Sunday, June 16, 2024

Lembu Depan Rumah

Semalam ada 2 ekor lembu di tambat depan rumah. Pagi tadi ummi dengar bising² bunyi lori gedebang gedebung. Diselang seli dengan bunyi lembu. 

Lori hantar lembu agaknya.. Ummi intai dari tingkap bilik. Sahih. Ada lori sarat muatan lembu 😅.. Kejut anak² bagitau ada lori lembu. Laju masing2 bangun, semangat nak tengok lembu. Laju je mandi tanpa dikerah, disuruh. Lain macam semangat ye..



Tengok lembu pun dah membahagiakan. Indahnya menjadi kanak², tanpa perlu fikir masalah yang pelbagai. 

5 ekor lembu diturunkan pagi tadi. Menjadikan jumlah lembu parking depan rumah sebanyak 7 ekor, dan seekor kambing yang comel. Ummi tak sempat lagi bertanya khabar sang kambing 🤭. Memory phone tengah kritikal. Full memanjang, jenuh scroll & delete.. Maka, tak sempat lah nak meet & greet dengan cik kambing.


Boleh tahan bekeng lembu² ni. Ada seekor yang terakhir sekali diturunkan tadi, terlepas tali seketika. Ummi dah kaget . haha.. Sebab abang kecik dua orang dok semangat tengok jarak dekat, dalam compound tempat lembu tu.. Risau ummi oiiii.. Syukur cepat je dapat diselesaikan. 

Esok pagi kita intai lagi cik kam dan cik lem ye.. Semoga kalian sihat2 hendaknya, dan jadilah kalian korban yang terbaik bagi mereka² yang menjalankan ibadah korban.




No comments:

Post a Comment