Saturday, September 2, 2023

Malbatt: Misi Bakara - Unlocked

Setelah Mat Kilau dan Air Force, filem Malbatt: Misi Bakara ni sebuah lagi filem yang ummi ternanti-nanti sangat. Since filem ni adaptasi dari kisah benar, walaupun tak 100% true story lah kan. Haruslah ada elemn fiction here nd there untuk tambah rencah dan rasa sebuah filem kan. Dok baca kos penerbitan filem ni pun dah mahal gila. Dibarisi oleh pelakon² handalan yang bukan calang² pulak tu, semua top actor kot. 

Barisan pelakon MMB. Antara muka² yang ummi kenal, Adlin Aman Ramli, Bront Palare, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Gambit, Dafi, Dini Schatzman, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli.. 



Disebabkan ummi asyik je bercakap pasal filem ni, dan anak² pun termakan hasutan ummi.. Tambahan kawan² mereka pun dah tonton filem ni, maka semua bersemangat pula, Hahah.. Bila Abi bagi greenlight...maka ajommm kita terjah.. Book terus slot 8.55pm  @ GSC My Town🀭. Memang suka tengok movie malam² ye.. haha..

Bergambar dulu sebelum masuk hall..



Dua beradik ni, beza umur setahun je, tapi jauh betul abang outgrow adik πŸ₯΄ 




Nampak macam abang dan adik⁵ tu jauh jarak umur kann 🀭 Padahal semua berderet² rapat²  je jarak umur πŸ˜†


Botol nan seketul. Bakal jadi rebutan ni.


About the movie..
Selaku penggemar filem patriotisma, silalah tonton filem ni. Walaupun kali ni airmata ummi tak mengalir laju macam tengok Mat Kilau dan Air Force, tapi semua tu salah watak Ramlee yang selalu buat lawak. Tapi selitan scene lawak² ringan macam tu menjadi lah. Sebab takkan nak serius kerut² dahi, peluh leleh² je sepanjang 2 jam cerita kan.. 

Dalam cerita ni macam takde watak yang betul² anchor. Ummi nampak macam semua ada weightage masing². Karakter masing² semua menyumbang kemenjadian plot cerita. Yang nampak menonjol sikit pun, mungkin watak Ramlee lakonan Shaheizy Sam. Yang berlakon jadi Lt Mustafa tu, ummi tak kenal. Tapi watak dia pun macam 'in' sangat. Bersahaja, tapi masuk.

Perasaan, mostly banyak goosebumps, meremang, berderau darah.. Sebab banyak scene perang, adegan tembak menembak, letup meletup. Bila keluar RPG je, ummi dah berdebar dah. Kita pulak dah mengucap dulu macam kita yang duduk dalam APC tu.. huhu..

Apa yang ummi suka, sebab dalam filem ni ada babak yang fokus pergantungan hanya kepada Allah. Dan kepercayaan (keimanan) yang tinggi kepada Allah. Di mana setelah habis daya usaha kita, kita serah bulat² diri kita kepada Allah, dan bergantung harap sepenuhnya kepada Nya. 

Fathiy yang anxious, seperti biasa akan come out dengan banyak soalan. Antaranya, kenapa tak tinggalkan je askar yang dah mati? Kenapa nak kena bawak balik? Ummi tak pastilah sama ada jawapan ummi ni betul atau tidak, tapi ummi cuba untuk beri kefahaman pada dia.. No friends left behind. Walau sebagaimana tough pun situasi, sehabis daya seboleh mungkin, kena pastikan SEMUA 'rakan' kita di bawa pulang, walaupun sekujur jasad yang tak bernyawa. Semangat setiakawan, semangat kenegaraan, semangat kekeluargaan. Kawan kita tu, ada keluarga dia yang menunggu kepulangannya, walau jasad tanpa nyawa. 

Fathiy tanya lagi, kan ada lagi musuh tak mati.. kenapa tak sambung perang lagi? Kenapa balik? Kenapa tak langgar je budak tu? Kenapa kereta kebal Pakistan berhenti? Yang lampu hijau tu apa? Yang askar baju coklat tu siapa? Kenapa malbatt ni perang dekat sana? Macam mana helikopter tu boleh jatuh? RPG tu ape? Yang suka buli tu kan Ramlee, Ajis dengan Sudin mana?? πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Haaa...banyak lagi sebenarnya soalan Fathiy ni.. Silalah tonton dan cubalah jawab soalan² Fathiy ni πŸ˜…πŸ˜…

Last but not least..
Sekalung penghargaan buat pasukan Malbatt, our true heroes.. Buat semua benteng pertahanan negara jua, semoga Allah memberkati setiap keringat perjuangan kalian. 





APC - Armoured Personnel Carrier
RPG - Rocket propelled grenade
NVG - Night Vision Goggle

p/s: ummi sebenarnya tak berapa puas tengok filem ni sebab, mata ni haaaa. Tak berapa jelas dah. Semua nampak kembang² je.. Aduhaiii.. 

p/s: Ummi ingatkan soalan dah habis setakat malam tadi ye.. rupa²nya pagi ni bertalu² pula soalan dari Fathiy dan Fathan. Dah macam machine gun dah. Soalan lebih tricky dan teknikal pula tu. Soalan Kbat pun ada. Pening ummi nak jawab 🀣🀣🀣. 
 

No comments:

Post a Comment