Friday, January 19, 2024

15 Tahun Berkhidmat

Alhamdulillah

Hari ini genap 15 tahun dalam perkhidmatan.

Syukur alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah berikan ini.


Dan sempena ulangtahun yang ke 15 ini, ada rakan-rakan seperjawatan, seangkatan yang tersenyum gembira mendapat perkhabaran yang membahagiakan, yang lama dinanti-nantikan..

Tahniah kawan-kawan yang dapat perutusan gembira hari ini. Pandai deme tu pilih tarikh ye, nak sejukkan hati kawan-kawan yang lama bergelora 😅😅  Ia proses permulaan, ada proses susulan.. Apapun, didoakan agar kawan-kawan sentiasa cemerlang dan berkhidmat sebaiknya. 

Allahumma baarik lakum wa baarik alaihim..

Untuk sesi² seterusnya, diucapkan Allahu yuftah alaikum. Semoga dipermudah Allah semua urusan kalian.

Ummi, on the other hand, tak tergolong dalam kumpulan yang sedang tersenyum bahagia tu. But doesn't mean i am not happy. hihi.. Tetap bahagia dengan apa adanya. Memang dah tahu , faham dan redha seadanya bila mana kita ada cuti tanpa gaji kan. Ramai kawan² yang hebat dan lebih layak. Kita raikan laluan mereka. Rezeki manusia kan datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada yang diberi rezeki dipermudahkan laluan kerjaya, ada yang rezekinya pada keluarga, ada pula pada lapangnya masa.. Macam² lah. Jadi jangan iri andai ada sahabat yang terlebih dahulu mendahului, dalam apa jua situasi. Syukur dengan nikmat yang diberi serta redha dan lapang dada dengan apa yang tidak/belum dimiliki itu lebih membahagiakan. InsyaAllah.

Tapi ..

Ummi tetap dapat hadiah juga hari ni.. 

Hadiahnya....


Untuk kali yang kedua 🥲

Bertabah sajalah ummi. Disetiap kesusahan pasti ada kesenangan. Tak begitu?


No comments:

Post a Comment