Sunday, July 9, 2023

Mengisi Hari Ahad

Minggu ni kesihatan ummi tak berapa ok. Entah kebetulan atau memang berkait, serba tak kena lepas prosedur keluarkan implanon & mula ambil pil Rigevidon.


Hari prosedur tu, Selasa, ummi ingat lepas selesai implanon removal, nak jalan² cuci mata sat dalam Sogo, sebab memang dah mohon cuti hari tu. Kot la sempat nak mengopi ke kan. Ditakdirkan ummi sakit perut, senggugut, maka nak cepat² balik rumah nak berguling² 🥴. Hari tu juga start kering perit tekak, batuk². Malam tu, hari pertama ummi consume pil Regivedon. Dos paling tinggi katanya sebab nak regulate menses. Hari Rabu- Khamis, masuk kerja macam biasa. Tapi Rabu tu masih senggugut, tapi masih boleh bertahan. Then, rasa loya² dan kepala sedikit berpusing.  Hurm, kesan pil ke ni?? Tangan yang baru keluarkan implanon tu pula, rasa berat dan sengal sampai ke bahu.  Khamis, masih macam Rabu, dan batuk makin kasar. Bila batuk, rasa berdesing telinga & macam bergegar otak ni haa.. Malam tu mula rasa sengal bisa² seluruh badan, sakit perut, sakit pinggang. Ummi makan panadol, tidur berbalut comforter tebal. 

Bangun pagi Jumaat, macam tak reda lagi. By the time ummi kejut anak² bangun subuh, peluh mula merembes, and somehow badan rasa ok sikit. Batuk yang malam tadi macam marathon tak mahu berhenti menghambur, pun beransur reda. So, masuk kerja macam biasa. Malangnya, kat pejabat, mula rasa seram sejuk, bisa² dan sengal badan. Dan batuk pun mula menggila semula, kepala terasa berat sungguh. Ya Allah. Ummi duduk memeluk kusyen kecil cuba memanaskan diri. Ummi cuba bertahan, harapnya akan reda dan bertahan sampai petang. Pukul 11, masih tak ok. Terasa lemah,  pagi tu pula tak sempat sarapan, maka angin pun mula menyerang mencucuk perut. Terus lah ummi maklum dekat lady boss, ummi minta izin untuk pulang. Lady boss ajak makan tengahari dulu. Ummi turutkan sebab perut pun berkeroncong high tempo dah..Pengsan pula tengah jalan nanti, nauzubillah. Selesai makan, dalam pukul 2 petang, ummi balik. Terus balik rumah, cari ubat angin & panadol. Makan ubat, terus berselubung tidur. 

Hari Sabtu, kepala masih tak rilek. Masih terasa berat, perut pun tak lega. Perut ni tak tahulah gabungan angin dan senggugut agaknya, sampaikan duduk, baring, bergolek semua serba tak kena. Fathiy dan Fatima ada lawatan ke Petrosains KLCC. Abi bawa anak⁴ join sekali. Meanwhile, ummi tersadai sendirian di rumah. Tak gagah nak join sama. Diri sendiri pun dok terumbang-ambing ni. Allahu Allah..Healing la seorang diri di rumah. Makan ubat, buat kerja rumah light², rehatkan diri. Alhamdulillah malam tu baru rasa lega sedikit. Syukur Ya Allah. 

Ahad... Panjang sangat mukadimah, baru nak masuk cerita hari Ahad 🤭🤭🤭.. Pagi Ahad, abi ada acara Duo Highway Challenge di NPE. Abi keluar seawal 5pagi, selesai dan pulang almost pukul 11. Then decide nak pergi buat MyKad Faheem yang tertunda minggu lepas asbab sistem JPN down. Lepas zohor baru kami keluar menuju UTC Keramat. 

Alhamdulillah tak ramai orang. Masuk² ambil nombor, tak sempat nak duduk, terus nombor dipanggil. Lepas tu ke kaunter untuk ambil gambar. Overall, dalam 10 minit je semuanya. Alhamdulillah. 


Abang long yang pemalu dan mahal senyumannya. Dok simpan lesung pipit tak bagi orang tengok 😂😂😂

Abi and the rest of the kids, kononnya sementara tunggu urusan Faheem selesai nak bersantai baca buku. Baru nak masuk Pustaka KL @ Keramat, just in front of JPN, kami dah pun siap 🤣🤣🤣. Tetaplah masuk juga sekejap.


Sedang belek² buku, ada yang mengadu lapar. Jomlah isi perut. 

Kami singgah makan di sekitar Keramat je. Tak ingat nama kedai, yang pasti ada tertera Gelas Besar, terletak berhampiran Masjid Al-Akram. Sebelum tu singgah tapau Roti John Antarabangsa.

Roti John daging special. Roti John disalut telur lagi di bahagian luar. 



Ingatkan ada goreng² sebab Fatima dan Nusayba request nak makan mee. Menu goreng² belum ada, pukul 5 ke atas baru buka. Pujuk mek berdua tu, Fatima pilih nasi ayam. Syukur senang pujuk kali ni. Yang lain makan nasi campur. Semua ambil lauk sama, ayam masak merah 😂😂😂. 


Ummi ambil lauk saja. Sebab kongsi nasi dengan Fatima. Paru goreng berlada dan siput sedut masak lemak.


Order air gelas besar sebab selalunya kalau order air mangkuk pun mesti berebut tak cukup. Kami jarang order seorang satu air. Biasanya memang order 3 jenis air kongsi la semua. Kalau cawan saiz biasa, mesti akan tambah segelas air juga nanti. Kalau air mangkuk atau bungkus ikat tepi, insyaAllah cukup. Bila sampai airnya, haaa besar betul gelasnya.. Ni kalau bergaduh tak cukup air tak tahu lah. 😆😆😆 Ada yang tapau bawa balik lagi sebab tak laray dah minum air 🤭🤭🤭. Ummi sorang layan kopi o kaw kurang manis. 


Usai makan, dah masuk waktu Asar, moh ler ke masjid seberang jalan tu je haa..
Sempat ye ootd di masjid 🤭 





Random photos sepanjang perjalanan.





Somehow, dah malam ni, badan mula rasa tak sedap balik.. Allahu.. Semoga Allah beri syifa' dan mudahkan urusan seharianku. Amiin ya mujiib. 

6 comments:

  1. Replies
    1. allahumma ameen. terima kasih mendoakan 💐

      Delete
  2. Sementara badan nak biasa agaknya itu yg sakit itu sakit ini ... syafakillah Ily dan mudah-mudahan semuanya slowly getting better إن شاء الله

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. tengah adjusting agaknya. bertabah dan bertahanlah wahai diri. amiin ya mujiib, terima kasih kak atas doanya.

      Delete
  3. lauk siput sedut tu.. ya Allah..ni nka kena cari ke mcmana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa masuk kedai tu, nampak ade org makan siput sedut. terus tak pandang lauk lain. laju cari siput 🤭

      Delete