Friday, February 14, 2020

Struggle dengan anak-anak di meja makan?


It’s a normal thing. Aku kira ia perkara biasa dalam proses untuk mendisiplinkan anak-anak.

Anak 5, age ranging from 1 to 9 years old..Truthfully, aku masih struggle. Sangat struggle. 5 orang anak dengan preferences dan perangai yang pelbagai ragam dan rupa. Don’t expect those kids to sit still politely, duduk diam kaki bersimpuh makan penuh tertib.. In a fairy tales perhaps. Tambah pulak anak berderet lelaki πŸ‘¦πŸ‘¦πŸ‘¦πŸ‘¦πŸ‘§ πŸ˜‚  Kalau memang ada yang truly boleh duduk behave all the time, syabas. Kagum!

As for my family, memang akan ada sesi perebutan kerusi, berebut nak duduk dekat mak ayah, sesi masing-masing nak order serba satu walau hakikatnya makan dan minum tak seberapa, yang order lain tapi sibuk nak orang lain punya pun ada, sesi berebut makanan dan minuman.. Belum lagi sesi pertengkaran kalau tersepak kaki, tersenggol bahu.. Air tumpah, makanan berkecah, pinggan terbalik.. We’re just ordinary mom & dad with ordinary kids..

I believe those are normal, typical process. Journey that most parents will definitely face. 

Masa hingar bingar itulah akan ada interactions. Masa tu mak ayah kena impose rules & regulations. Walau kadang-kadang anak buat tak heran je. In fact, Selalu. But just tell them repeatedly. Kalau jumpa family aku di kedai makan, nak buat-buat tak kenal pun takpe πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Aku faham. Aku tau macam  mana messy dan havoc nya meja aku tu. Asbab ada sesi-sesi yang aku senaraikan kat atas tadi tu lah. Ni nak tambah lagi scene-scene yang selalu berlaku. Scene anak main bawah meja, scene anak berlari-lari, scene anak panjat-panjat, scene anak merajuk membawa diri, scene anak terlebih berani nak explore surrounding seorang diri, scene anak acah-acah dah besar nak suap makan minum sendiri sampai berkecah lantai, meja dan kerusi...

Dah macam tu, mesti ada scene susulan emak buat muka tak malu memetir marahkan anak, scene emak slowly pergi dekat anak lalu menghadiahkan cubitan halus, scene emak tarik anak, dukung anak, scene emak pujuk anak. Eh, semua scene macam raksasa tu emak je eh?? Tapi selalunya sebelum jadi raksasa tu, emak dah flip shawl dulu, tegur dengan halus dan penuh kelembutan beberapa kali.. Nada persis ibu paling mithali abad ini dengan mata kedip2 ayu..(mesti tak percaya kan?? πŸ˜œπŸ˜‚)

Selalunya begitu. Sebab abi selalunya lebih tenang dan sabar. Tapi kalau sekali abi hilang sabar, ummi pun telan air liur, kecut perut. 

Begitulah nak cerita. Situasi itu adalah biasa (bagi aku lah). Mak ayah kena main peranan tegur anak, jangan biarkan saja. Terkadang timbul juga rasa dalam hati ni, malas nak kemana-mana.  Walau di rumah pun lebih kurang je keadaannya πŸ˜†.Tapi takkan nak biarkan anak terperuk terkurung dalam rumah saja. Kesian mereka. Mereka perlu expose dengan dunia luar juga.

Dan selalunya, walau kecah mana meja kami, aku cuba untuk kemas balik sikit-sikit, lap air/lauk yang tumpah, kutip nasi yang bertaburan, ayam dan ikan yang sempat melompat keluar pinggan πŸ˜…πŸ˜‚, susun pinggan mangkuk supaya mudah diangkat. (Sebab mak pernah kerja part time kat restoran. Mak tahu perasaan kemas meja yang huru hara berkecah, belum lagi dengan nasi dan segala lauk pauk melekat-lekat die kerusi, meja dan lantai.)

Aku mak biasa-biasa. Bukan supermom, takde super power. Selalu hilang sabar, selalu juga hilang punca. Tapi, aku doa, mohon pada Allah yang Maha Kuasa, tolong pelihara aku & keluarga. Moga terhindar dari malapetaka dan bencana. Terhindar jua dari menjadi viral tanpa rela, tanpa dipinta. eh! 

Eh! tapikan, baru-baru ni, di sebuah foodcourt... Situasi meja aku, sama seperti yang diceritakan di atas πŸ‘»πŸ‘Ύ. Di satu sudut lain, aku perhati, ada satu family. Anak 5 orang juga. Nampak seperti rapat-rapat juga jarak umur anak-anaknya, cuma sedikit besar dari anak-anak aku. Yang sulung macam Form 1 dah, yang bongsu macam 6-7 tahun. Elok je masing-masing duduk diam menikmati makanan. Takde bergaduh bertekak pun. Mak ayah pun makan tenang-tenang je. Senyap sunyi je meja tanpa hiruk pikuk pertengkaran. 

Telahan aku, mungkin faktor umur, dah agak besar dah masing-masing compare dengan anak-anak aku yang berderet umur tengah dalam fasa meningkat naik, fasa nak acah-acah rasa besar πŸ’ƒ. Faktor kedua, mungkin sebab yang sulung hingga no.4 anak perempuan, yang bongsu anak lelaki. Jadi lebih teratur dan kurang melasak berbanding aku yang berderet lelaki dari no.1 hingga 4, dan barulah ada sekuntum bunga, yang boleh tahan juga melasak, mungkin asbab serap skill lasak abang berempat.. hahahahha.. Nampak tak cubaan mak untuk pertahankan diri πŸ˜‡..

4 comments:

  1. anak2 saya kalau ada abah dorang, ok lah perangai. sebab suami saya tu bekas askar. tegas la jadinya. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya begitu. Kalau dengan mak, tegur, marah berkali-kali, tak jalan..
      Tapi sekali ayahnya berbunyi, baru lah berdesup masing-masing..hihi

      Delete
  2. I can imagine that Ily. Facing the sane situation like yours hihi... Takpelah sementara anak-anak nak besar ni, kita hadap je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kan. Sementara masing-masing nak besar. Esok2 bila dah besar, sunyi pulak rumah tanpa gelak tawa anak2..

      Delete