Monday, March 10, 2014

Seminggu Di Rumah Pengasuh


As I've mentioned earlier, I've sent the kids to babysitter's house, Kak S yang cuma beberapa langkah dari rumah..Tapi kalau menghantar pagi-pagi tu tetap naik kereta..hehe..

Perasaan bila hantar anak ke pengasuh??

Selama ni mak sendiri yang jaga kan. Nenek jaga cucu, confirm jaga penuh dengan kasih sayang walau kadang kena marah, jentik jugak. Tapi takdelah nenek tu nak belasah cucu sampai pengsan kan..Bila hantar ke pengasuh, nak cari pengasuh yang kau percaya adalah sangat sukar. Yelah, dekat tak semestinya boleh dipercayai. Kenal hati budi luar dan dalam pun belum tentu akan jaga anak kita elok kan. Ditambah dengan macam-macam kes penderaan dan kematian bayi di taska, di rumah pengasuh, hati aku ni memanglah berbelah bahagi campur risau bagai. Tapi keadaan mendesak. Takkan aku nak biarkan Mama & Ayah jaga Faheem & Faqeeh dalam keadaan Ayah yang tengah nak recover after bypass operation? Gila??? Habis Tok Ayah dilanyak, dipanjat budak-budak ni kang, terbukak luka jahitan bagai...Tak ke naya?? So, nak taknak, aku kena pujuk hati aku dan pujuk Maktok TokAyah juga, hantar jugak dierang ke pengasuh..Dan aku memang sangat-sangat bertawakkal pada Allah.
Dapat pengasuh yang dekat dikira sebagai bonus la sebab tak pening otak aku fikir nak angkut anak kalau laki balik lambat ke outstation..
Selebihnya aku berdoa dan berserah pada Allah, semoga anak-anak aku sentiasa di dalam pemerhatian dan pemeliharaan Allah.. Doa untuk diri sendiri dan suami juga :) Semoga dijauhkan dari sebarang musibah yang tak diingini.

Reaksi anak-anak bila hantar ke pengasuh??

Aku memang paling risau part ni especially Faheem tu. Faqeeh memang aku tak risau sangat. Dia jenis tak takut orang. Dengan siapa-siapa pun dia main hulur je tangan suruh dukung...Even pak guard bangla okeh...Serammmm ummi awak ni tau kot di bawak lari pak bangla tu..Adehhh... Jadi, aku confident Faqeeh will be just fine. Lagipun dia belum faham sangat kan. Memang redha je..

Faheem ni dah lebih 2 tahun setengah membesar dengan Maktok & TokAyah dia. Itulah dunia dia.
Bangun pagi, celik mata nampak Maktok, TokAyah. Dan dia pulak dah pandai malu segan. Memang aku risau sangat lah. Kalau dia taknak dengan orang lain, sampai dalam kain ummi dia ni dia boleh masuk tau. Tak kira lah tengah shopping complex ke, kenduri kahwin ke..Adoooiiii..Memang dia meleser je dengan ummi abi sambil mendengus & berdecit-decit marah orang kacau dia.

First day hantar, masa keluar rumah both tidur. Faqeeh sambil minum susu, mata layu-layu. Bila sampai terus bagi Faqeeh kat Kak S kat luar pagar rumah, dia terjaga. Tapi dia ok je. Tambah ada botol susu kat mulut. Takpe je dia. Memang mesra alam..hihihi..

Faheem pulak, abi hantar sampai dalam rumah, letak atas tilam. Dia yang tengah tidur masa tu, terus membuntang mata dia, terus nangis. Agaknya sebab tak familiar lagi dengan rumah Kak S. Puaslah aku pujuk. Dia tak bagi aku tinggalkan dia kat situ. Then aku bancuh susu, suruh dia baring minum susu. Dia suruh aku duduk sebelah dia. Sebelah tangan pegang botol, sebelah lagi pegang tudung baju ummi. Bila aku gerak sikit, dia grip kuat..Allahu Allah...Last-last Kak S dukung dia bawak masuk bilik, aku cepat-cepat keluar. Memang dengar la dia terjerit-jerit nangis..Sayu je hati ummi. Tapi kental weh tak nangis..huhu~

