Wednesday, March 20, 2024

Abang Long Pulang Bermalam

Alhamdulillah, seperti yang ustaz janjikan, anak² maahad dibenarkan pulang bermalam pada hujung minggu awal Ramadan, iaitu pada 16-18 Mac. Lajak ke 18 Mac (Isnin) sebab dianjakkan cuti Nuzul Quran supaya anak² dapat pulang bermalam lebih lama sedikit 

Sejak abang mendaftar masuk sekolah pada 6 Mac, ummi sekadar mengintai² kelibat abang melalui gambar dan video yang pihak sekolah kongsikan dalam group Whatsapp dan juga laman media sosial rasmi sekolah. Tapi dah ramai² tu, juling jugalah mata kita ni nak mencari kelibat anak πŸ˜…. 

Peraturan di sekolah agak strict. Ummi kira begitulah juga di sekolah² pondok yang sangat menjaga akhlak dan disiplin pelajar² dan juga interaksi pelajar dengan dunia luar. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan public phone pada hujung minggu (Jumaat - Ahad) dan ada jadual masa penggunaan bagi pelajar menengah atas dan menengah rendah. Hujung minggu pertama abang di asrama, ummi tertunggu² juga kalau² abang telefon. Tapi takde. Macam mana dia nak call kalau ummi abi lupa nak bekalkan duit syiling pada dia πŸ˜…πŸ₯². Nak tunggu kad matriks dwi fungsi, boleh topup kredit untuk kegunaan public phone, belum dapat lagi.. Maka, ummi sekadar tertanya² apalah keadaan abang agaknya. 

Dan jika ibu bapa nak hantar barang pun, tak dibenarkan berjumpa anak sewenang² nya. Hanya boleh drop barang anak yang hendak di kirim pada Guard sahaja. Pastikan tulis nama penuh anak pada bungkusan. Jumpa anak untuk hi hi bye bye, memang tak boleh. Tak kira hari bekerja mahupun hari minggu. 

Makanya, abang dok dalam ingatan ummi selalu. Tambahan pula bila dah masuk Ramadan. Ummi tertanya² sendiri bagaimana agaknya abang urus diri, bangun sahur dan sebagainya. Bangun pagi adalah antara perkara yang paling ummi risaukan. Almaklum bila di rumah, ummi la yang jadi jam loceng untuk seisi rumah. Riuh rendah gegak gempita suara ummi pun, semua lena diulit mimpi πŸ˜‚πŸ˜‚. Asyikla termimpikan anak, terjaga pukul 3-4 pagi ingatkan anak, bangun sahur fikir anak, buka puasa terkenang anak πŸ₯ΉπŸ₯² Sedap pula abi bahankan ummi yang asyik termimpikan anak dan tak lena tidur sebab anak..

Bila tiap kali teringat, terjaga tengah malam, laju² ummi titip doa buat abang. Diberi kesejahteraan dalam pergaulan dan menuntut ilmu, dipermudahkan segala urusan, dilindungi dan sentiasa dalam naungan rahmat dan redhaNya. 

14 Mac. Petang, usai balik kerja, sedang menyiapkan juadah berbuka, dapat panggilan dari sekolah. Ummi memang dah save no public phone yang satu ni sebab PP ni boleh callback. Allahu, riang sungguh rasa hati. Dapat bercakap sekejap dengan abang. Abang nak beritahu, hari Jumaat boleh balik. Ummi dan abi memang dah maklum melalui hebahan dalam group Whatsapp. 

15 Mac. Abang pulang bermalam buat pertama kali. Bertubi² soalan dari ummi dan abi, nak tahu pengalaman abang dari mendaftar, orientasi, mula sekolah, berpuasa dan berterawih etc.. How does he feel, ada kawan tak, kawan² ok tak, macam mana pengurusan diri, makan ok ke, cikgu warden ok ke.. Syukur dia jawab ok je semua. Being him, as usual, semua ok je. Alhamdulillah. Yang kelakarnya, nak pulang bermalam ni, habis diangkut SEMUA barang² ibarat nak balik terus. Ya Allah.. Ikut kawan katanya. Dengan baldi pun diangkut balik sekali. Mujur tak angkut sekali locker πŸ˜‚πŸ˜…. Takpelah, pengalaman pertama. Lepas² ni tau dah lah kan apa yang nak dibawa balik. 

18 Mac. Sending him back. Alhamdulillah pihak sekolah beri tempoh masa antara pukul 8malam hingga 11 malam untuk kepulangan anak² maahad. Pelajar² senior pulang lebih awal. Form 1 & 2 sahaja pulang sehingga 11 malam. Sempatlah solat terawih berimamkan abang. Dan balik ke asrama kali ni, bawa bekal duit syiling sekali untuk call ummi abi πŸ˜…πŸ˜….. Barang² abang yang banyak tu, sesampainya di sekolah, dah ada barisan pelajar² senior, MPP menunggu di kaunter pendaftaran pulang. Mereka ni akan beri khidmat angkat barang² bawa ke dorm. Subhanallahi masyaAllah.. Sejuk hati tengok suasana tu.. 

Siiru ala barakatillah, Bittaufiq wannajah abang Faheem.


Had a long conversation with him sebelum dia balik. Pesanan penting: jaga diri, jaga akhlak, jaga disiplin dan peribadi. Jangan malu berkawan, kena take part dalam aktiviti. Nak bergurau dengan kawan berpada², semua kawan² dekat asrama membesar dalam surrounding dan situasi yang berbeza². Ada yang dididik dengam cara keras, ada yang dibesarkan dengan penuh lemah lembut, which bukan macam ummi lah 🀣. Bila bergurau, kadang kita rasa ringan bagi kita, tapi berat dan besar impak pada orang lain. Sebab tu kena berpada². Dah biasa bergurau kasar dengan adik², walau ummi dah tegur berkali² jangan gurau kasar², jadi jangan terbawa² peel tu dengan kawan². Tak semua orang boleh terima. Kawal emosi, jangan cepat melenting, jangan cepat marah. Jangan buli orang, jangan biar dan senyap bila kena buli, jangan bersekongkol dengan pembuli dan jangan ambil tindakan sendiri. Apa² pun kena lapor pada ustaz/warden. Takut nak jumpa ustaz, cerita pada ummi dan abi, jangan simpan jangan pendam. Any kind of bully, physical, mental torture. 

Semoga Allah izinkan kalian dilentur, dicetak, dibentuk menjadi insan cemerlang, soleh dan bermanfaat buat ummah dalam suasana biah solehah. 

Till we meet again, penghujung Ramadan nanti, insyaAllah.


1 comment:

  1. Lebar senyumnya tu, Insha Allah baik² belaka tu 🀲

    ReplyDelete