21.03.2024 marks Nusayba's 4th birthday 🤩. In the same time, it's been a month since ayah left us 😢.
Maaf lah Nusayba, takde celebrate birthday awak kali ni.. But i made jelly pudding a day before your birthday and to be eaten on your birthdate. Sebab rezeki hari tu ada hamba Allah beri makanan. Maka, di hari kelahiran Nusayba, we serve jelly instead of cake.. She's happy with it, alhamdulillah...
24.03.2024... Kami ziarah ayah . Assalamualaikum ayah, maaf jarang jenguk ayah, tapi insyaAllah kami tak lupa kirim doa dan al-Fatihah buat ayah.. Tiap kali terawih di surau/masjid, ada buat tahlil arwah ringkas, ummi selit sekali doa buat ayah..
Kami datang elokkan 'rumah' ayah. Ya Allah, lapangkanlah kubur ayah, terangkan kuburnya, hiasi kuburnya dengan haruman syurga, jauhkanlah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.
Hari tu Faqeeh cakap dekat ummi, tahun ni ummi takde tengok & masak macam khairulaming dan chenom pun.. Baru terperasan, iyalah.. tahun ni ummi tak berapa beria pun, tak cari resepi viral, tak buka sangat Ig KA dan CN.. Mostly ummi masak apa adanya, masak menu ringkas², berbuka sejenis lauk je, sayur pun mostly salad/timu/tomato.. Macam kurang semangat.. Entahlah, banyak faktor agaknya... Ayah takde, Faheem masuk asrama, kerja pun menghenyak pundak..Mungkin juga faktor perang di Palestin/Gaza yang buat jiwa ni meruntun sayu.. Hence, tahun ni takdelah siri FromMyHumbleKitchen.. Tak snap gambar food pun takde mood.
Dan masa pun sangat lantas berlalu, tiba² dah separuh perjalanan Ramadan.. Allahu, how time flies.. Dengan kesibukan duniawi, lagi lah tak perasan betapa pantas masa berdetik dan berlalu pergi .
Happy Birthday Nusaybah sayang 🎈 sama tarikh dgn Angah la :)
ReplyDeleteBetul ily, tahun ni ramai yg bersederhana, terkesan dgn pelbagai situasi semasa dan mgkn juga faktor usia kita lebih nak kejar berkat & pahala Ramadhan buatkan kita lebih 'slow' .