Aku cuti hari tu. My zawj kata, tengahari amiklah anak-anak. Tapi aku kata, biarlah dulu. Nanti aku call tanya macam mana Faheem Faqeeh. Kalau ok, biar je lah sampai petang. Pukul 10 lebih aku call, Kak S kata ok je. Sekejap je dia nangis. Tak jerit-jerit pun. Bunyi-bunyi macam tu je. Dah ada kawan, ok dah. Masa aku call tu, memang aku percaya sangat kata Kak S yang Faheem ok je. Sebab aku dengar suara dia tengah bergelak sakan..Ambooooiiiiiiii...Bukan main kuat lagi gelak..Seronok lah tu dapat kawan baru. Good to hear that. Faqeeh memang sokmo ok je..So, aku biarkan je dierang kat situ sampai petang..

Malam sebelum tidur, aku/my zawj akan tanya..
Best tak kat rumah mak? [ Mak - panggilan Faheem kat Kak S ]
Faheem makan apa? Mak masak apa?
Mak garang tak? Mak baik tak?
Faheem ramai kawan tak?
Siapa nama kawan baru Faheem?
Faheem behave tak?
Faheem jaga adik tak?
Esok nak pergi rumah mak lagi tak?
Nak nangis lagi tak kat rumah mak pagi-pagi?
Jawapan dia semua ok. Best. Nak pergi rumah mak. Tak nak nangis dah.

Hari kedua...nangis..
Hari ketiga...nangis..Peluk ummi taknak lepas...
Hari keempat.....nangis..
Hari kelima....Alhamdulillah tak nangis. Sebab dah nampak abang Irfan. Selalu masa hantar dia, abang Irfan tak sampai lagi. Kali ni hantar lambat sikit. Terus dia kejar abang Irfan.

Masa ambil petang-petang memang dia ok je. Tengah seronok main.
Alhamdulillah..Mudah-mudahan everything will be just fine..

Reaksi Maktok, TokAyah & Mokcu???

Sunyi je rumah takde budak-budak..
Mokcu dah takde geng nak gaduh..
Huhuhu~
Maktok pesan, dah hantar kat pengasuh tu, jangan lupa bawak budak-budak balik Ampang sekali sekala..Nanti budak-budak tu taknak dah gurau-gurau dengan Maktok TokAyah..
Allah...sayu je dengar...

Nak buat macam mana..Had to...Budak-budak tengah melasak..Dia bukan faham sakit operation tu macam mana. Kalau dia nak memanjat, melompat, ikut dan dia je.
Kang jenuh bergaduh dengan TokAyah..Lambat la pulak TokAyah nak sembuh..

Temporary or permanent???
For the time being, I have no answer to that.
Kata Maktok, bila TokAyah dah sihat, dah segar, dah recover nanti, hantar lah balik budak-budak tu kat Ampang.
Aku cuma boleh jawab insyaAllah..Tak pasti lagi macam mana..



4 comments:

  1. asslm ily..anak2 akk pun hanta pengasuh..sebelum ni taska..alhamdulillah baek2 mereke ;)
    nnt ily contact akk 0133575915 atau email attuffahumairah utk name alamat n no phone hokey..inshaAllah akk pos inshaAllah dalam minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis ade kenal x mane2 pengasuh area bukit indah ampang??... yg amanah & penyayang... 8am-5pm.... yg paling penting sgt sayangkan baby... kes sy macam sis...dulu MIL jaga..tapi dia da tak larat... risau sgt sy... hurmmmmm...pls email yna050909@gmail.com...thanks

      Delete
  2. Sy mmbuat khidmat pengasuh area selayang intan baiduri..sy ambil kank2 berusia 2 thun-6thun.bole kol sy.0143365354
    Jgn risaw sy dh lme berpenglamn mnjage bdak..ank2 buah sy sblm ni„smua sy yg jge.alhmdulilh...

    ReplyDelete
  3. salam 1.malaysia...saya siti noraida ada menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi dan kanak kanak khas utk ibubapa bekerja waktu pejabat.....di kawasan pandan indah berdekatan hospital ampang...call/whatsapp saya 0182102288

    ReplyDelete