Monday, June 15, 2020

Diari PKP - Covid 19 (Pra Ramadhan)



Lama tak mencoret di sini. Semenjak upgrade status menjadi ummi anak 6. Ditambah pula dengan PKP ni, ummi memang tak menang tangan handle anak-anak. Walaupun abi ada kat rumah dan banyak sangat settlekan urusan kerja rumah, tetap terasa semputnya. Almaklum anak-anak kalau disusun, nak sama besar je semua. Semua tengah dalam fasa sedang membesar dan melasak. 

Dah plan dari awal nak buat coretan diari PKP ni untuk bacaan di masa hadapan kelak. Of course, perkara yang kita lansung tak jangka. Tak sangka di tahun 2020 kena berkurung dalam rumah.. Tapi sebab kesibukan menjaga anak-anak soleh dan solehah ummi tu, lambat lah post ni terhasil. Takpelah, adalah sedikit coretan ummi untuk tatapan diri sendiri dan anak-anak nanti. Coretan ni mostly tentang aktiviti ummi di dapur 😁. Ummi ni tak berapa pandai masak, dan tak berapa rajin juga. Jadi, bila terpaksa merajinkan diri dan memandai-mandaikan diri 😆😆😆 kenalah coretkan buat kenangan..

Sebelum tu, the summary of MRO's phases.

Fasa 1 :
18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 :
1 April - 14 April 2020
Fasa 3 :
15 April - 28 April 2020
Fasa 4 :
29 April - 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) :
13 Mei - 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) :
10 Jun - 31 Ogos 2020


EDD baby Nusayba jatuh pada hari kedua PKP, 19 Mac 2020. Sebab tiada tanda, doktor suruh ke PAC on EDD. Ummi ingatkan doktor akan bagi chance another 1 week. Rupanya dah buka 3 cm. Terpaksalah admit ward.
 
Abang berempat dan kakak sebelum ni, average lahir seminggu sebelum EDD. Hat ni seorang nak tunggu sampai due jugak. Kalau lahir awal seminggu, dapatlah abi teman ummi dalam LR. Nak bagi ummi kenangan harung sorang-sorang di musim PKP ni nampaknya. 21 Mac 2020, 1.31pg mek kecik ni lahir. Alhamdulillah no G6PD or early onset jaundice or any other complication, discharge petang tu juga.

Malam nya abi tahnik sendiri puteri kedua dia. 

Day 2 confinement. Abang Faheem goreng nasi untuk santapan adik-adik dan abi.

Abang Faqeeh pula tolong tumis sayur sawi untuk ummi. Makan bersama singgang ikan tenggiri yang abi dan abang Faheem masak malam sebelumnya.

Hari ke-7 Nusayba, the day we officially announce her name and shave her hair.

Setiap hari abi akan tasmi' hafazan abang-abang. Masa ni kelas online belum mula lagi. Parents kena main peranan supaya anak-anak tak lupa hafazan masing-masing.

Fathan ni, ummi/abi kena duduk sebelah dia, baru nak buat kerja. Itupun, tak lama. Baru few minutes, dia menguap lah, lapar lah, haus lah, nak kencing lah, sakit perut lah.. Kalau bagi off, berdesup dia pergi main..

Abi kata kalau dah siap gundal hifz dan murajaah, dah buat buku latihan, baru abi bagi tengok cerita. Perasan tak abang-abang dah botak? Hari cukur rambut Nusayba, petangnya shave rambut abang3 pula. Fathiy seorang je tak botak, takut bunyi mesin katanya..

30 Mac 2020
MRO Day 15
It was abi's PKP birthday..haha..
Senyap-senyap ummi order through Grab Food.. Kenny Rogers dan kek resipi rahsia..
Konon macam surprise kan..
Tapi tukang ambil bungkusan makanan dari bro Grab Food, birthday boy sendiri..hahaha..

Sebab tak dapat balik Ampang/Gombak as we usually do almost every weekend, video call je jadi penghubung, melepas rindu tengok wajah mak/ayah atok/nenek sepupu semua..

Basikal dah lama rosak, waktu PKP ni kita repair dia. Semua tunjuk bakat jadi mekanik.

Ikan dori ni, yang ummi tahu buat fish n chips je. Masa warded nak bersalinkan Nusayba, ada sekali tu hospital hidang lauk ikan dori masak asam. Sedap juga. Dan senang kalau anak-anak makan sebab takde tulang.. Ummi pun try lah masak.. Not bad laa. Alhamdulillah anak-anak suka sebab isi ikan yang lembut.

Musim PKP, semua terjebak jadi chef. Ummi ni memang tak berapa pandai masak memasak, baking membaking ni. Tapi cuba jugalah untuk anak-anak. Jumpa resipi mudah cikgu Azlina Ina Fans, haruslah cuba kan..Walau rupa tak secantik expectation, rasa tu, boleh lah.. Licin juga dimakan anak-anak.

Lauk orang pantang, halia merata-rata..hihi..

Jujur, ummi pantang tak lah strict mana. Ummi makan je telur, ayam..Sumber protein kan. Cuma pulut dan ais ummi tolak tepi dulu.. Pulut tu sebab memang ada pengalaman sendiri. Gara-gara secubit kuih lopes, anak menjerit kembung perut sepanjang malam. huhu..Anak-anak pun suka menu simple je. Especially telur. Memang lajuuuu..

Macam ni jelah menu keluarga ummi. Selalunya memang 2 jenis lauk je; sumber protein dan sayur. Kadang-kadang, 1 jenis je..Ummi masak sekali harung lauk yang ada sumber protein dan sayuran.. Senang kerja. Yang bekas kecil tu, Ginger garlic floss. Order dari kawan ummi, mai jauh nun dari kedah. Dia siap delivery personally kat ummi sebelum ummi start cuti bersalin..Allahu.. Yang ni, ummi sokmo berebut dengan Faqeeh. Haihhh.. Angin menderu-deru keluar lepas makan ni..kihkih..

