Bukan nak into the scene. Cuma nak kongsi pengalaman sendiri.
Ummi dah melalui 9 kali mengandung, 7 kali melahirkan, 1 kali cuci (D&C) due to missed misscarriage dan 1 kali complete miscarriage. Untuk 7 kali kelahiran, dah merasa pengalaman bersalin with and without painkiller dan beberapa jenis painkiller.
Setiap kelahiran, dan proses cuci juga, semuanya pengalaman dan kadar kesakitan yang berbeza².
1️⃣ 1st pregnancy - fetus stop growing at 8w, discovered masa 12w - bius separuh badan untuk cuci (D&C). Masa prosedur cuci tak rasa apa lah sebab dah bius. Sakit masa cucuk jarum nak bius sekejap je, then sakit post prosedur. Rasa sakit dekat spinal, tempat cucuk bius tu lebih sebulan juga terasa sengal, bisa, mencucuk.
2️⃣ 2nd pregnancy, 1st baby - consider no painkiller sebab masa ni doktor/nurse suruh sedut gas entonox, tapi sebab ummi tak pandai sedut dan rasa ia tak membantu, ummi campak ke tepi je corong gas tu. Induce pakai drip pitocin. Harunglah sakit kontraksi tu sampai selamat melahirkan.
3️⃣ 3rd pregnancy, 2nd baby - baru pandai sedut gas. It actually helps, kalau tahu macam mana nak sedut, but jangan overdo, nanti lalok. haha.. masa ni, ummi start sedut gas bila dah tak tertahan sangat rasa sakit, masa bukaan 7-8 cm. 3 kali sedut. 2 sedutan yang pertama, rasa di awang²an, hilang rasa sakit kontraksi seketika. Sambung lelap sekejap bila kontraksi reda. 3rd time kontraksi datang, sedut gas rasa tak function. Cakap dekat nurse/doktor, tak boleh tahan dah, sakit sangat².. Dah fully dilate rupanya, dan few minutes later, selamat melahirkan. Alhamdulillah. Quite a smooth delivery. Yang ni pun induce pitocin.
4️⃣ 4th pregnancy - miscarriage at 6w. No procedure done sebab complete miscarriage.
5️⃣ 5th pregnancy, 3rd baby - yang ni no induce, no painkiller. Tapi sakit yang tanpa induce kali ni, masyaAllah, tak jumpa words yang sesuai nak explain betapa sakitnya. Induce pun tk sesakit ini. Based on ny experience ye. Lain orang, lain badan, lain kadar ketahanan terhadap sakit. False alarm dari tengah malam. Subuh dah slow down. Pergi klinik, belum ada bukaan tapi dah soft sangat kata puan doktor. Belum buka pun sakit dah macam 6cm on previous kelahiran 🥲. Dapat MC sehari. Doktor predict hari tu juga bersalin, mungkin petang atau malam. Petang dah menggelupur sakit bila sela kontraksi dah konsisten 5 minit. Tersandar dekat sofa. Bila sampai hospital, dah buka 7cm. Masuk LR, air ketuban pecah sendiri, dan baby dah berak kat dalam. Thick meconium & particles, bukan stained air ketuban. Sakit kali ni sungguh tak tertanggung tahap rasa nyawa memang dah betul² hujung tanduk. Sakit dan ditambah kerisauan sebab heart beat baby tak jumpa. Sempat kita doa dalam hati minta Allah selamatkan baby, aku mati takpe, asalkan baby selamat. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal dalam bilik bedah 😅. Lepas baby keluar, auto hilang segala rasa sakit menggila macam berdepan sakaratul maut tu.
