Thursday, September 17, 2020

Mesej dan Peringatan dari Poster Kun Anta


Aku suka follow FB Kun Anta.
Bukan entry berbayar untuk promote page ni ye 😂. Sekadar berkongsi apa yang aku suka.
Suka tengok/baca mesej dan peringatan yang disampaikan. Tambahan pula dengan lukisan karikatur yang menarik. Simple, tapi meaningful.

Di bawah ni antara yang terkesan pada aku.

Dalam hidup, kita jangan asyik fikirkan apa yang orang/organisasi boleh beri kepada kita. Instead, cuba untuk jadi orang yang banyak memberi manfaat dan sumbangan untuk orang lain/organisasi/negara. Kalau dalam rumahtangga, Ustaz Ebit Lew selalu pesan, jangan dikira berapa banyak yang kita pernah beri khidmat buat pasangan atau anak-anak, tapi saling berlumbalah dalam memberi khidmat. InsyaAllah akan rasa manisnya. Bab ni kadang-kadang aku culas dan berkira-kira juga..huhu.. Moga aku mampu jadi orang yang memberi manfaat buat insan sekeliling aku.

Ini yang paling common. Selalu, dalam sedar tak sedar, kita sibuk mencari keburukan dan membuka aib orang lain. Tambahan pula kalau ada insiden hati yang tersakiti, mengkin secara tak sengaja, maka mula lah kita menggali segala kelamahan dan kekurangan orang itu. Kadang-kadang kita tak boleh tengok seseorang itu ada kelebihan sedikit dari kita, mula lah kita mencari sisi-sisi gelapnya..Nauzubillah.. Moga Allah hindarkan aku dari menjadi orang yang busuk hatinya.

Ada orang, dia seolah terlalu banyak masa terluang untuk memikirkan hal orang lain. Kadang-kadang ia dilakukan atas nama prihatin, atau mungkin juga dia mempunyai lagak dan perwatakan seperti seorang kaunselor. Cuma terfikir, sedangkan hal diri sendiri dan keluarga pun sudah memenuhi segenap ruang dalam otak, bagaimana nak selitkan pula ruang untuk memikirkan urusan orang lain.

Tak perlu trying hard untuk kelihatan hebat dengan cara menjatuhkan orang lain. Orang hebat tidak akan bersusah payah untuk cuba menunjukkan dirinya hebat. Kehebatan seseorang akan terserlah dengan karakter yang baik dan positif. Most good and great people are very humble and down to earth. Dan, apa dikejar pengiktirafan manusia (mahu kelihatan hebat, benar dan pintar di mata manusia), kerana manusia itu hatinya berbolak-balik. Boleh jadi hari ini dia memuji, esok dia mengeji. Cukuplah dengan mengejar redha Allah, moga setiap apa yang diusahakan atas nama Allah, beroleh rahmat dan barakah, insyaAllah.

 

2 comments:

  1. Mesej yang disampaikan itu santai, simple, deep dan meaningful..

    ReplyDelete