Monday, March 29, 2021

Lunch Date di Kenny Hills Bakers Ampang

Di suatu hari Jumaat di bulan Mac, ummi tak sihat sebenarnya. Sakit perut, cirit-birit. Kebetulan zawji cuti juga. Tapi, cuti-cuti zawji pun, ada saja urusan kerja lainnya..huhu..

Ummi ni tengah memulas perut, malas nak masak. Tapi mengada-ngada..haha..
Sedang zawji sibuk dengan urusan dia, I texted him ajak lunch date lepas solat Jumaat.

Sebenarnya baru tahu KHB ada outlet di Ampang. Lama dah teringin nak merasa KHB's coffee and dessert. Pengaruh viral sungguh kan..Tapi malas la nak ke Bukit Tunku tu semata-mata for a sip of coffee. Kalau ajak zawji kesana pun, pasti dia malas..haha..Now that I know a nearby outlet, haruslah ajak boyfriend terjah.

Lagipun dah lama sebenarnya kami tak hang out, chill, borak-borak santai berdua tanpa hiruk pikuk dan interruption anak-anak. Biasalah kan, kalau di rumah, atau keluar makan bersama anak-anak, mesti riuh mengurus anak, dengan drama rebutan segala lagi..Belum part ummi abi baru nak borak, ade je suara-suara halus mencelah bertanya itu ini, jerit tangis lagi..Nak pillow talk pun tak sempat wehhh.. Sambil nak tidurkan anak-anak, dengan ummi sekali terbuai lena. Ahahaha..

Jadi, gunakan peluang yang ada tanpa rasa bersalah. Sebab anak-anak semua pergi sekolah dan pengasuh kan, takde lah rasa kesian ditinggalkan semata-mata nak hang out berdua kan..hihi.

So, here we go.
KHB Ampang ni located berhampiran dengan Victoria Station Jalan Ampang tu. Kalau dari arah Ampang, masuk lorong selepas VS tu, ada Hock Choon Supermarket on the right, jalan terus ke depan, KHB stands on your right. Kawasan dia agak besar, plenty of dedicated parking sapce too. At the end of the road ada Scrut. Kami pergi around 2.40pm, still ramai orang. Full house. Kuasa viral agaknya.

The boyfriend

Recommended dessert, Peach Strudel.
Jujur, ummi tak pernah makan peach. Even peach pudding. Sebab memang sejenis yang susah nak cuba benda yang tak biasa di makan. Ni first try memberanikan diri. But serius lah. Sedapppp..


Choc will always be my favourite. Choc Truffle Torte. Sedap dimakan sejuk-sejuk.Nyumsss..


Happy face dapat keluar dating. hahaha..


Since both of us belum lunch lagi, the waitress suggested these two meals. Pepperoni sourdough pizza and creamy salted egg pasta with prawn. First timer datang sini kan, baca menu pun blur je.. Mujur waitress sangat friendly.


Hot mocha. Yummy.


Ambient kedai ni cantik dan menarik. Tapi tak dan nak snap semua angle. Sebab nak chatting dengan boyfriend.. Tapi perbualan tetap berkisar tentang anak-anak. hahahaha.. Typical parents kan.


Ada jual sourdough bread juga..


Overall, nice foods & drinks. Boleh singgah lagi next time, for hi tea perhaps. 

Boyfriend, in front of KHB ;)
Dah balik baru teringat, kenapa tak ambil gambar berdua. Haishhhh.
 

Dear zawji, we should plan hang outs like this occasionally. 
Truth is, I need this kind of escapade sometimes to gain and gather back my sanity after being such a momster mom. huhu.

No comments:

Post a Comment