Thursday, November 8, 2018

Welcoming a New Baby Boy!


Alhamdulillah. Bertambah seorang lagi ahli keluarga dan umat Nabi Muhammad.

Eh. Bukan baby saya.
I'm currently in my 28th weeks of pregnancy. Masih membuyung. hahaha.

Alhamdulillah my sister selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya pada 30 Oktober 2018.
Bayi lelaki sulung since the previous 3 are girls power...hehehe..Akhirnya ada kumbang di antara bunga-bunga yang berkembang mekar. gittewww.

Muhammad Ikleel Iman namanya.
Allahumma faqiihufiddin waalimhu ta'wil.
Semoga menjadi anak yang soleh, berperibadi dan berakhlak terpuji serta mukmin yang bertaqwa.

Maklang pun dah selamat melawat baby Ikleel Iman. Gerammmm. Bau baby sedap sangatttt…

9 orang dah cucu maktok dan tok ayah Elladin. Alhamdulillah.




Meanwhile, I'm already in my 3rd trimester.



Cepat betul masa berlalu.
Pregnant kali ni, berat naik lebih banyak berbanding dengan previous pregnancies. Aku banding dengan diri aku sendiri je tau untuk kehamilan-kehamilan lepas. Taknak banding dengan orang lain. Huhu.. Sebab our body are different kan. Untuk 4 kehamilan yang lepas, pertambahan berat maksima hanyalah kira-kira 5-6 kg sahaja. Ye, mesti orang kata untung lah berat tak naik banyak. Untung ke rugi tu, aku pun tak tau nak kata. Untung tak yah bersusah payah nak turunkan berat lepas bersalin mungkin. Tapi kesan yang takkan hilang, yang melekat sampai hujung nyawa tu, aku pasrah je.

Setakat 28w ni, berat aku dah naik 9kg. Kah. 12w to go, berapalah agaknya jumlah berat bertambah. Bila baca balik previuos posts on pregnancy, masa mengandung Fathan, at 27w berat aku baru naik 1.5kg je. huhuhu...Yang tu memang kes berat static je. 

Gambar lama ni. Bulan September hari tu. Beza betul pandangan sisi dan hadapan. hahaha..



5th pregnancy (7th to be exact), jujurnya, kali ni rasa lebih letih wehhhh..
Sakit badan, sakit pinggang, sakit bawah perut, sakit di kawasan pelvik..
Banyak faktor yang menyumbang. Firstly, of course lah dah kehamilan yang ke-5, jarak kehamilan yang agak rapat, anak-anak yang masih kecil dan sedang membesar, faktor umur…5-6 bulan, kaki dah bengkak. Banyak berdiri, banyak berjalan kisahnya..

Hujung bulan September hari tu, zawji terbang ke Myanmar 2 minggu. Letihnya makyong ni, Allah sahaja yang tahu. Itupun Alhamdulillah urusan hantar anak ke sekolah pagi-pagi zawji dah mintak tolong kawan dia. Tinggal nak hantar si kecil berdua tu, dan nak ambil petang-petang. Lepas tu bersilatlah mak menghadap anak-anak. Tidur tak lena. Rehat tak cukup. Bila check-up, bp low. huhu. Memang dah rupa zombie dah aku 2 minggu tu. Sampai ke hari-hari terakhir tu, dah terasa mental breakdown. Badan kau dah letih, mental kau pun letih...So, what to expect?? Anak buat sepah rumah pun aku biarkan, aku baring menangis sendirian. Mujur tak hilang pedoman je. Cepat-cepat ambil wudhu', solat dan mengaji untuk tenangkan fikiran.

Sekarang ni, dah mula rasa terik perut ni haa. Mulalah nak gatal-gatal, pedih. Baby pun boleh tahan aktifnya. Sama ligat dengan abang-abang berempat kat luar ni. Mana tak mencungap ummi nak melayan. Fathiy pun boleh tahan manja dan lasaknya. Senjata ampuh seorang Fathiy adalah kaki dan kepalanya. Sekali dia hempas kaki atau kepala kat perut ummi, senakkkk ummi wahai anak. Nak manja dengan ummi tapi nak hempas-hempas kaki/kepala. Bila tolak bagi kat abi, taknak pulak. Geram betul dengan seketol Fathiy ni..

Semoga Allah permudahkan urusan kehamilan dan kelahiran ini. Moga dipermudahkan juga urusan membesar dan mendidik anak-anak menjadi generasi soleh pintar yang tinggi adab, akhlak dan peribadi. Allahumma ameen.




1 comment:

  1. Semoga dipermudahkan iliy... aku naik lagi banyak:'( redho jela. Penat bawak badan, nnt pantang pikir balik camne nak kurus...hahhaha... moga kali ni dapat bunga pulak

    ReplyDelete