6️⃣ 6th pregnancy, 4th baby - kali ni on induce drip pitocin & nurse advice ambil pethidine untuk tahan sakit. Ummi setuju ambil pethidine. Lepas cucuk pethidine, mata ni berat je. So ummi tidur. Bila kontraksi datang, ummi sedar, lepas tu tidur balik. Begitulah berulang kali sampai sela kontraksi dah semakin rapat dan kuat dan dah tak mampu nak tidur lagi. Alhamdulillah kelahiran normal yang agak tenang dah mudah juga. Baby 10 malam terakhir Ramadan. Mungkin setenang malam Al-Qadr 😅.
7️⃣ 7th pregnancy, 5th baby - yang ni, paling lama dalam labour room. 10 jam. Ambil pethidine & pitocin juga. Cumanya, baby dok sangkut di 6cm lama sangat. Few hours takde progress, stuck di 6cm.. Sampai pethidine dah hilang fungsi. Pethidine usually lasts dalam 6 jam. Masa fasa yang kontraksi dah kuat dan rapat² tu, takde effect painkiller dah. Dengan dah mula hypo masa tu, pandangan nampak kuning kabur je, dan rasa sakit yang macam nak pecah/meletup perut, tenaga pun dah takde sebab lama sangat in labour dan kerisauanbkena ceaser sebab dah lama sangat in active labour. Syukur nurse on duty sangat membantu, dan alhamdulillah dia seorang je sambut kelahiran puteri pertama ummi. Lepas bersalin tu ummi memang rasa macam nak collapse. Lembik selembiknya, longlai. Nak salin baju wad semua nurse yang buatkan. Nak minum air pun tak larat nak pegang. Kalau tengok balik gambar postpartum ummi masa tu, serius muka macam zombie, macam mayat hidup 😥😬. Lesu, pucat tak bermaya. Nekad dalam hati, cukuplah 5 orang ni.
8️⃣ Eh, tiba² 8th pregnancy, 6th baby pula.. Bersalin masa PKP, on pitocin & pethidine juga. Baby sangat tenang, setenang duduk ontok² di rumah saat dikenakan perintah kawalan pergerakan. hihi.. Proses kelahiran pun tenang2 saja, dan suddenly selamat melahirkan. Bila sakit yang tak tertahan tu, ummi just approach nurse/doktor softly, "Saya rasa tak tahan dah ni". She guided me dengan tenang, alhamdulillah, there goes my 6th baby. Doktor kata, tenang je mak. Alhamdulillah, Dia yang memudahkan dan mengizinkan semuanya.
9️⃣ 9th pregnancy, 7th baby - Dengan faktor risiko usia ibu, grand multi para, dan juga history of long duration in active labour phase in previous pregnancies, doktor suggest ambil epidural. Disebabkan ummi pun rasa dek faktor umur, pain endurance dah berkurang, dan ummi nak tenang², taknak serabut perut bertarung melawan sakit, maka, i choose the epidural... Lantaklah nak kata CHEATCODE ke apa. My body, my choice. I decide for myself.. Ummi bagitau abi, ummi nak ambil epi sebab ummi nak tenang² je kali ni. I've gone through the unbearable pain in previous pregnancies. That's why i choose tenang kali ni. Syukur alhamdulillah i decided to use epidural sebab kali ni pun long labour duration juga. Almost 7 jam, sebelum Allah kirim "pasukan sorak" yang bertungkus lumus berusaha to make sure i didnt go into OT for ceaser. Depa godek² buat apa pun, ummi tak rasa sakit sangat sebab on epidural. Sakit tu ada, tapi kurang. Siap gelak² lagi dengan nurses, depa dok uli perut macam doh roti. 🤣🤣. Dan jahit pun, lantak pi lah nak jahit macam mana pun. Alhamdulillah Allah beri ilham untuk ambil epidural. Dan alhamdulillah ada rezeki dapat epidural di hospital kerajaan, hari sabtu pula.. Selalunya susah nak dapat pakar bius kalau bukan kecemasan. Epidurla ni alhamdulillah membantu emosi ummi masa proses kelahiran. Tenang betul, boleh mengaji, baca yasin tenang², tidur dan rehat tenang² sementara tunggu fully efface. Nak buat macam mana, Allah takdirkan anak² ummi semua posterior. Maka proses kelahiran agak lama. huhu.. Kita nikmati jela prosesnya dengan tenang.
