Thursday, August 2, 2018

Of Family Planning


How to begin this...

Sejak dari anak pertama hingga anak keempat, aku memang tak guna apa-apa kaedah perancang keluarga. Nak kata rancang sendiri-sendiri pun tidak. Memang go with the flow je. Gamble kononnya. Sebab kami memang takde plan limit anak berapa pun. hahahahaha. Dari anak pertama hingga anak ketiga, memang timing dia masa tu, we are ready to have a kid and also to expand our family. In fact masa Fathan tu, memang nak sangat menambah. Masa ni dah kena bebel jugalah masa check-up suruh ambil family planning sebab anak pertama dan kedua jarak setahun je. Doktor tak advise ambil pil sebab aku cakap aku bukan jenis disiplin makan ubat. huhu. Masa tu doctor kata, the easiest way, yang takde effect hormone bagai, kondom je lah. Aku anggukkan saja.

Anak keempat, conceived masa Fathan umur setahun, unplanned, tapi rezeki dari Allah. Terima dengan hati terbuka. Dan aku sendiri memang taknak pakai protection masa tu. Konon nak plan naturally. Tapi tak sempat nak mengira pun sebab period tak stabil pun lagi, dah lekat. Syukur Alhamdulillah je mampu aku cakap. 

Lepas bersalin anak keempat, fikir punya fikir, aku cakap dekat zawji, aku nak ambil perancang keluarga. Bukan taknak menambah lagi, cuma nak menjarakkan. Kalau boleh biarlah dapat breastfeed Fathiy sampai 2 tahun. Sebab anak-anak lain semua tak sampai 2 tahun pun. Paling lama pun Faqeeh lah. Setahun 6 bulan. Itupun 3 bulan terakhir tu habiskan stok EBM je sebab dia merajuk dah taknak directfeed.

Zawji kata, terpulang pada aku. Dia ok je. Do some basic survey, tanya few friends tentang IUCD dan implanon, aku rasa nak opt for IUCD. Pills and injection memang aku taknak. Masa check-up Fathiy sebulan di KKIA, nurse tanya tentang perancang keluarga. Terus je masa tu aku cakap, rasa nak pakai IUCD. Nurse kata boleh pasang dekat KKIA je. So dia terus set appointment untuk insert IUCD, which is 2 months lepas bersalin. Reason aku pilih IUCD, mainly sebab tak libatkan hormone. Jadi tak risau pasal milk supply, tak risau pasal mood swing, tak risau pasal berat badan naik. Cuma seriau masa nak pasang je. 

Nak pasang IUCD, sama macam buat pap smear. Kena pakai muncung itik tu. huhu. Yang tulah seriau sikit. Jadi, masa insert IUCD tu, buat sekali Pap Smear since aku pun tak pernah lagi buat pap smear. Lepas tu doc akan scan tengok masuk betul kat tempat dia tak. Sempat juga aku tanya masa tu. Since IUCD ni 99% effective, in case kalau terjadi that 1% tu, macam mana? Kena pull-out IUCD ni ke macam mana? Nurse kata, selalunya, it will be left inside there sampai bersalin. Dia takkan kacau baby pun. Kalau nak keluarkan, lebih berisiko sebenarnya. Sebab mungkin boleh mengakibatkan infection pada janin. Ok, understood. IUCD yang aku pakai ni untuk 3 tahun. Tapi my plan, insyaAllah cukup Fathiy 2 tahun, aku nak pull-out dah. Nak budget umur untuk menambah anak. Kalau boleh sebelum 35 tahun..hahahaha. 

So, my experience with IUCD..

Masa aku tanya my fellow friends tentang IUCD, mostly (ye ye je mostly. padahal tanya seorang dua je..haha) cakap lepas insert, bleeding sikit dalam sehari dua. Tak sakit, cuma sengal-sengal sikit je. IUCD ni tak kacau hormone, so period akan normal. Cuma heavy period as compared to sebelum pakai IUCD. 

My case, lepas insert tu, ada bleeding. First 2 days quite banyak lah jugak. Tapi takdelah banyak macam period tu. Dan continue spotting for almost 2 weeks. Setiap bulan pun akan ada macam spotting sehari dua. Aku tak ingat dah bulan keberapa baru start period, rasa macam Fathiy 6 atau 7 bulan kot. Tapi masa tu pun tak banyak. Dalam 3-4 hari je. Confuse jugak. Sebab kawan aku kata period akan heavy. hahaha. Kau ingat semua orang sama ke??  Lepas tu pun masih belum stabil. Normal lah kan untuk breastfeeding mom. Memang hormone tak berapa stabil sangat. Adik ipar aku pun setahun lebih tak datang period. Aku ni, takde period tapi spotting tu ade, once in a blue moon. Aku pun kadang jadi confuse nak treat dia as istihadah ke haid. Selalunya, aku tengok warna dan kuantiti, kalau cair brownish dan very little, aku anggap istihadah je. Jenuh weh..

The next period, di kala usia Fathiy 10 bulan, sebulan sebelum puasa. Yang ni baru aku rasa betul-betul period. Memang heavy gila. Dah macam nifas dah aku rasa. Rasa macam nak pitam pun ada. Aku kira, lepas ni insyaAllah period normal. Tapi rupanya tak juga. Back to spotting secoet-secoet. Bertabahlah weh. Geram jugak bila datang spotting macam tu. Lagi-lagi masa bulan puasa tu. Burn gitu je puasa sebab dia mai secoet pagi, lepas tu clear sampai tengahari esok, baru keluar balik spotting. 7 hari puasa burn. Sabarlah wahai hati. 

Nak buat macam mana. Lain orang, lain kesan dia. Cara badan kita bekerja tak sama masing-masing. Doktor kata hari tu, period akan regular. Tapi ni aku rasa sebab hormone aku sendiri yang tak stabil lagi. Tak boleh nak blame IUCD tulah. Kawan aku ok je pakai. Dah kali ketiga tukar dah pun IUCD tu. Tapi, dari aspek lain macam milk supply, mood swing, migraine, kenaikan berat badan tu, alhamdulillah ok je semua. Berat masih boleh maintain ideal lagi...hihuuu..  

Oh lupe. Once pasang IUCD, akan ade follow up untuk tengok IUCD tu. Basically kita boleh cek sendiri benda tu ada ke tidak sebab dia ada benang terjulur macam dalam gambar kat bawah. Once a while, cubalah rasa benang tu ada ke tidak. Kot tiba-tiba hilang ke, terlebih panjang je. Kalau rasa macam tak jumpa benang tu, kena pergi tempat yang kita insert tu balik untuk cek IUCD tu kat mana. Masa follow up, nurse akan guna muncung itik tu untuk tengok. Seriau lagi. hahaha. Masa tu dia akan tengok jugak discharge/keputihan. Kalau terlalu banyak, dia advise lah apa yang patut. Sebab benda tu duduk dalam kan. Keputihan yang terlalu banyak mungkin sebab keradangan atau dinding dalam tu luka.



****
Sedikit perkongsian.

Hukum merancang anak (dengan cara menjarakkan kehamilan) dengan tak mahu lansung anak atau tidak mahu lagi menambah anak, adalah berbeza. 


Berdasarkan Irsyad Fatwa oleh Mufti Wilayah, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. (Jawapan diberi merujuk kepada persoalan yang diutarakan - rujuk link untuk artikel penuh)
Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.



1 comment: