Buku #3/2024
Syukur, walaupun baru mula selak buku di bulan Jun, tapi dalam bulan ni juga dah berjaya habiskan 3 buah buku. Nak start tu memang lemau sikit. Once dah dapat momentum, insyaAllah laju je.
Buku Noktah Terjahit karya Nik Nur Madihah, ummi pinang di laman web Jejak Tarbiah selepas ummi baca catatan NNM di laman FB saat heboh persoalan kemana perginya pelajar cemerlang 20A. Terpikat pula ummi dengan garapan ayat beliau yang sedap dan lunak di baca dengan laras bahasa yang tinggi.
Noktah Terjahit ni ummi kira dikategorikan sebagai bukan fiksyen. Ia menggambarkan kisah perjalanan hidup sang penulis, kisah pencarian diri, dalam memaknai hidup, duniawi & ukhrawi. Sebuah naskhah motivasi. Banyak nasihat, banyak pesanan yang boleh diambil dari tulisan ini, ekslusif untuk seorang perempuan.
Kita dah lama sangat tinggal duniaaaa membacaa bukuu nii, kalau baca pon, novel online jee. Lama sangat dah tak beli buku, nak kena membeli semula nampaknyaa ni. Hehehe
ReplyDeleteSaya singgah sini & foloow ya Umi, salam kenal daripada saya ;)
terima kasih sudi singgah dan follow . salam perkenalan 🤗
Deletesaya suka baca buku fizikal. konon² lebih feel 😅😅