Wednesday, November 4, 2020

MyHumbleMiniGarden : Pokok Ulam Selom


Ini adalah cubaan kedua menanam daun selom. Cubaan yang pertama tak berjaya. Keratan batang yang direndam dalam air bagi tujuan water propagation menjadi lembik dan rosak..huhu..

Bila nampak ayah stok daun selom ayah yang besar-besar batangnya, terus pesan pada adik untuk simpankan keratan batang dan rendamkan dalam air.

Batang selom yang direndam air (water propagate) sehingga keluar akar.

7/9/2020


Bila dah keluar akar dan beberapa tunas pucuk, boleh dialih ke dalam pasu. Ni pakai bekas recycle saja yang diisi tanah hitam. Ada terbaca sharing di mana entah, susun batang selom secara baring seperti dalam gambar d bawah.

8/9/2020


Pucuk tunas sudah mula naik.
12/9/2020



23/10/2020


3/11/2020


Pakai baja kopi, baja AB, siram air basuhan beras.
Alhamdulillah Nampak elok kejadiannya setakat ni.
Semoga Allah izinkan ia terus hidup subur dan merimbun.
Allahumma ameen.





4 comments:

  1. Semoga dapat pokok selom ni tumbuh subur dan banyak hasil

    ReplyDelete
  2. bestkan kalau tanam then dpat makan hasil dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa berbaloi walau hasil tak byk mana. Alhamdulillah.

      Delete