewakili Pasti Ubudiah ke Alam Ria Pasti untuk acara hafazan. Menyambung legasi abang.

Pasti Ubudiah pula, jika tahun lepas hanya menghantar 2 penyertaan, Hafazan (L) dan Azan, tahun ni ada peningkatan dalam acara yang disertai. Tahun ni team Pasti Ubudiah hantar penyertaan bagi acara Hafazan (L) dan (P), Azan, Nasyid dan juga Pidato. 


  

Alam Ria Pasti Kawasan Pandan 2018 telah diadakan pada 5 Ogos 2018. Daripada 5 acara yang disertai, alhamdulillah Pasti Ubudiah berjaya meraih Johan untuk 4 acara, dan seterusnya melayakkan diri untuk ke Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2018.

Acara yang dimenangi adalah:
Hafazan (L)
Azan
Pidato (P)
Nasyid
  
  



Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2018 pula telah diadakan pada 12 Ogos 2018 di Tanjung Karang.


Disebabkan jarak perjalanan yang jauh, dah dikira sebagai musafir pun, anak-anak Pasti Kawasan Pandan berkumpul seawal 6.30 pagi dan bertolak pukul 7.00 pg. Faqeeh naik bas dengan kawan-kawan, sengaja biar dia merasai pengalaman nak pergi bertanding dengan kawan-kawan. Kami gerak berasingan. 

Suasana di lokasi pertandingan.


Isi perut dulu sebelum giliran.


Tukang sorak pun kena isi perut juga.



I'm a boy tau. Dah pakai kopiah ni jangan cakap macam girl lagi.

Dah alas perut, baru naik ke bilik untuk pertandingan Hafazan, nun di tingkat 4. Gigih ummi panjat tangga.

Faqeeh giliran yang ke-11. Nampak tenang dan bersahaja je dia. Bila tanya, Faqeeh takut ke? Selamba dia jawab, tak pun.


While waiting for his turn outside the room. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk Faqeeh. Just do your best. Menang atau kalah tak penting pun pada Ummi. Keberanian dan semangat Faqeeh dah cukup buat Ummi kagum. Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah.

 

 
Sempat dia jenguk peserta sebelum dia. Kalau ummi dah kecut perut dah taknak tengok orang lain.

 
Saingan semua sengit-sengit. Subhanallah.
Kagum dengan bakat dan kebolehan anak-anak syurga semua. Ada antaranya yang sangat lancar, terang dan tepat bacaan dari segi tajwid dan makhraj. Allahu. Acik rasa, acik sendiri baca tak selancar dan sebaik anak-anak semua. MasyaAllah. Syabas anak-anak syurga semua. Semoga kalian menjadi benteng pertahanan yang akan sentiasa menegak dan mempertahan syiar Islam serta sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Walaupun Faqeeh tidak berjaya mendapat top 3, he is already a winner in my heart. He did his best. Alhamdulillah. Moga menjadi pemangkin untuk Faqeeh terus istiqamah dan bersemangat menghafaz kalam suci Allah.

Overall, Pasti Ubudiah tidak Berjaya membawa balik sebarang pingat. Namun, pingat keberanian, ketekunan dan kecekalan perlu diberikan kepada semua anak-anak Pasti yangtelah berusaha melakukan yang terbaik. Juga buat para cikgu dan ibubapa yang memberikan kerjasama yang terbaik. Moga semangat seperti ini akan subur dan mekar dalam jiwa semua yang terlibat.


******

Sedikit nota yang sempat aku rakam dan pahat dalam minda sewaktu ucapan penutup majlis oleh Ustaz Zamri mantop…

(1)
Ibu ayah menghantar anak-anak untuk belajar agama, belajar mengenal Allah. Itu antara yang anak-anak Pasti pelajari sejak hari pertama sekolah. Bacaan ikrar mentauhidkan Allah dan bacaan syahadah pada setiap pagi. Namun, perlu ibu ayah ingat, ujian getir buat ibu ayah, dalam kita berkehendakkan anak-anak dididik dengan cara Islam, dalam suasana Islam, jangan lupa perkara paling penting, percaya pada qada' dan qadar, redha terima ketentuan Allah. Jangan kita terlalu mengharapkan kemenangan anak-anak, sehingga lupa untuk redha dan berlapang dada dengan apa jua keputusan, apa jua ketetapan Allah.

(2)
Setiap anak kita adalah pemenang. Jangan dibanding-bandingkan mereka, hatta dengan adik-beradik. Mereka hebat dengan cara mereka.

(3)
Dalam mendepani masalah sosial yang semakin meruncing kini, adalah penting untuk ibu ayah mempersiap diri dan anak-anak dengan mendidik dan menerapkan pada anak-anak perkara berikut:

a) Kuatkan sistem nilai - keupayaan untuk membezakan yang baik dan buruk, yang benar dan salah. Dalam situasi yang semakin getir sekarang, yang berkata benar dianggap salah, dan yang salah dianggap benar. Cubaan untuk memanipulasi sistem nilai manusia.

b) Cara pandang dan cara fikir - tidak cukup dengan hanya menguatkan sistem nilai, tapi perlu penekanan kepada cara pandang dan fikir. Jika sesuatu itu dinilaikan salah, perlu ada pemikiran yang kritis kenapa ia salah? Jangan hanya ikut-ikutan. Si polan kata betul, jadi betullah. Si anu kata salah, aku pun ikut kata salah. Soal kembali, kenapa? Tapi perlu selari dengan syariat Islam, selaras dengan al-Quran dan hadis.

c) Pegangan kepercayaan yakni aqidah - Merupakan benteng paling kuat. Anak-anak perlu sedari kecil dipahat dalam hati dan jiwa supaya mentauhidkan Allah, hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan Islam.

Sama-samalah kita mempersiap diri dan anak-anak dengan iman dan taqwa untuk mendepani hari-hari mendatang. Antara sedar dan tidak, kita umat akhir zaman, terlalu banyak mehnah, dugaan dan cabaran. Islam akan kembali menjadi asing. Adakah kita akan kekal menjadi pendukung, pembawa panji-panji syiar Islam, atau kita akan tersasar jauh dari jalan Allah? Nauzubillahiminzalik. Ayuh tingkatkan amalan, moga kita terhindar dari fitnah dajjal.




No comments:

Post a Comment