Tuesday, September 15, 2020

Makan di Astana Putra UPM sambil Bermain di Children and Sensory Garden

 

Selepas peristiwa sedih yang menimpa pokok-pokok ummi di hari cuti merdeka, abi ajak keluar makan. Bila abang-abang tanya, nak pergi kemana...Abi suruh tanya pada Fathan...

Faheem & Faqeeh: Nak pergi mana ni?

Fathan: Pergi makan..

Faqeeh: Dekat mana..

Fathan: Kedai lah..

Faqeeh: Kedai apa?

Fathan: Kedai makan... 😂😂😂😂


Jujur kan jawapan Fathan..

Sebenarnya keluar tanpa hala tuju.. Nak makan, tapi takde specific tempat/kedai yang nak dituju.. Zawji pusing area Sungai Besi. Nampak Restoren Ayam Gepuk Pak Gembus. Dah elok duduk 8 beranak di meja. zawji pergi ke kaunter nak order, dimaklumkan nasi dah habis.. Berbondonglah rombongan kami keluar balik dari kedai..hahaha..

Lepas tu zawji terus drive masuk highway. Still tanpa hala tuju yang pasti..Dari highway tu, nampak wording comel "TEMASYA" dan ada kedai makan di sebelahnya. Zawji kata nak try makan situ lah. I'm ok je. Macam ada taman permainan je sebelah tu. Boleh lah anak-anak bermain di taman.

So kat sini lah kami makan sudahnya..Astana Putra UPM.

Kalau lalu Highway Sungai Besi tu boleh nampak tepi jalan je kedai ni. 


Menu yang sempat di snap. Bnayak lagi menu dia sebenarnya. Ada menu Abang Jamil, Kak Tipah, Kambing tepi Kubur.. Seram jugak nama menu hahahaha.. Tapi sebab kalut menjaga anak 6 ketul kan, ini jelah yang mampu. huhu..


Kami order Nasi Goreng Astana, Nasi Bator Chicken, Mee Bandung Biasa, Kueh Teow Kerang dan Cucur Udang. Air pulak milo ais 2, Limau Ais dan epal asam boi. Total untuk semua ni RM48 kalau tak silap. Makanan, boleh tahan sedap. Kenalah dengan tekak kami anak beranak. Habis licin semuanya. 
 Gambar makanan pun mak tak sempat nak snap. Sampai je sepinggan terus ngap makan berkongsi semua.. Sambil-sambil huru hara menjaga anak yang seronok berlarian berguling bagai. Seriously anakku berguling atas karpet rumput tu.. Aduhh.. 

Ambience kedai sangat ok. Luas (sebab ni lah anak-anak gembira berlarian berkejaran macam dekat padang 😅). Ada kolam ikan dan kura-kura juga. Meja kami duduk memang bersebelahan kolam dan agak jauh dari orang lain. Anak-anak seronok menjenguk kolam. Risau pulak mak anak terjatuh dalam kolam. 



Bahagian belakang restoran ni ada macam hall untuk wedding event. Memang luas dan selesa. Surau pun disediakan dan agak besar juga.. 

Selesai makan, solat, zawji ajak anak-anak ke taman bersebelahan Restoran.
It was Children and Sensory Garden. Kalau tak silap, ia di bawah Fakulti Pertanian UPM.
Seronok tempat ni. Luassss.. Anak-anak mesti happy gila. Tapi sebab hari kami pergi tu hujan, agak terhad lah..

Kat area ni ada wall climbing, gelongsor, tunnel.





Deck area. Ada buaian kat belah bawah deck.



Kolam pancuran.


Temasya
Dari highway memang nampak wording ni dengan sangat jelas.
Tambahan warna dia yang sangat catchy tu kan. Memang akan perasan punya.


Ni dekat bahagian belakang restoran. Macam kaunter informasi pun ye jugak sebab ada sort of lika round counter, ada bench, ada info board. Kalau perasan dalam gambar bawah ni, nampak ada pondok-pondok kecil kat belakang, luas lagi kawasan dia. Ada jambatan gantung lagi. Ada seketul rumah api mini juga kalau perasan. Nun dihujung yang warna putih tu. Tapi tak dapat nak pergi dekat kawasan jambatan gantung tu sebab hujan, licin. Next time insyaAllah.


Ni aku cuba summarize keseluruhan area. Gambar dekat jambatan gantung dan rumah api, aku ambil dari FB UPM. huhu..


Kalau ada rezeki, insyaAllah nak datang lagi. Sebab foods quite good, harga seems reasonable, dan nak try explore the whole children and sensory garden juga.

Last pic sebelum pulang 😂




2 comments:

  1. Menarik tempat ni, boleh cuba.
    Harga makanan pun x mahal sangat, Yg penting anak-anak happy alhamdulillah.

    ReplyDelete