Try buat muffin pulak. Rakyat jelata ramai di rumah ni, semuanya sokmo kelaparan je. Terpaksalah juga mak berpantang ni rajinkan diri. Cari resipi mudah-mudah je. Yang renyah kita tolak tepi.

Breakfast

Kari style mamak. No santan.

Favorite anak-anak ni.. Macaroni goreng.

Daging tak berapa laku dalam rumah ni. The next day ummi makan lauk yang sama je.

Nampak ex-officemate open order untuk nasi kerabu. Delivery area Ampang. Laju lah ummi order. Sebab ummi memang suka air tangan kakak ni. Order cukup-cukup je. Menyesal pulak, sebab yang cukup-cukup tu, tak cukup rupanya..haha..

Abang-abang ni takde kelas/kerja akademik. Kelas hafazan je ada setiap hari. So, abi suruh lah mereka buat buku latihan yang ummi abi beli.

Ayam masak merah kegemaran abang Faheem.

Buat kek lagi.. Ummi yang teringin ke ape ni??

Grilled salmon tu, ummi pakai garlic butter je.. Then tabur black pepper. 2 ketul tu, tak cukup sebenarnya. Rakyat jelata semua suka ikan.

Frozen resoles. Beli dari In The Mix Kitchen. Inti banyak dan saiz pun besar. Puas hati makan. Ni pun berebut lah rakyat jelata sekalian.

Sebab musim PKP malas nak mintak abi keluar banyak kali. Ummi order la susu Fresh farm ni sedozen terus. 

Alhamdulillah lately anak-anak suka makan ikan, which is good. Ikan bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Ummi pun rajin lah order lauk ikan. Barang dapur, either abi keluar beli atau ummi order je dekat Barang Dapur Basah. Lebih senang sebab dah siap siang dan cuci. Siakap 3 rasa kuah asing..haha.. Nak memudahkan anak-anak ambil lauk. Masing-masing jenis makan lauk banjir.

Since PKP, macam-macam juga kerja abi dan anak-anak. Habis semua ceruk rumah digodek, dibersihkan. Sebab masih dalam pantang, ummi tengok je lah. Hikmah PKP kan. Kalau tak tu, sokmo takde masa nak buat major spring cleaning.



Cubaan meroti. First attempt ni. Again, pakai resepi Azlina Ina. Memang mudah.

Sarapan french toast crab stick

First time juga cuba masak gulai ayam kelantan ni. Not so bad la rasa dia. Boleh la untuk tekak ummi abi dan anak-anak. Untungnya ummi ni, abi memang jenis tak memilih makan. Masaklah apa pun, abi akan makan je tanpa rungutan. Almost tak pernah dengar dia komplen, walaupun kadang tu rasa pelik dan tak sedap. Alhamdulillah. Kalau anak-anak tak berapa gemar masakan ummi pun, abi akan suruh anak-anak makan juga. hihi..

Paling senang nak masak. Campak-campak tinggal. Yang penting cukup asam, cukup garam..Pedas-pedas sikit, bertambah nasi makan lauk ni je.

Hari tu beli yang frozen, kali ni beli yang siap masak dari JZ Bakery.

Her first cheeky smile. Geram aihh..

See, banyak menu ikan kan. Yang ni pun kegemaran abang Faheem.. Apa yang die tak gemar eh?? hihi..

Tukar langsir macam nak raya dah aihhh.. Langsir pun, setahun sekali tukarnye..huhu.. Kat rumah ni, langsir tingkap bawah ni ada 2 set je. Dok rotate yang itu je lah. Langsir yang dalam gambar ni, dah 10 tahun dah pun. Seusia perkahwinan ummi abi.. huhu.. 

Rumah ni memang jarang-jarang masak gulai, lemak.. Lauk paling common, mestilah masak kicap kan. Anak-anak mesti takkan tolak.

Abang Faheem tolong sidai baju.

Minum petang. Burger Malaysia. Takde timun, kita ganti dengan salad. Sambal burger malaysia tu, ummi pakai lebihan sambal Nasi Lemak Saleha.. Abi beli nasi lemak sambal asing, sambalnya pulak tak kedekut punya banyak. Ummi simpanlah untuk kegunaan seperti ini. Memang padu lah. Kalau ummi tumis sambal sendiri, kurang ngam rasa dia. 

Bancuhan doh yang sama untuk burger malaysia, separuh ummi buat donut gebu.
First time jugak buat ni. Anak-anak dah lama request, baru berani mencuba. Alhamdulillah menjadi gebunya.

Gulai tempoyak order dari kakak ex-officemate. Mengancam betul rasanya.

Cucur topi yang tak berapa nak menopi. Boleh lah kan. Rupa tak berapa topi, tapi rasa tu ada dan anak-anak suka.

Helping Fathan with his homework. Ye ke helping? huhu..

Jiran bagi. Sedap, gebu-gebu je..

Ni order dekat my BFF. Foundet Sambal Ketuk Nas Choices. Sambal ketuk ni memang menjadi igauan ummi dan anak-anak. hihi..


Check-up Nusayba sebulan. Budak jughuh yang tenang sokmo, alhamdulillah.

Minum petang terakhir sebelum puasa, melenggang lah ummi buat apam lenggang. Resepi mudah, bahan tak banyak. Cicahkan dengan kari ayam (pakai pes kari segera dari Barang Dapur Basah) atau sambal tumis.. Makan panas-panas memang sedap..

Sekian diari covid pra-Ramadhan. Nanti ummi sambung diari Ramadhan pulak. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment