Monday, August 24, 2020

Lari-lari Anak di Padang MPAJ

 
20 Ogos 2020 - Cuti Umum Awal Muharam
Kami tak ke mana-mana pun. Lagipun, kelas online Faheem dan Faqeeh berjalan seperti biasa.
Selesai kelas Al-Quran dan akademik abang-abang, zawji tanya ada plan nak kemana-mana?

Hurmm..entahlah. Takde plan nak kemana pun. Rasa macam nak duduk rumah je.. Faktor pertambahan usia ke?? hahaha..

Then zawji kata nak pergi padang. Nak jogging plus bawa anak-anak main basikal. Ummi nak follow jugaklah..Sebab ummi geram tengok awalan angka 6 pada penimbang. haha..

Seperti biasa, ambil kesempatan bergambar juga untuk kenangan.

#1 - Faheem


#2 - Faqeeh


#3 - Fathan


#4 - Fathiy


#5 - Fatima


#6 - Nusayba


Aku berlari-lari anak je sambil kendong anak. Berlari kendong Nusyaba seberat 7kg+ dalam carrier, dapatlah 2 pusingan Padang MPAJ. Itupun macam nak tercabut kaki, putus nafas dah..hahaha.. Mek kecil ni pulak, seronok betul dia, terbuai lena dalam kendongan..

Next time insyaAllah nak cuba tambah pusingan lagi. Hahaha.. Wish me luck.

4 comments:

  1. Uii berat tuu lari sambil bawak budak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidaklah berlari sangat pun. Tapi memang terasa lah macam nak tercabut kaki..hihi

      Delete
  2. alololo semua comei comei la..excited yea dapat pusing padang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahagia semua dapat berlari berkejaran

      Delete