Epidural dengan bius separuh badan tak sama rupanya. Hampir sama tapi lokasi tusukan dan saiz jarum berbeza. Bius separuh badan (spinal anaesthesia), jarum lebih kecil dan ditusuk hingga ke spinal, saraf tunjang. While epidural, jarum lebih besar dan ditusuk sehingga lapisan sebelum spinal. Tiub akan dimasukkan ke lapisan tersebut dan tiub ini akan mengalirkan epidural mengikut dos yang pakar tetapkan sepanjang proses melahirkan sehingga selamat bersalin. Kalau still rasa sakit, boleh tekan button untuk tambah dos epidural secara 1 shot. Pakar bius kata, nak cucuk epidural kena berhati² sebab kita taknak dia tembus sampai spinal. Maka, ada risiko² dia. Nak ambil epidural pun, ibu kena sign consent form setelah penerangan diberikan tentang risiko, prosedur dan kesan epidral Epidural ni lebih kepada local bius. Kaki kita takkan rasa kebas, berat. Dia mengurangkan sakit hingga 60-70%. By right masa contraction at its peak, ibu boleh rasa sakit tu, tapi dengan kadar sakit lebih rendah.


So, epidural doesn't come easy and doesn't count as cheating. Sebab it comes with risks also. Carilah sendiri apa risiko² dia ya.
Allah meletakkan bayi dalam 'rahim' ibu, yang boleh membesar dan mengembang beratus kali ganda dari saiz asalnya untuk menampung tumbesaran fetus, dan boleh mengecut semula ke saiz asalnya setelah melahirkan, dengan izin Allah. "Rahim" yang sama dengan nama Allah, yang memberi maksud penyayang.
Apapun, walau apa cara ibu melahirkan anak, normal atau pembedahan, natural or with pain killer, seorang ibu yang telah membawa bayi dalam kandungan selama 9 bulan, mengharung pelbagai perubahan dari segi hormon, bentuk tubuh badan malahan emosi, belum lagi yang mengalami alahan dan ada pelbagai komplikasi... Mereka tidak wajar diperlekehkan dan dilabel dengan pelbagai gelaran.
Ummi copy paste sebahagian petikan dari laman Mufti Wilayah seperti di bawah untuk bacaan bersama.
(Untuk bacaan lanjut, klik pada gambar).

Dalam menjawab persoalan yang dikemukakan, berikut kami kongsikan kata-kata Imam al-Nawawi yang menukilkan pendapat para ulama yang menjelaskan sebab-sebab didahulukan seorang ibu dengan kata mereka: ‘’Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut’’. Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (16/79).
Manakala Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: ‘’Sebab didahulukan ibu sebanyak tiga kali ada diisyaratkan melalui firman Allah S.W.T:
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
Maksudnya: Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan.
Surah Al-Ahqaf (15)
Maka didahulukan ibu sebanyak tiga kali adalah disebabkan tiga perkara yang terkhusus dengan seorang ibu iaitu kepenatan dalam mengandungkan bayi, kesukaran dalam proses melahirkan anak, serta ujian yang dihadapi semasa menyusukan bayi’’. Rujuk Mirqaat al-Mafatiih, Mulla Ali al-Qari (7/3079).
Well said, tqsm Ily 👍🏻
ReplyDeleteAkk rasa whatever method kita pilih pun utk bersalin ni, first thing first kita fikir bukan utk kita pun, kita nak smooth delivery sbb nak baby selamat. Apa jadi dekat kita tu biasanya we put in second place.
hanya melalui nya sahaja yang tahu kan bertarung nyawa kita melahirkan zuriat, Allahu Rabbi
ReplyDelete