Salam sayyidul ayyam..Salam yaumul jumaah al mubarakah..
First of all.. Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Terima kasih atas jasa, pengorbanan, penat lelah dan semangat yang tak pernah padam dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna, bermanfaat buat agama dan negara, bakal pelapis barisan kepimpinan negara. Moga rahmat dan redha Allah sentiasa menaungi kalian.
Hari ni juga merupakan Jumaat terakhir ummi sebagai temporary SAHM. Tamat sudah episod "Ily in Wonderland" selama 3 bulan 🥹🥲. Bercampur aduk perasaan ni.
Minggu depan akan kembali bertugas, menggalas "peti ais bergerak" ke sana ke mari..huhu..
Alhamdulillah Mus'ab akan ke rumah mak pengasuh, yang sebelum ni dah jaga anak² ummi dari Faheem (No.1), sampai ke Nusayba (No.6). Terima kasih mak sebab sudi terima dan jaga Mus'ab.
Semoga sekembalinya ummi bekerja nanti, semuanya baik² sahaja, semoga Allah permudahkan semua urusan.
Geram tengok dia tidur. Dasar emak², anak sedang enak tidur dicium digomol.. Bila anak terjaga, di sirih tidur balik.. hihi..
Satu lagi peel ummi, bila anak lena tidur tengah malam, tak bangun mencari susu, bila ummi terjaga, tengok dia sedap tidur tak bergerak, laju² cek anak masih bernafas ke tak. huhu..
Dia yang manja terlebih minggu ni, nak tidur berpeluk, berbantal lengan ummi.. Macam faham je kan.. Tangan kita lah lenguh, kebas.. haha.. takpelah anak. Ummi enjoy je moment ni. Moment² yang akan dirindui. Nak kembali lagi, tak mampu dah. hahaha
Ada 2 urusan Mus'ab belum selesai lagi. Aqiqah dan daftar haji. InsyaAllah bulan depan, lepas selesai urusan hospital ummi.
selamat hari guru buat semua warga pendidik ..
ReplyDeleteNgam² pulak Isnin masuk keja balik ye...
ReplyDeleteYa Allah geramnya tengok kemontelan dia 🤩