Tuesday, July 4, 2023

Termination of Implanon

Setelah 3 tahun pasang 'susuk' ni, 04.07.2023, ummi decide untuk keluarkan ia. Sebulan lebih awal dari tarikh sepatutnya. 

Masa ummi call Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN, tanya untuk removal implanon ni, pihak KNS tanya, nak pasang balik ke? Ummi jawab tak.. Di tanya lagi, plan nak pregnant ke?.. Tak juga. hahahaha.. Apa sebenarnya ummi nak?? huhu.. 

Memang tak plan untuk pregnant lagi. After years of pregnant-bersalin-menyusu-pregnant-bersalin-menyusu, and the cycle goes on non stop dari anak pertama hingga anak ke enam. Plus twice miscarriage. Mental ummi kata, cukuplah.. Ummi tak kuaddd.. huhuhu.. Orang dok kata takpa aihh, mida lagi, boleh tambah lagi... Tapi sungguh laaa, Allah saja Maha Tahu. Ummi rasa helpless.. Tapi kenapa tak nak sambung pakai implanon? 

Ada orang pakai implanon kena migrain teruk. Ummi alhamdulillah takde. Mood swing, hurmm tak pasti part ni, ada jugalah tapi mungkin mild kot. Ada masa asyik nak marah je, salah sikit nak marah.. Ada masa tiba² nak sayu, sebak. Benda kecik pun, hiba beria. Abi balik lambat pun nak sedih². Macam nak sekeh diri sendiri je. Overall macam ok je lah, taklah teruk sangat side effect nya.

Cuma.. yang ummi stress sangat, tentang 'kitaran bulan'. Part ni Allahu, serius stress. Lari habis dia punya cycle tu. First year happy gila sebab setahun 'dia' tak datang. Dalam happy cuak jugak kalau² 'sangkut'. Setahun lebih jugaklah. Heaven tahun tu dapat puasa penuh, malah dapat ganti balik puasa² yang banyak tertunggak tahun² sebelumnya. Selesai hutang puasa. Selesai bayar fidyah. Tahun kedua, 'dia' mula datang. Tapi... setiap kali datang, lamaaaa.. tak banyak, tapi ada sokmo. Kadang2 exceed 15 hari. Dah kira istihadah. Cycle pula, dari 28hari sebelum² ni, jadi 20~22 hari. Sedih betul. 15 hari cuti, 5 hari bersih, sambung balik 15 hari cuti 😮‍💨🥴.. Makanya, tahun lepas 19 hari cuti puasa. Nak mengganti balik pun jenuh, sebab cycle pendek tu. Puasa tahun ni, nak jadi cerita, 2 bulan non stop. Berhenti sekejap pun sebab ummi pergi klinik, doktor bagi ubat stop darah. Seminggu je stop, lepas tu datang balik dan berpanjangan 😭.

Stress sangat sebab pening nak tentukan mana istahadah mana yang bukan. Sebab flow 'dia' pun tak konsisten. Hari ni mai setitik, esok banyak, lusa takde, tulat tiba2 mai balik. Ikut dan 'dia' la bila nak mai banyak, bila nak mai sikit. Cycle tu dah haywire habis. Hari² mengadu kat abi, bebel².. Saya stress la awakkkk 🤣🤣🤣 Maka nekadlah ummi nak cabut keluar 'susuk' ni. 

KNS syorkan ambil pil dulu untuk regulate balik dalam 3 bulan macam tu. Lepas tu, ummi abi fikirlah apa yang terbaik. 

Sementara menunggu nama dipanggil.


Selesa sungguh ruang menunggu KNS ni. 


Proses nak keluarkan implanon, sekejap je. Dia sapu alkohol, cucuk bius (time ni je terasa sakit sikit. Ummi tengok jarum boleh tahan besar 😅), then dia toreh sikit kulit berhampiran rod implanon, and tarik pakai sepit kecil macam gunting. Lepas tu spray ape tah, letak plaster. Siap!  Just a few minutes je. Alhamdulillah, tak sakit, sekadar sengal2 tangan, mungkin efek bius. Berani pula ummi tengok proses dari awal sampai dia tarik keluarkan rod tu.. huhu..

Kos untuk termination of implanon di KNS LPPKN RM 100, consultation RM10. 

Dah cabut ni, seram juga ni. Tapi ummi tawakkal je lah. Ikhtiar lah cara lain. Kepada Allah jualah ummi berserah. Pasti Allah akan beri yang terbaik & sesuai dengan kekuatan hambaNya.

Lagi satu, bila dah off-implanon ni, harapannya mudah sikit lah nak turunkan berat yang tak turun² lepas bersalin Nusayba (sebelum discharge doktor cucuk depo terus.. huhu) dan naik mendadak lepas wean-off Nusayba. Rasa penat dan mengah pula bawa badan sendiri.. huhu..Mana taknya, berat pregnant 9 bulan pun, paling berat 62kg. Ni nak cecah angka 7 dah 😭😭😭  Target ummi nak dapat at least 55kg. Berat ideal dah tu. Semoga Allah izinkan. Allahumma ameen. 

Selepas 2-3 jam.. Tangan masih sengal. Adalah rasa pedih² sikit.. Ummi intai tengok plaster..


Semoga baik² saja semuanya ya.. Amiin ya mujiib. 


6 comments:

  1. moga dipermudahkan la urusan lepas ni..mungkin ini jugak salah satu jalan nya kan..penat klo period tak tentu

    ReplyDelete
  2. Semoga dapat dipulihkan kitarannya nanti.

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan semuanya baik-baik aja utk Ily 🤗
    Cantik dan selesa kliniknya...

    ReplyDelete
  4. Faham part period haywire. Susah nak tentukan bila boleh solat, bila jap ada jap takde.
    Semoga semuanya kembali normal dan baik2 aje ya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. salam singgah. implanon ni mmg tak pakai. seram punya pasal. ahahaa. tpi pakai apa2 alat pencegah kehamilan memang akn buat period tak menentu. baik pil perancang/ iud/implanon/suntikan. moga yang baik2 sahaja kesihatan selepas ini ya.

    ReplyDelete
  6. Allahumma ameen. Terima kasih semua atas doa kalian. Semoga Allah balas ganjaran yang baik2 utk semua. Amiin ya mujiib.

    ReplyDelete