Alhamdulillah hari khamis lepas selesai sudah puasa sunat Syawal. Syukur sangat sebab tahun ni diizinkan Allah untuk puasa penuh di bulan Ramadhan, dan seterusnya berjaya selesaikan puasa sunat Syawal. Tapi ade hutang lagi ganti puasa tahun lepas. So, insyaAllah minggu ni sambung lagi puasa 6, baru betul-betul raya. hihihii...,
Hari jumaat pula, PM siar kenyataan media yang memutuskan total lockdown selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 asbab kes Covid-19 yang naik mendadak sehingga 9000 kes sehari, ditambah pula dengan bilangan kematian yang mencatatkan angka sehingga 90+ kematian sehari dengan peningkatan kes brought in dead (BId).. Sedih dan risau tengok statistik semasa. Ya Allah, Kau angkatlah virus ini dan campakkanlah ia jauh dari bumi ini Ya Allah. Apapun, it's up to us now. To me, kerajaan dah cuba laksana penguatkuasaan sehabis baik. Mungkin tak sempurna, ada cacat cela here and there, tapi begitu jugalah kita. Ia tanggungjawab kita semua, bersama-sama. Jangan hanya berdegar melaung kerajaangagal sini sana, hakikatnya, kita juga rakyat yang gagal. Semoga semua rakyat Malaysia pikul tanggungjawab untuk melandaikan lengkung statistik kes Covid19 ini bersama-sama. Together, we can make it. Kesian sangat dekat frontliners yang berjuang bertungkus-lumus, berhempas pulas tanpa jemu for more than a year dah.
Sempena meraikan Raya kali kedua, berpulut kuning, nasi impit dan rendang paru lah kita di hari Ahad. Khamis habis puasa, Ahad baru nak sambut raya. haha.. Rendang paru tu actually mama yang order. Mama order rendang paru dan paru berlada. Then suruh anak bertuah dia ni datang pickup.. Pucuk dicita ulam mendatang la. Tambahan pula, memang dah berapa hari asyik terbayang je dalam kepala nak masak rendang paru. Tiba-tiba ia memunculkan diri. Mama ni ada ilmu telepati agaknya.. hihi.. Thank you my lovely mom, my syurga..
Pulut kuning tu, ade setengah kilo. Asalnya nak masak separuh je, tapi rasa macam sikit je pulak. Perabis la semua. Dah siap, macam banyak la pula. Anak teruna nombor dua pula, selalunya dia yang rajin makan pulut.. Kali ni dia taknak makan..Frust mak oihh. Dia kata nak pulut warna putih..Taknak yang kuning. Nak makan dengan mangga je. Bertuah sungguh la yang sorang ni. Memang sedikit picky dan rajin bagi komen jujur mengguris hati. hahahahaha..
Memandangkan pulut banyak lagi, petangnya ummi pesan kat abi belikan mangga atau durian. Abi bawa balik durian je. Oklah, ummi buat kuah durian. Ingatkan nak la anak teruna nombor 2 tu jamah sedikit pulut. Tak jugakkkk. Hurmm.. dah lah. Taknak makan sudah. Malas nak paksa-paksa.
Selamaylt hari raya kak!!!
ReplyDeleteSedapnya paru!! Lama tak makan!
Tu la kan.. risau bila tengok jumlah kes yang banyak hari-hari. Semoga cepat keadaan ini reda.