Wednesday, December 18, 2019

Prestasi FH & FQ Sepanjang Tahun 2019


17.12.2019
Faheem dan Faqeeh dah pun mula sesi persekolahan bagi sesi 2020.
Since sekolah memang tak buat edaran buku prestasi anak-anak, ummi abi ambil kesempatan hari pertama persekolahan anak-anak untuk semak prestasi anak-anak bagi tahun 2019 disamping selesaikan urusan pembayaran yuran.

Sebenarnya ustaz dah maklumkan boleh semak laporan prestasi dan buat urusan pembayaran yuran sebelum sesi persekolah bermula. Tapi ada je kekangan kerja ummi dan abi. Silih berganti sibuknya. Bila ummi free, abi outstation. Bila abi free, ummi pulak fully occupied. So, kita pergi sekali harung jelah masa sekolah dah buka.

Ummi capture prestasi anak-anak dan sematkan di blog ni since buku laporan ni disimpan oleh sekolah, dan ummi abi tiada salinan. 

Prestasi Faqeeh (Ibtidaie 1)

Peperiksaan Al-Quran Pertengahan Tahun


Peperiksaan Al-Quran Akhir Tahun


Peperiksaan Akademik Akhir Tahun

Prestasi Faheem (Ibtidaie 2)

Peperiksaan Al-Quran Pertengahan Tahun


Peperiksaan Al-Quran Akhir Tahun


Peperiksaan Akademik Akhir Tahun

Alhamdulillah, overall prestasi anak-anak sangat memberangsangkan. Ummi nampak banyak peningkatan anak-anak dari segi kelancaran hafazan. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Macam ummi pernah cakap sebelum ni, portion akademik hanya 20% sahaja di sekolah ni. Memang tak pernah ada homework akademik yang dibawa pulang sepanjang 2 tahun anak-anak bersekolah di sini. Buku-buku bagi ulangkaji akademik hanya diberikan seminggu sebelum peperiksaan akhir. To us, insyaAllah everything will be fine. Sebelum mendaftar di sekolah ni pun memang telah diberitahu tentang fokus utama pembelajaran di sini. Jadi, kami terima seadanya dan berdoa agar ini adalah yang terbaik buat anak-anak kami. 

Ohh...ummi nak recap juga satu peristiwa di awal tahun yang buat ummi pecah perut ketawa.
Alahai anak-anak...Dah la masa ni ummi baru habis pantang. 

Masa ummi terima mesej pertama dari ustazah, Allahu....berderau jantung ummi. Ligat otak berfikir apalah agaknya anak-anak ummi dah buat ni..



Bila dapat mesej yang seterusnya, terus ummi gelak besar...😂😂😂


Nah ummi zoom kasi besar betapa banyaknya pensil warna anak bertuah dua orang ni bawa pergi sekolah..Sebeban uiiii... Mau tak terkejut cikgu/ustaz/ustazah semua...😆


Makanya, jenuhla ummi nak explain dekat ustazah..hahaha..





Nah...RM30 kena bayar denda...Ummi potong duit raya abang-abang..kahkahkah..


Bertabahlah ummi. But seriously, lepas tu masing-masing tak berani dah nak bawa barang berlebih-lebih. Kadang tu terlalu berhati-hati sangat pulak. Duhh.. Pensel ada 2 batang pun dia risau ustaz marah..Lol! Terpaksa la ummi jelaskan, kalau pensel 2 batang ok lagi sebab 1 untuk spare kalau hilang atau patah. Punyalah takut dengan cikgu/ustaz/ustazah. Kalau dengan ummi, ummi memetir pun macam takde ape je kan..hahahaha..

Apapun, 2019 have been a great year. Jujurnya, ummi kagum dengan pencapaian dan kemampuan anak-anak. This journey is not easy, and wasn't going to be any much easier. It gets tougher ahead. Kadang-kadang ummi terima teguran dari ustaz bila kerja rumah anak-anak tak siap, atau anak-anak hilang fokus dalam kelas. Sungguh, ummi tahu bukan mudah untuk kekal fokus. Ummi sendiri tak mampu buat apa yang anak-anak buat dan capai setakat hari ini. Nak duduk bersama, tasmi' bacaan abang-abang pun kadang ummi tak sempat. Banyak sangat hal dunia yang come in between. Ummi mohon maaf pada anak-anak andai ummi selalu sangat marah-marah, paksa abang siapkan kerja, selalu bising dengan bebelan yang panjang bertali arus. Banyak kelemahan ummi yang perlu ummi perbaiki. Ummi juga harap ummi dapat sama-sama menghafaz Quran seiring dengan anak-anak. Ummi doakan anak-anak ummi kekal istiqamah dengan jalan ini. Moga Allah permudahkan urusan kalian, beri kefahaman pada kalian, terang dan lapangkan hati kalian dalam menghafaz dan memahami Al-Quran. Moga kalian jadi anak-anak yang soleh/solehah, musleh/muslehah, sentiasa berpegang dan beramal dengan Al-Quran dan Sunnah. 



2 comments:

  1. Alhamdulillah good achievement for them. Keep it up boys!

    Memang banyak sungguh color pencils diorg bawa hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allahumma ameen..

      Nak buat pesta mewarna agaknya ;)

      Delete