Wednesday, April 1, 2020

Hadiah Dari Allah & Stay At Home


Percayalah.
Allah telah susun setiap jalan cerita hidup kita dengan cantik dan penuh hikmah.

Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita, bukan apa yang kita mahukan.

Aku diuji Allah di suatu malam. Kaki kanan, to be exact, jari kelingking aku di timpa batu marmar (tapak penyangkut baju/kot). Bisanya, Allah saja yang tahu. Keesokan pagi, aku gagahkan diri pergi kerja macam biasa. Walau sedar rutin aku perlu menaiki & menuruni anak-anak tangga LRT. Sampai di pejabat, makin berdenyut rasa kaki ni. Aku pergi ke klinik berhampiran pejabat. Doktor refer aku ke hospital untuk x-ray bagi melihat samada terdapat retakan pada tulang kaki. 

Sebelum x-ray, doktor tanya tarikh terakhir menstruasi. Selepas kelahiran Fatima, aku belum lagi dikunjungi haid, sehingga kini (merujuk kepada masa aku pergi hospital untuk x-ray), 7 bulan usia Fatima. Doktor sarankan agar aku membuat ujian urin terlebih dahulu. Keputusannya, aku didapati positif hamil. Allahuakbar. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan dalam keadaan terpinga-pinga. Bercampur baur perasaanku. Mata mulai kepanasan, rasa seolah ada genangan airmata. Aku tergamam. Terkedu. Bertalu-talu doktor mengucap tahniah kepadaku, aku hanya diam terpaku. Rasa macam di awang-awangan. Terlalu banyak flashback menerpa masuk kotak ingatan. Tak kurang juga andaian-andaian bagaimana penerimaan orang disekeliling aku. Aku kira doktor perasan reaksi aku, dia suruh aku tengok sendiri pregnancy strip. Doktor tanya juga sejarah kehamilan dan kelahiran yang lepas-lepas. "Tak ada masalah puan. Semuanya bersalin normal, tiada masalah sepanjang kehamilan, tiada komplikasi.. Tak apa. Rezeki puan.."

...
Teringat perbualan dengan zawji beberapa minggu/bulan dahulu.
“Kalau lekat macam mana b? Syg tak ready 😭😭😭” ujarku pada zawji.
Zawji sentiasa positif dan realistik. “Peningla sikit. Tapi terima je lah.”

Waktu itu aku akui ada rasa sedikit kelainan dengan diri. Tetapi, aku cuba tepis andaian yang bermain dalam fikiran. Hari demi hari, aku cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Aku andaikan mual-mual yang sekali sekala aku rasa, mungkin asbab haid yang telah lama tak kunjung tiba. Mungkin tanda-tanda untuk haid memunculkan dirinya. huhu..Tapi semua tanda tu sangat mild. Atas sebab tu juga aku tak ambil serius sangat.
...

Bila dah tau pregnant, doktor tanya nak proceed x-ray atau tidak sebab ada risiko radiasi yang mungkin boleh membahayakan kandungan. Kalau dikutkan peratus risikonya adalah terlalu kecil. Tambahan pula, bahagian yang nak di x-ray adalah kaki, which agak jauh dari perut. Lepas bincang dengan pakar ortho, aku decide untuk proceed je dengan x-ray. Tawakal je pada Allah. Moga Allah lindungi bayi dalam rahim ni. 

Masa nak x-ray, pegawai perubatan tu suruh aku pakai baju macam vest yang tebal dan berat. Dah duduk atas platform untuk x-ray tu, dia bagi lagi satu benda yang sama material macam vest tu, tapi saiz lebih kecil macam bantal. Dia suruh aku cover bahagian perut. Double protection katanya.  

Result - Alhamdulillah tiada patah atau retak.
Kata zawji dan seorang sahabat, Allah jadikan sakit kaki tu asbab untuk reveal tentang pregnant dan supaya aku lebih berhati-hati dan berwaspada, ingat diri tengah kandung seketul nyawa, jangan main terjah je buat kerja berat, agaknya lahMungkin, kalau tak jadi insiden tu, entah bila baru aku akan sedar yang aku bawa nyawa dalam rahim. Saat perut dah membusung agaknya lah kan.

Minggu yang sama, aku ajak zawji pergi scan di klinik Fauziah. Terkejut kami bila tengok rupanya dah besar pun dia. Dah nampak rupa bentuknya, kaki dan tangan yang halus mulus, dah nampak cantik degup jantungnya.. Dah beberapa belas minggu usia dia. Aktif bergerak riang dalam rahim. Allahuakbar! Aku sangka baru di awal-awal kehamilan. Sungguh, 3 bulan lebih dia terbentuk cantik dalam rahim, tak ada simptom yang betul-betul buat aku yakin aku pregnant berbanding kehamilan yang sebelum-sebelum ni. MasyaAllah.

Dan, bila aku kenang-kenang balik, aku congak semula usia baby bertuah ni, memang terasa kebesaran dan kekuasaan Allah sungguh. Bila Allah berkehendakkan sesuatu itu, maka jadilah ia. Sungguh baby ni sangat kuat, sangat tough. Semuanya dengan izin Allah.

Setelah dihitung detik awal Allah ciptakan si comel dalam rahim ni, happens to be around bulan 5-6 kot. Masa tu punyalah banyak aku makan durian..Tengah musim kan. Selalunya aku makan tak banyak mana pun. 3-4 ulas dah cukup. Tapi  bila aku ingat balik, memang aku makan banyak sangat durian masa tu. Durian kampung, udang merah dan entah apa nama baka lagi lah. Makan buffet durian, adik ipar beli bawak balik seguni, officemate belanja berkilo durian berpesta durian di pejabat.. Allahu... Serius, banyak sangat dari kebiasaan yang aku makan.

