Semenjak PKPB berkuatkuasa bagi Selangor, KL & Putrajaya pada 14 Oktober 2020, I was in full WFH mode. Bila PKPB disambung lagi untuk kali kedua, bermula 10 November 2020, aku mohon untuk rotation, at least 1 hari dalam seminggu. Kebetulan, ada seorang lagi officemate perlukan full WFH, jadi kami swap. Sebulan lah kiranya aku full WFH.
Kenapa aku pilih untuk masuk office? Mesti akan ada orang cakap aku mak yang selfish. But somehow, I need some time to destress. Bukan tak bersyukur ada anak-anak yang sihat walafiat, lagi cergas dan cerdas. Tapi, itulah, bila hari-hari nak kena mengaum bagai singa, nak kena marah-marah, the environment somehow not good. Sangat tak baik untuk mental health. I am not a good mother, far beyond perfection. Mood pun ada turun naik. Setiap hari, i told myself taknak marah hari ni, taknak bebel taknak macam-macam lah.. Tapi biasalah, rakyat jelata ramai di rumah dengan ragam dan kerenah yang pelbagai dan berwarna-warni, mak asyik nak jadi naga je. Tahap kesabaran mak tak berapa nak tinggi. Jadi, untuk kemaslahatan seisi keluarga, i need to take a break.
WFH dengan rakyat jelata yang ramai pun bukan mudah. Mana dengan kelas online anak-anak, nak masak, nak mandikan basuh berak kencing anak, jadi referee pertarungan anak-anakkkk, jadi kaunselor anak, jadi cikgu anak.. Mereka bukan faham istilah bekerja dari rumah. To them, kalau ummi ada kat rumah, means ummi cuti. hahahaha. Walaupun berkali-kali ummi explain yang ummi sedang kerja, ummi tengah reply soalan bos, ummi kena buat report, ummi kena update blablabla..
Nak makan, nak memerut pun tak boleh tenang-tenang. Ada saja jeritan, teriakan, ketukan memanggil ummi.
Jadi, sehari dalam seminggu ummi masuk office ni, baru ummi dapat makan tenang-tenang sedikit. Kalau tiada kerja urgent la. haha..
Tempek sini kenangan menikmati makanan tanpa hiruk pikuk. Dah makan sorang-sorang. Senyap sunyi jelah kan. Sebab kuota sehari yang masuk office 3 orang je. Bila turn yang lain semua lelaki, ummi makan seorang diri lah.
Nasi Lemak Rendang Daging Pak Nasser from SANTAN
Assalamualaikum, WFH tetap kena kerja. saya suka kalau dapat WFH sbb azali nya tugas saya tak banyak cuti. jadi kalau WFH walaupun sambil meeting melalui phone, saya masih boleh meeting sambil masak.ehhehe
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ya, WFH tetap kena kerja dan pakej dengan 'kerja menguruskan anak2'.. hihi..
DeleteWalaupun Cik TK bukan seorang ibu, tapi Cik TK faham semua orang perlukan me-time. Tak ada masalah pun pada Cik TK kalau sesekali nak rehat.
ReplyDeleteTeringat hari tu pernah sekali join kawan pergi makan dekat santan. Nice juga menu2 dia. Sedap juga!
Nampak menarik chee cheong fun tu...