Monday, June 10, 2024

Books I've Read in 2023

Tahun lepas, ummi target untuk baca sekurang-kurangnya 10 buah buku setahun..

Alhamdulillah, I have achieved beyond target. 

Ni ummi listkan dulu senarai buku yang berjaya dibaca sepanjang tahun lepas. Hajat hati nak buat post untuk setiap buku. Tengoklah kalau masa dan keadaan mengizinkan..

1️⃣ Hikayat Satria² Sejati 1 - Generasi Baru (Hilal Asyraf)

2️⃣ Hikayat Satria² Sejati 2 - Arus Perubahan (Hilal Asyraf)

3️⃣ Hikayat Satria² Sejati 3 - Badai Perjuangan (Hilal Asyraf)

4️⃣ Hikayat Satria² Sejati 4 - Samudera Pengorbanan (Hilal Asyraf)

5️⃣ Hikayat Satria² Sejati 5 -  Generasi Pejuang (Hilal Asyraf)


6️⃣ Hati Yang Kau Pinjamkan (Rehan Makhtar)


7️⃣ Gelombang Baru 4 - Menjejak Awan (Hilal Asyraf)


8️⃣ Ibu, kita kuat (Ummi Bella & Mama Mimi)


9️⃣ The Beneficial Means of Happy Life (Moutasem Al-Hameedy)


1️⃣0️⃣ Takdir 1 - Cahaya Yang Tidak Terpadam (Hilal Asyraf)

1️⃣1️⃣ Takdir 2 - Percaya Yang Tidak Sirna (Hilal Asyraf)

1️⃣2️⃣ Takdir 3 - JanjiNya Yang Tidak Termungkir


1️⃣3️⃣ Mentaliti Jamban (Khairul Abdullah)


1️⃣4️⃣ Nirnama - Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung (Hilal Asyraf)


Tak sangka ummi boleh baca buku sebanyak ni tahun lepas. Walaupun awalnya target 10 buku setahun tu terasa macam sukar, tiba² boleh selesai baca 14 buah buku.. Fuhhh.. Ada yang ummi ambil kesempatan baca masa jaga anak² warded, kuarantin di rumah, atau sambil² bawa mama check up di hospital. Kebanyakannya, selit² cari masa untuk membaca.. Dan ummi juga pelbagai genre bacaan, selain novel fiksyen, ummi cabar diri baca buku motivasi & healing juga.. 

Kalau tengok senarai banyak karya Hilal Asyraf kan. Hakikatnya, masih banyak novel HA yang belum sempat ummi sentuh, sedang anak², Faqeeh terutamanya, dah 3-4 kali ulang baca 😂😂. Semua tu hasil borongan PBAKL 2023. Tahun ni tak berkesempatan menjengah PBAKL. Tapi, kita tetap shopping atas talian 😅😅.

Melihat banyaknya buku yang dapat ummi habiskan tahun lepas, sedih pulak rasa bila tahun ni seolah tak cukup masa. Mood pun melayang tah kemana.. Tapi, asbab kena kuarantin dek Covid ni, alhamdulillah ummi berjaya mula dan habiskan senaskah novel yang agak tebal.. 

Moga penghujung 2024 nanti, kalau tidak 10, at least dapat separuh pun jadilah.. 


6 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah ;-)
    Peminat penulis Hilal Asyraf ke ni?
    Mrs. A dah lama tak membaca hahahaa...
    Masa pesta buku Selangor tahun lepas adalah beli novel Ramli Awang Mursyid (RAM) kononnya nak mengimbau zaman rajin membaca novel dolu-dolu, beli kombo pulak tu sudahnya sampai sekarang satu pun tak habis baca lagi huhuhuu... sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. dah tentu peminat karya HA. Terjebak sejak belikan buku Trilogi Gelombang Baru untuk anak, kita tumpang baca sekali.. Terminat lah pulak 😅

      Saya pun lama juga stop membaca, sebelum aktif balik sekitar 2 tahun sudah.

      Delete
  2. Tahniah 👏
    Capai target.

    Saya tiap tahun target 24 buah, tapi belum pernah dapat 😂

    Saya pun khatam Siri HSSS. Memang leka baca.

    Nirnama belum beli, sebab banyak lagi buku kat rak menanti untuk dibaca 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😊
      Baca karya yang bersiri2 ni membantu capai target sebab semangat lebih sikit bila tak sabar nak tahu ending siri yang terakhir 😅😅. Leka kan baca HSSS..Macam kita pun dok bertarung sama 🤭..
      Jiayou, insyaAllah boleh capai target 24 buah buku tu. Saya memang dah tau tak boleh nak target tinggi 😂

      Delete
  3. Selamat. Saya baru pertama kali mengunjungi blog anda. sepertinya saya akan coba mengunjunginya lagi

    ReplyDelete