Masa tu jugak aku baru je masuk kerja balik, lepas cuti bersalin Fatima dan extend cuti tanpa gaji. Elok-elok lepas raya aku naik kerja. Masa tu dah mula flexi hour, tapi sehingga pukul 8.30pg sahaja. Setiap hari...ye SETIAP HARI aku berLARIan turun naik tangga LRT sebab mengejar nak punch in

Lepas pada tu, memang aku perasan perut macam buncit sikit. Gigih aku buat workout, sit-up bagai konon nak kempiskan perut..huhu..

Ada masanya aku rasa sengal-sengal badan, sakit pinggang. Aku minta Fathiy dan Fathan tolong pijak belakang badan. Fathiy pun memang selalu melompat menghenyak umminya. Selalu juga dia bagi tandukan padu kat perut ummi. Allahu Allah..

Dear baby, you are really such a strong one. Semoga kamu membesar dengan sihat hendaknya. Allahumma ameen. Maafkan ummi yang tak dapat nak menerima kenyataan tentang kehadiran kamu dalam rahim ummi pada awalnya. Ummi rasa ummi tak mampu untuk terima dan pikul satu lagi amanah sebab ummi bukanlah ummi yang baik. I am struggling to become a good mother to your brothers and sister. Ummi takut ummi gagal untuk laksanakan dan tunaikan hak kesemua anak-anak ummi. Takut jika ummi tak mampu nak berlaku adil. 

Namun ummi percaya pada qada' dan qadar Allah. Tiada daya dan upaya ummi melainkan dengan bantuan dan izin Allah. Moga Allah beri kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi buat ummi dalam mendidik dan membesarkan kalian. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ketentuan Allah. Ummi percaya ini yang terbaik buat ummi, dan kita sekeluarga. Hadiah dan rezeki yang tidak ternilai harganya.

Alhamdulillah juga, Allah permudahkan perjalanan kehamilan kali ini, tanpa mabuk, loya dan mual yang teruk. The reason why I didn't notice that I am actually pregnant. Semua orang disekeliling aku tegur benda ni, lansung takde mabuk kan this time around.. Sebab memang takde siapa yang betul-betul perasan dan sedar aku pregnant, until i reveal it and until the baby bump speaks itself out. Adalah seorang dua yang seolah dapat menghidu (masa aku sendiri pun tak tahu), itupun memang orang yang paling rapat, dan mungkin nampak my physical change dan based on beberapa kejadian yang seolah memberi hint pada dia, (but not for me)..huhu. Surprisingly, trimester pertama berlalu pergi tanpa morning sickness seperti kebiasaannya. Allahuakbar! Sedar-sedar je, dah masuk trimester kedua dan ketiga. Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..
Ummi selamat melahirkan seorang lagi srikandi solehah, permata hati yang ke-6 pada 21 March 2020.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Kakak Fatima dah ada geng main Barbie Doll. hahaha..


Yang paling lambat keluar dan yang paling berat. huhu..
Due date adalah pada 19 March 2020.
Ummi ingatkan kot lah baby adik nak sambut birthday sama dengan anniversary ummi abi which is pada 12 March. Rupanya tidakkkk... 
Abang4 dan kakak semua lahir average awal seminggu dari due date. Hat ni seorang pulak post date.

Mentang-mentang PM announce Movement Control Order (MCO), suruh Just Stay at Home due to Covid-19 outbreak dia pun nak stay tenang-tenang dalam perut.. Aduhhh.. Buat ummi saspen je tau..

Anyhow, ummi memang dah stay at home since 9 March 2020 lagi. Menghabiskan baki cuti yang available sebelum unpaid leave. Iyeee... Kali ni totally unpaid leave sebab ummi dah habis kuota cuti bersalin bergaji. (Tiba-tiba semua orang pun stay at home, work from home...Macam tak berbaloi pulak unpaid leave ummi tu..hahahaha..)

Apa-apapun, kita masih dalam tempoh MCO. Dah masuk fasa ke-2.
Semoga semua rakyat Malaysia patuh pada arahan kerajaan. Tolonglah, Just Stay at Home. Together we fight Covid-19. Semoga Allah angkat wabak ini, dah beri kesihatan yang baik dan berpanjangan buat kita semua. Moga kita  terhindar dari dijangkiti wabak ini.

Banyak ibrah dan muhasabah kita boleh ambil dari ujian ni.
Gunakanlah ruang dan peluang yang ada ni untuk muhasabah diri, rapatkan hubungan dan ikatan kekeluargaan, perbanyakkan amal ibadat.
Moga kita sentiasa dalam naungan rahmat dan redha Allah.

In fact, aku sendiri rasa bersyukur sangat-sangat sebab at least kali ni aku berpantang dengan suami yang sentiasa ada disisi.. Walaupun tak dapat teman dalam labor room. hahaha..









7 comments:

  1. congrats anyway.. selamat berpantang ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Ily 🌹🌹🌹
    Moga hadirnya si kecil ini menambah barakah dan bahagia dlm keluarga Ily. Selamat berpantang & take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allahumma ameen atas doanya. Terima kasih ❤️

      Delete
  3. Alhamdullilah. Murah rezeki ily sekeluarga. Semoga dipermudahkan. Tetiba rindu nak ada baby lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allahumma ameen.. Boleh lah plan untuk menambah lagi 😊

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Tahniah dah selamat bersalin ya... selamat berpantang ya

    ReplyDelete