Alkisah, beberapa minggu lepas ada Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti Kawasan Pandan. Mek Fatima pula, last minute nama dia tersenarai dalam line up netball. Ummi taklah menaruh harapan yang dia akan main pun. Sebab last minute kan, tak sempat nak training apa pun. Lagipun dia 5 tahun, player lain mostly 6 tahun. Bagi dia ambil feel je lah dulu. Lepas tu kita cuba polish up mana yang mampu. Kalau ada rezeki dia terpilih tahun depan, alhamdulillah.
Meanwhile, masa hari kejohanan, ummi pulak yang bagai tersampuk tengok anak² main netball kan. Roh yang dah lama menghilang dalam diri tu tiba² muncul . kahkahkah.. Saja la suarakan kat cikgu, kalau buat friendly dengan parents pun syok ni. Saja enjoy², melepas gian.
Tak sangka cikgu ambil serius ya. Sebab cikgu pun nak lepas gian juga. Player uni rupanya. Terus set dengan parents, siapa yang nak menyumbang lemak dan peluh. 🤣🤣🤣. Cikgu wasap tanya main posisi apa. Posisi last yang ummi main 20 tahun lalu, GS. Tapi lama dah tak menjaring kan, seram jugak kita.
26.07.2024, 8.30 malam, Padang MPAJ
Hari yang dinantikan pun tiba. Alhamdulillah sambutan dari parents pun meriah. Bukan sahaja netball match teacher vs mommies, geng² bapa pun ada games juga. Sukaneka kain pelekat lalalala dan lari pas baton. Tak aci lah kan kalau kaum ibu je yang derma lemak, kaum bapa pun nak fit juga. 🤭 Tapi kita fokus kisah kaun ibu jelah 🤗
Ummi main GS. Paling selamat sebenarnya sebab tak perlu banyak lari. Tunggu je lah dalam D tu sampai bola datang kat kita. Pesan dan janji pada diri taknak lompat sebab ummi tak berapa sihat sebenarnya. Tapi bila dah dalam court, roh dia lain macam. Tiba² macam throwback 20 tahun lalu. 20 tahun dah tak melompat menjaring oiii, seiring dengan pertambahan berat 20kg. Mau muntah kalau beria sangat main ni. Tapi itulah, kalau dah lupa diri, dah dirasuki roh mida remaja 20 tahun lalu, kaki ni tak reti pulak nak duduk diam. Tetap jualah dia nak melompat. Tinggal tak terbang je 🤭. Haissshhh. Nak kena rotan kaki dia ni.. Tak sedar diri awak tu ibarat lori treler muatan penuh..😂😂
Main 4 sets of 7 minutes. Memang mintak nyawa walaupun duduk dalam D je. Parents ramai yang muda mudi, 20an, awal 30an.. Kita ni sikitttttt lagi nak masuk 40. Cepat pancit. Lepas tu ada player import pulak, coach bawak.. (Coach ni yang train student Pasti Ubudiah).. Player import pulak budak sekolah menengah, kurus tinggi lampai macam kita 20 tahun lalu.. Terbang melayang² je kerja mereka. Haihhh . Kalau ummi 20 tahun minus 20kg yang lalu, memanglah boleh terbang macam tu juga. Badan sepapan. Sekarang badan dah sepemeluk kayu balak pun tak sampai tangan nak paut 😂😂😂..Kemain laju budak² ni main, kita dah berpinar² dah mata, tangan dah shaking. Awal² 1st and 2nd set, shoot masuklah jugak walau dah lama tak menjaring. Dapatlah 5 ke 6 gol tah. Dah hujung, tangan dah gigil, mata dah kelabu, shoot pun dah kelaut dalam. 😅😅 Maaflah ye geng. Tapi main ni pun for fun je kan, tak kira pun berapa final score 🤣.
Overall, seronok, fun game.. Thank you cikgu, merealisasikan kerinduan dan kegianan kita. Nak main tournament serius², sedar diri dah tak mampu. Jadi kita main yang main² je lah. Main² pun, mujur tak pitam ye..
Throwback gambar 23 tahun lalu 🥹
Zaman berat kurang 20kg+ daripada sekarang, zaman muka rentung terbakar asbab berjemur tengah panas training setiap petang isnin-jumaat dan pagi sabtu. Rest hari ahad je.
TIKL Netballers batch 2000-2001
Hebatlah Ummi 👍
ReplyDelete