Thursday, September 17, 2020

Weight Chronology Part 2


Saja nak buat sambungan dari last post back on 2016..Ni namanya saja nak menjeruk hati, menambah remuk dan luka..Hahahaha..

Aku sambung berat dari 2016 jelah ye.. Previous years, refer jelah post yang lalu..

2016
Lepas bersalin Fathan, berat aku was around 51-53 kg.

2017
Pregnant (Fathiy)
Pre-pregnancy weight 54kg
9 months pregnant Fathiy - 61.5kg
post pregnancy - 56 kg

2018
Pregnant (Fatima)
Pre-pregnancy weight 51kg

2019
9 months preggie Fatima - 63kg
post pregnancy - 55 kg

Still in 2019
Pregnant lagiii 😅(Nusyaba)
pre-pregnancy weight - 52kg

2020
9 months preggie Nusayba - 63kg
post pregnancy weight - 60kg
Now, (Nusayba 6 months young) -  60 ~ 62 kg

Anak ke-6, berat pun nak maintain angka 6 dihadapan ke?? 😓
Mengandungkan anak dara 2 orang ni, berat naik banyak banding dengan abang4. Time kendong the brothers, tak sampai 10kg pun berat naik. Tiba time girls ni, berbelas kilo haaa.. (ok, i know, ada yang naik sampai 20 kgs pun ada.. Aku cuma membandingkan diri aku sahaja ye. Tiada kaitan dengan yang lain..)

Tak tahu nak kata apa bila tengok berat terkini tu..haha
Berat 60+ tu biasa time sarat pregnant je. Ini dah selamat keluar, berat tak turun-turun.
5 kelahiran sebelum ni, bila check up anak sebulan, berat mesti dah turun 5-7kg at least. Yang bongsu ni (jangan tanya confirm ke bongsu..sebab memang tak confirm. Dah tentulah bergantung pada perancangan Allah..haha..Tapi bongsu lah buat masa ni), dah 6 bulan bersalin pun, berat masih lagi seperti mengandung 9 bulan 😭😭😭
Aku syak sebab cucuk depo right after bersalin hari tu..huhu..Tu yang berat degil taknak turun. Tambah pulak pantang time PKP kan.. Ohoii..Dan mungkin faktor usia juga. **koff..kofff* Tua dah rupanya.

Nak diet buat masa ni, memang mak tak mampu.. Lambat makan pun dah menggigil, berangin perut. Kalau makan selain nasi pun, tak lama lah bertahan. Nanti mula lah rasa melayang nak pitam la.. Kalau puasa, petang balik kerja tu, lembik lutut terus uii.. Dah la awak hb agak rendah jugak. Makan je lah seperti biasa..Tamat fasa BF Nusayba baru kita fikir secara serius lah. Sementara nak habis fasa BF Nusayba, janganlah meratap pilu tiap kali timbang berat ye. Cuma harapannya, dia dok maintain tang 60-61 ja lah.. Jangan nak pi naik tinggi-tinggi sangat. Mak gayat.. 😆😆😆

No comments:

Post a Comment