Sunday, August 27, 2023

A Visit to Perpustakaan Kuala Lumpur

Setelah menjejakkan kaki ke Pustaka KL @ UTC Keramat Julai lalu, dah ada beberapa siri lawatan susulan ke perpustakaan. Dah pinjam kan, mesti kena pulang. Bila pulang, berkenan buku lain pula... Pinjam lagi.
It's ok anak². Kalau nak berulang kali pergi perpustakaan, pinjam buku, baca buku... ummi ok je. OK sangat². Suka tengok kalian nak baca buku. 

Kali terakhir pinjam buku, ummi rasa awal Ogos hari tu. Dan sepatutnya kena pulangkan dalam tempoh 2 minggu. Tapi, minggu ke-2 lepas pinjam tu, sibuk dengan PRN, followed by aktiviti² Pasti yang mana Fathiy terlibat sama. Maka terlajak² la tarikh pulang buku. Nak dijadikan cerita pula, Pustaka KL @ UTC Keramat tu tutup pula untuk kerja² baikpulih. Kami ni dah lebih 2 minggu dah overdue ni..huhu.. Abi call hotline dia, katanya boleh return di Perpustakaan Kuala Lumpur since semuanya adalah di bawah seliaan DBKL.. 

Maka, jom kita ke Perpustakaan Kuala Lumpur..



Masa sampai ni, kebetulan ada aktiviti origami. Abang³ join sekali. Buat dinosaur. 


Kiosk Layan Diri



Perpustakaan Kanak-Kanak di tingkat bawah je. Interior cantik, buku banyak, ada aktiviti selingan juga. Seronok untuk anak². 
Eh. ummi pun rambang matalah tengok buku² cerita kanak². Hahaha.. 
Buku² untuk 13 tahun dan ke atas, ada di aras atas. ni



Ada pula reruai di lobi perpustakaan. Selamat lah ummi kena 'pow' dengan anak⁶. Setiap belian, dapat baucar KFC. 






Masa sampai nak ambil gambar kat luar ni, tapi ada ramai pula orang. So, i thougt nak balik nantilah ambil gambar. Sekali hujan daaa.. Snap dari dalam kereta yang bergerak, begini je lah yang dapat 😢
 


Mek Nusayba bersama hasil tangkapannya 😁

Kakak yang terpaling happy macam semua buki nak diambilnya. huhu..


Selesai urusan di sini, kelaparan. Makan KFC lah kita, sebab ada baucar 🤭🤭🤭



2 comments:

  1. Akk belum sampai lagi library KL ni...
    Bagus anak2 Ily suka baca buku 👍

    ReplyDelete
  2. Saya pun first time sampai. Selalu nampk dari tepi jalan je 😅😅.
    Alhamdulillah, moga anak² istiqamah suka membaca.

    ReplyDelete