Sunday, September 1, 2024

Aiskrim Jenama Lokal Yang Sedap

Sejak isu boikot ni, dah lama tak makan aiskrim C*******, M***** dan seumpamanya.. Tapi kelmarin rasa teringin pulak . 
Lepas ke kedai Acheh, singgah kedai 123, jenguk² peti aiskrim.. Tiba² nampak ada aiskrim jenama lokal ynag nampak menarik. Teruslah ummi sambar untuk seisi rumah biar tak berebut 😅😅..

Aiskrim apa ummi beli tu???
Ni haaaa... Aiskrim Farm Fresh Cream Hauz. Packaging pun dah nampak menarik.. Harap rasanya setanding aiskrim cap N****** dan W****..


Usai gigitan pertama, ya Allah.. Bahagianya rasa... Nikmat sungguh.. Aiskrim coklat yang belah dalam tu tak manis sangat, which nicely fits tekak ummi. Chocolate coating tu je sedikit manis. Tapi blends well dengan aiskrim nya.


Boleh beli lagi ni.. Disamping support produk tempatan.. Harga, ummi lupa pula sebab teruja sangat sauk masa membeli..hahaha..


4 comments:

  1. Dah ada ye kat tmpt Ily?
    Smlm kot baca kat paper katanya FF launch aiskrim ni .. tak sabar juga nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ada sebenarnya 😅😅 rezeki anak² agaknya sebab abg ngah dok tanya tak boleh makan aiskrim magnum ke.. dah rasa yg ni, dia approve dan nak beli lg 😂

      Delete
  2. viral aiskrim ni mgu lepas di fb.. tp kt kuching ni belum jumpa lg aiskrim farmfresh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah viral ye rupanya.. tak perasan pulak 😅 sy baru tahu ada aiskrim FF.

      Delete